Lama dah tak tulis jenel ni sebab aura cuti tu masih terasa sebenarnya.
Seronok sangat menghabiskan cuti di kg hunny dengan kampung mama sampai
nak balik KL petang tu rasa berat sekali. Paginya pulak nak bangun pergi
kerja malas sekali. Tak cukup pulak rasanya cuti 3 hari kali ini. Dan
seperti yang mama idamkan sejak beberapa minggu lepas cuti kali ni
memang mama tak melepaskan peluang beradu domba dengan pantai Puteri dan
bermain-main air laut mandi laut sebenarnya...heehh mama ni memang lah
kemaruk mandi laut...hantu air le katakan (now tengah menghitung hari
bila lah boleh start nak berendam dlm swimming pool atau nak gi
snorkling ke).
Mulanya nak pergi mandi laut dengan deena dan daddy pada waktu pagi
sebab pagi matahari tak panas sangat tapi malangnya hujan lebat pulak
turun sejak dari pagi. Akhirnya projek kami terlaksanakan pada belah
petang hari merdeka. Cuaca pun ala-ala mendung gitu dan memang syoklah
dapat mandi laut pada pukul 3.00 petang dalam keadaan cuaca yang
suam-suam kuku tu. Pantai tu as usual memang ramai pengunjung lagi-lagi
pulak hari cuti umum macam cuti merdeka ni. Mama sempat snap gambar 3-4
keping masa kat pantai tu. Deen deen bersama swiming suit berwarna hijau
dan juga rambut baru style G-I Jane. Deen deen nampak lebih macho lah
dengan gaya rambut baru tu. Even mama sendiri pun potong rambut ala-ala
Demi Moore dan kelihatan lebih tough dan macho.Mama memang la suka
rambut ala-ala palapes tu...hikkk...tu rambut nostalgia mama and the
geng masa muda-muda dulu. Masa tengah join palapes tak pernah merasa
rambut panjang - actually memang tak nak simpan rambut panjang pun rimas
dan susah nak jaga bila ada aktiviti . Iskh kalau rambut panjang time tu
wallhualam macam mana nak handle. Rambut dok tertutup bawah
tudung...kepala pulak sentiasa aje berpeluh sebab aktiviti palapes
biasalah lasak..asyik plak kalau buat salah kena rendam dalam parit kena
terjun dalam lumpur uishhh rambut kat kepala tu tak dan nak kering dek
peluh basah balik dek air parit. Macam tu la rutin masa palapes hebat
dan seronok sekali...Kalau di kenang masa zaman macho-maho tu best laa.
Seingat mama kulit muka mama ni tak pernah nampak cerah since join
palapes. Tapi tu tak sehebat masa mama jadi rekrut wataniah. Masa
latihan kawad dahi berbelang. Until now kalau nak tengok gambar masa
rekrut dulu rasa mcm tak sanggup pasal rupa pun mcm awek orang asli.
Agaknya kalau daddy jumpa mama time macam tu sure daddy tak nak kat mama
kan...heehhh heehhh- mungkin jugak kan
Tapi semua tu dah berlalu bertahun-tahun dulu. Mama watikah sebagai
Leftenan Muda tahun 98 sekarang dah tahun 2004 hampir 9 tahun lebih
mama dah tinggalkan nostalgia dan kenangan lama yang memang banyak
memberi pengalaman dan pengetahuan yang memang tak dapat nak cari kat
mana-mana. Mahal betul pengalaman tu dan bukan calang-calang orang dapat
rasa dan lalui perkara tersebut. The beauty of the story was kawan-kawan
time tu, masa tu lah kita boleh kenal siapa kawan siapa lawan. Masa tu
mama belajar mcm mana nak handle masalah yang besar, mcm mana nak
menjadikan diri mama ni seorang yang lebih berdisiplin. Fuiih tak de
jual kat kedai even kat dalam buku pun benda-benda tu semua..
Thursday, September 02, 2004
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment