Monday, October 25, 2004

Tahniah Zai - Kancil hadiah raya

Tahniah pada Zailiza dan keluarga yang berjaya memenangi sebuah perodua kancil dalam peraduan Harian Metro. Ini memang rezeki raya dia sekeluarga. Siap terpampang besar gambar dia sekeluarga dalam harian metro hari ini http://www.hmetro.com.my

Hmm zai ni memang bertuah setiap kali masuk peraduan mesti menang punya. Dah berapa banyak negara yang di sampai sebab menang peraduan. Bestkan..aku sebagai kawan tumpang gembira. Semoga kawan-kawan aku semua murah rezeki hendaknya. Rezeki mama belum sampai lagi. (Masih mengharap untuk memenangi sesuatu dalam peraduan Citibank dan My Mesra) kalau ada rezeki lah dik kan.

Bosan pada tahap cipan. Opis seperti biasa mcm dilanda geruda. Kat cubical aku ni tinggal aku ngan Fauzi aje...tercongok-congok berdua. Geng ABAP mcm plan bercuti, boss plak pegi training HR kat SAP. Opis memang senyap sunyi. Pagi tadi ntah angin apa yang masuk dalam badan, tiba-tiba aku rasa mual, tekak raya loya dan rasa nak muntah. Bekalan minyak angin plak tak ada dalam handbag (aku jarang bawa sebenarnya) so dengan muka tebal terpaksa pinjam dari project mate. Aku assume aje yang dia ada minyak angin sebab dia pun jenis yang nampak cam selalu pening. Alhamdulillah dia ada tiger balm dan suruh aku guna dulu sampai reda. Ok lah at least boleh redakan sikit rasa loya dan mual. Mungkin sebab sahur pagi tadi tak makan apa-apa. Bangun aku just minum air bandung dan makan ubat lepas tu teguk air putih dan sambung tidur.

Bertemu MIA hari sabtu baru ni. Alhamdulillah semuanya kelihatan ok..baby belum engage lagi...mudah-mudahan anak mama sihat dan selamat dilahirkan nanti. Berat MIA sekarang anggaran doktor melalui skrin dah 2.9kg. Normal ke atau  berat hahhh mama pun tak tahulah dik..tanya doktor, dia kata agak besar jangan sampai 4 kg masa nak bersalin nanti sudah la ok dik. Hmm tapi kalau ikut mama rasanya mcm berat kakak lebih kurang. Lagi pun mama nak bersalin lebih kurang sebulan aje lagi. Berat mama pun naik 0.5kg aje dlm masa sebulan ni kan so mama assume tak banyak sangat pertambahan yang akan berlaku selama sebulan yang akan datang ni...tapi tak tahu lah jugak kan maklumlah musim-musim raya nanti kot terover load..maklum lah kuih raya, rendang dengan lauk pauk tu kebanyakannya dia buat dari mentega, santan dan perkara yang sewaktu dengannya so mama kena ambil langkah berhati-hati juga bila nak makan nanti kan.

Tak boleh sebut pasal raya sebab demam raya mcm dah terasa sangat. Tak sabar lah nak tunggu balik cuti ni. Ada dalam 3 minggu lagi kan. Kejap aje tu.. Malam-malam kat Tmn harmoni bawah tu dah riuh rendah budak-budak bujang bakar mercun roket. Yang bunyinya mengalah kan bom. Hmm harap diaorang tu hati-hati masa bakar bukan apa...rumah aku ni dah le atas kayangan buatnya dia salah aim ada yang masuk dalam rumah  aku mercun tu nanti. Risau jugak dibuatnya diorang ni. But dua malam kebelakangan ni nampaknya mcm ada polis buat rondaan kat situ. Kalau ikut undang2 bakar mercun pun satu kesalahan boleh kena denda RM5000. Minggu ni penuh debaran..ESOS akan dikreditkan dalam akuan pada Rabu atau Khamis ni..maknanya aku boleh start jual esos by Friday..Kawan-kawan tolonglah doa sama semoga harga saham TNB akan naik dalam masa beberapa hari ni. Harga saham setakat waktu ini 11.10 turun 10 sejak pagi tadi.

Semalam dok sibuk kemas barang MIA dengan kakak. Tumpang sebahagian baju raya kakak kat bakul adik sebab bakul kakak memang dah penuh. Dah start kemas bilik sembahyang dan lipat semua baju-baju yang terbengkalai agak lama. Kena start kemas sikit-sikit sebab nanti nak bercuti panjang. lagipun kalau aku tak buat siapa lagi yang nak tolong kemaskan. Lepas ni nak start packing baju-baju mana yang nak kena bawak balik kg. bakul adik memang dah ready lama. barang mama aje yang belum ready. Since dah nak masuk 36 weeks ni nak kena get everything ready supaya senang kalau dah sampai time sakit tu capai aje apa yang perlu.
 
 

2 comments:

dzirhans said...

tahniah buat dia sekeluarga gak! tu hubby dia ker? dulu jumpa dia kat Istana Budaya rasernya lain muka hubby dia.

Anonymous said...


Güncellenen sex videoların kalitesi güncel pornolar ile daha da kaliteli bir hal alıyor porno videos.