Lunch hour semalam aku gi EON Bank kat Sea Park sebab nak ambil geran kereta ayah. Sementara nak sampai sea park tu kiranya sesatlah jugak terlajak sampai ke SATO. Terlepas simpang sebenarnya sebab tak biasa sangat dengan area tu. Lepas dapat parking terus le aku masuk bank isi form dan tunggu giliran. Masa isi form tu adalah satu mamat or uncle melayu yang segak dalam lingkungan 50-an tengah isi form sekali. Dia pun blah bila number dia dipanggil. Abis isi form aku terperasan ada kunci kereta kat atas tempat isi borang tu. Check kunci kereta aku ada. So aku pun pergi le kat kaunter uncle segak ni tengah berdiri” Excuse me sir is that your car keys” aku Tanya laa..dia jawab sambil tak pandang aku…”hah hah tu kereta saya “ sambil menangguk-angguk kat kepala dia. Tapi tak pandang pun kat aku. Bukan…kunci kereta tu” kata aku lagi..”Hah hah kereta Mercedes itu kereta saya lah tu” Kata dia penuh yakin. Bila aku kata tu kunci kete atas tu encik punya ke dia terpinga-pinga malu. Hee hehh blur le mamat ni..orang Tanya kunci kete dia siap bagi tahu kita dia punya kete Mercedes… hmm orang melayu kita..segak dan mungkin le sedikit berlagak. Abis transaction dia berlalu tanpa toleh kat aku. Malu gamaknya pada aku pada awek yang jaga kaunter tu.Lain kali dengar le soalan orang betul-betulkan Siapalah yang tertinggal kunci kereta tu agaknya. Called bahagian faedah ganjaran just nak check loan progress. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. May be dalam 2-3 hari lagi settle surat perjanjian then terus proceed ke bahagian payment. Hopefully by next week dah boleh siap semuanya…then early mac dah boleh dapat kereta. Lately macam-macam kes pulak dengar dari orang yang tengah tunggu Avanza masing-masing specially yang booking manual transmission.Currently production mereka lebih tertumpu untuk auto so kami orang2 yang booking manual ni mcm di anak tirikan sedikit la. Waiting list memang berjela. Ada certain2 area yang booking lambat dari aku dah pun dapat kereta. Hopefully by the time tiba turn aku tak de le sangkut mana-mana. Alhamdulillah hari ni rezeki murah. Thank you shahman yang belanja kitaorang makan nasi briani bukhara kat mahbob. Sempena En.Jo nak blah dari sini. Lepas ni En.Jo akan join QMS kat bawah. Sedap beb nasi briani tu..mudah-mudahan murah rezeki ye boleh belanja kami makan lagi..yummmy..hmm lepas ni boleh le selalu selalu makan kat situ. Tadi dapat email dari boss suggest buat farewell untuk team lama. Semua dah berpisah dua naik tingkat 36 aku naik 42. Rasanya diorang pun dah tak maintain portal tu lagi kot pasal masing2 dah kena assing pada bahagian lain2. Boss suruh aku buat arrangement untuk makan-makan tu tak tahu le nak makan kat mana so aku suggest Restoran Seri Thai kat PJ...hmm tak tahu lah depa agree atau tak..
Thursday, February 24, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment