Thursday, February 17, 2005

Shakey's untuk Ong

Hari ni ramai-ramai gi makan kat shakey's belanja sorang team mate kitaorang yang nak berhenti kerja dan nak migrate ke canada. Sepatutnya semua sekali ada 9 orang tapi 3 tak ada so kami berenam saja sekali dengan boss. Abis makan kitaorang tanya dia nak hadiah apa...iyelah nak blah dah lepas ni memang gerenti tak jumpa. At last dia kata nak jam so kami beramai-ramai gi kedai jam dan suruh dia pilih satu. Suka dapat jam baru siap gelak-gelak lagi kau ye Ong. Ok lah Ong selamat tinggal selamat jadi PR of Canada. Good luck for your future undertakings.

Hari ni aku dah selesaikan loan kereta. Quotation pun dah dapat dan dah hantar pada CC untuk bagi big boss sign. Hopefully boleh dapat semula by monday. Dah tak sabar nak tunggu kereta baru keluar. Hmm kereta cik sipul banyak sangat gajet2 yang aku tak berapa faham. Tadi masa isi minyak kereta berkali2 jugak aku try start tapi tak boleh. Kira berpeluh le jugak ketiak kat dalam kereta tu tadi. At last aku call Adun dia kata kete tu memang camtu kena tunggu lama sikit. Alhamdulillah lepas tu dah boleh hidup pulak.

Dalam pukul 11.00 aku lapor diri kat atas. Mr K as usual macam yang aku kenal sebelum ni. Ok no problem you may come on monday. Aku bagi alasan barang belum kemas. Iskh aku dah ready ke nak naik atas ni....atas tu protokolnya mcm strict sikit. Datang kena swipe lagi kena key in nama kat pc lagi..kalau lambat mesti kena ada alasan yang munasabah...breakfast kena after 9 dan hmmm semua orang tak ada yang balik awal. Aku balik awal nak ambik deena sarah nanti tak semena-mena kena bayar overtime plak. Pagi-pagi aku keluar 6.50 itu pun tak leh nak sampai opis cepat sangat. Terkejar2 jugak..pagi hantar Ilman dulu pastu nak hantar deena..kalau bnyk kete kat taska dah stuck kat situ...iskhhh pukul berapa lagi mahu keluar rumah ni...pening kepala.

Kat atas tu bukan tak best kawan-kawan lama pun ramai jugak tapi diorang lain section, cubical diorang kat luar. Aku tgk bilik abap tu mcm isolate sikit dari dunia luar. Iskhhh...boleh tahan ke aku ni. Nanti nak try pujuk kak aiza naik atas sekali at least ada jugak member kamcing kat dlm tu nanti....hmm Rabu nanti mesti nak kena kenalkan diri...malas nyerr

Ayah call tadi suruh bayarkan roadtax dengan insurans kereta dia dulu. Nanti dia naik KL dia ganti duit aku...memang lah itu aku tak kisah tapi hmm rasa tak sampai hati plak nak cakap yang aku betul2 tak ada duit sekarang ni. Aku iyekan aje permintaan ayah tu..ok lah..malas nak buat dia rasa kecewa..roadtax ngan insuran seribu lebih beb. Bila aku nak membayo nyer ni...hmm bila lah gaji nak masuk ni...Aduss sakit aku bulan ni sampai nak tunggu gaji. Sekarang ni pakai kredit card bercatu sanagt. Aku takmo simpan hutang banyak2 takut nanti tak terbayar...

No comments: