Friday, March 25, 2005

Big clap for Irdeena Maisarah

Big clap for Irdeena Maisarah bte Ishak sebab lulus ujian di taska. I was told by adik penjaga rumah no 3. Semalam ada somebody dari unit taska I don’t know lah which kementerian datang ke taska TNB untuk buat ujian secara rambang terhadap tahap perkembangan otak kanak-kanak kat taska tu. And for rumah no 3, Out of 25 kanak-kanak yang ada kat situ three of them was chosen di antara kanak-kanak paling keletah . Salah seorang darinya ialah deena sarah and if I’m not mistaken with nurul farisha and the other one baby yang aku tak kenal (sorry to say sebab budak kat rumah tu sekarang dah 25 orang) . So for her task she has to fill in the bottle with water. Dan alhamdulillah she managed to do that. Waahh mama and daddy bangga sangat dengan deena…I was not there so I don’t really know what was happened. Dengar dari cerita adik tu yang kebetulan aku tumpangkan sampai kat LRT. Then orang tu tanya macam-macam soalan pada budak2 bertiga ni alhamdulillah semua tu diorag dapat jawab. At the end of the session diorang keluarkan pemerhatian. And the result is deena diketegorikan sebagai kanak-kanak yang paling kuat bertanya. Aku memang dah biasa pun dengan keletah dia yang memang nak tahu itu dan ini. But actually it’s good for her brain development so aku ngan hubby memang rajin melayan kerenah dia..

For me deena sama mcm budak-budak lain but dia special because dia cepat belajar cepat tangkap apa yang kita ajar, pandai cakap dan belajar perkataan-perkataan baru secara pemerhatian. Contohnya dua malam lepas dia nak makan gula-gula kebetulan gula-gula tu cair sebab cuaca sekarang agak panas. So bila dia buka pembalut gula-gula tu dia kata ‘addy ule cair’. Aku macam aikk bila masa le pulak dia belajar perkataan cair ni…hunny pun sama cam tersenyum bila deena cakap macam tu. .hunny memang suka layan deena…yang paling best sekali bila dia masuk dalam bilik daddy dia onkan komputer pastu keluar bawak disket dan panggil aku “mama game nak tak”…haahh anak aku ajak main game lagi…heehh kelakar betul lah kakak ni…Hmm kalau perkembangan deena bagus seperti yang aku harapkan…aku plan nak hantar dia masuk sekolah at the age of three. So that by three dai dah boleh baca dan kenal huruf itu pun dah kira bagus sangat. Kalau lah dia dah ready untuk sekolah kan..

Baru-baru ni ahad lepas kami gi birthday party Ikmal kat Taman Impian so adalah buadak-budak yang dalam usia deena juga lah. But most of them tak berapa pandai cakap lagi. Even Ikmal pun sebaya dengan deena juga masih cakap jerman. So one of the parent kat situ tanyalah deena ni umur berapa…aku kata baru dua tahun dia pun macam terkejut anak dia almost 3 tapi pendiam tak pandai cakap deena ni semua dia pandai sebut..nak ayam goreng dia kata “addy nak chicken” nak air nak nugget nak ule, nak itu nak ini. Keletah dengan suara dia aje kat situ nak itu ini. Heehh heeh pastu aku plak suka nak cakap campur BM Eng dengan anak aku. So bila aku kata “ kakak sit dowm please’ dia pun duduk spontan aje akak kat sebelah aku tu kata iskhh pandainya dia. Kembang lah sikit mama deena ni..iyelah anak aku beb heeh heehh…but nak jadi kan deena mcm tu bukan lah kerja yang mudah…masing-masing kena ada usahalah sikit. Don’t let her develop by her own. Kita sebagai ibu bapa kena memainkan banyak peranan dalam hal ni.

Alhamdulillah hubby pun jenis yang ada initiative ajar deena itu ini specially ajar pasal gajet-gajet dia mcm screw driver, wayar, komputer dsb. But aku lebih tekankan untuk ajar deena word dalam English dahulu pastu baru translate dalam BM. So far alhamdulillah kalau tanya dia body part mcm hand, leg, fingers, ear, aye, nose, teeth, tongue, mouth, stomach, shoulder dalam English dia memang dia dah kenal banyak, malam tadi aku ajar lagi tiga part iaitu elbow, neck dengan knee. Mendidik anak ni bukan lah perkara yang mudah seperti yang kita sangkakan…Dah ada anak sendiri ni nampaknya kita akan rasa lebih menghargai kedua orang tua kita…tak sabar nak balik kampung next week

2 comments:

Anonymous said...

hee..terer la Irdeena Maisarah ni...saya pun bangga gak :)

Anonymous said...

biasalah tu..tak pandai manapun