Wednesday, March 02, 2005

Sukarnya hidup ku ini...

Kepala aku dah nak pecah dah ni. Serabut semacam tension tak tentu pasal. Kerja kat opis memang meninbun di tambah plak problem kat rumah. Hubby buat hal aku yang sakit hati. Deena pun sama suka buat hal buat aku bertambah2 tension. Semalam aku ngaji lepas tu aku nangis puas2. Dah 3 hari berturut2 aku ngaji dan nangis puas2 atas sejadah Hanya itu aje jalan terbaik untuk aku kembalikan ketenangan jiwa aku yang senakin parah. Now aku rasa aku dah tak boleh nak handle segalanya. Aku macam pasrah dengan berbagai2 dugaan yang datang silih berganti. Aku dah hilang kekuatan, Aku rasa 24 jam yang ALLAH bagi pada aku tak cukup sangat untuk aku selesaikan semua perkara. Pening betul dan lately memang aku tension gila-gila sampai migrain aku datang menyerang. At one time aku rasa nak pitam masa tengah masak kat dapur. Fehh sampai ke tahap tu. Boleh imagine how critical I am.

Life aku memang serabut, rumah aku pun serabut..semua benda bikin aku serabut, penjaga Ilman plak kata tak boleh dah nak jaga Ilman lepas ni. Amirul dah nak masuk pertengahan bulan ni..ok itu aku faham sebab ibu amirul dah book kak zaharah dulu. Aku rasa nak nagis lagi bila kena fikir pasal siapa yang nak jaga Ilman..lagi lah bertambah serabut bila kunci rumah kajang tak dapat lagi so tak pindah dan tak boleh nak ambik maid. At last pujuk punya pujuk setuju jugak kak zaharah jaga Ilman tapi best friend dia yang jaga kat rumah dia. Whatever as long as anak aku selamat dan diperhati oleh orang yang aku percaya.

Mood aku teruk muka aku tension sampai team mate boleh nampak perubahan wajah aku. I hate to be like this. Enough laa aku dah tak larat nak tanggung semua beban dlam kepala aku ni. Enough sebab dah terlalu banyak air mata yang aku bazir kan dalam beberapa hari ini…argghhh orang lain tentu tak faham apa yang aku rasa dan aku fikirkan. Pagi tadi aku dok selesaikan lagi satu problem. Call bahagian pinjaman quotation masa apply loan tak sama dengan invoce nak dikeluarkan. Aku takut nanti timbul isu dikemudian hari but alhamdulillah lepas cakap dengan Puan Suzana she just said proceed with the loan yang telah di approvekan. Ok alhamdulillah. Settle lagi satu masalah.

Hello darling please understand ok…MIL call semalam ada isu yang memang aku tak suka bila dibangkitkan. End up aku yang kena dengar semua tu dan aku tak suka nak dengar but at the same time I have no choice. Argghhh lagi lah bertambah berat kepala aku jadinya…bagai terasa-rasa airmuka aku dijaja..why me hahh…kadang2 rasa mcm tak boleh terima segala ketentuan ALLAH. Berdosa ke aku berfikir begitu ..Bila Muhasabah diri terasa mungkin semua ni adalah salah aku sendiri. Apa yang dah aku lakukan sehingga aku diuji dengan begitu hebat seperti kebelakangan ini. Ya ALLAH dengarlah rintihan hati hambamu ini…Pahit untuk ditelan tapi amat pedih untuk diluahkan. Ya ALLAH mungkin ada baiknya kau berikan sedikit gerak hati pada suami yang aku cintai itu agar dia tersedar segera dari segala mimpi dia selama ini.Aku mengharapkan segala yang aku doakan selama ini menjadi kenyataan.

I’m not blaming u 100%…Some problems memang datang dari diri aku sendiri, but you are apart of my problem. Janganlah bebankan lagi hidup aku dengan kerenah yang tak perlu...I know u notice that...but please lah yang bagilah saya sedikit ruang. And please and please and please lihat dan study apa yang berlaku sekarang. I really need some space sekarang ni. I need you to learn something…Tak boleh dah nak coop sangat dengan routine harian yang memang amat memenatkan. Awak pun faham kan..please give and take supaya tak terasa segala beban saya yang tanggung sendirian. You know how badly I need you now...Mungkin aku perlu pergi berehat seketika….

4 comments:

Anonymous said...

lompat dari blog joe

wat can i say is.. banyakkan bersabar..ingat Tuhan.. setiap ujian tu ada hikmahnya.. memang berat mata memandang... tapi bawak ler berbincang baik2..

Setiap masalah ada jalan penyelesaianya.. Insyaallah..

batrisya

Anonymous said...

Zira
Aku tatau problem ko. It seems berat. Apa pun, aku doakan supaya ko tabah nak harungi problem ko tu. Kuatkan hati dan cekalkan semangat. Jangan putus asa dan mengalah. hey~! This is not zira that i know b4. Aku tahu ko bole hadapi. If u need a friend to talk to, u know where to find me.

~DeLiNn~

Anonymous said...

Asam garam hidup berumahtangga. Tuhan tempat pertama untuk mengadu...selainnya you have us..your friends..always there for you susah dan senang..akan cuba menolong setakat yang mampu...
~Cikwokz~

Anonymous said...

Setuju Tuhan tempat mengadu, tapi kita juga kena bertindak. If it's possible luahkan harapan zira atau luahan hati zira pada suami, your dreams and your hopes, and let him do the same if needs to let you know about it as well. Tapi sebelum tu doa bebanyak solat hajat, dan minta Allah tunjukkan kalau cara zira nak buat tu adalah jln penyelesaian yg terbaik. Mmg lelaki tak sama dgn perempuan. Saya faham sgt, tapi Alhamdulillah, setiap kali solat hajat utk minta sesuatu, not materials lah... mcm doa semoga hati suami faham etc... Allah akan tunaikan sbb tujuan kita tak lain semoga ianya akan menambahkan keimanan kita pada Allah, memudahkan ibadah etc. Turn worries into du'a, and turn du'a into actions. Kalau tak leh nak cakap bagilah surat... anyway, u know ur husband better than us readers... tapi... insya-Allah. I certainly can imagine, but not 100% know exactly how it feels like.