Monday, April 11, 2005

Hari mingguku - Selamat pergi dan selamat kembali Mak dan Ayah

I can consider my weekend as a fully utilize Sunday. 6.30 aku dah bangun sembahyang subuh buat washing, start buat breakfast dan berkemas sikit-sikit. Mata pun sakit juga tengok rumah yang terabur sana-sini. Dengan kain baju atas sofa yang belum berlipat denagn lantai yang mcm tak pernah bermop. Pehh….Aku kena buat semua ni dalam masa sehari iaitu masa yang sepatutnya aku gunakan untuk merehatkan badan dan minda.



Start pukul 9.00 dan siap washing dan sidai sekali. Hunny dengan deena pagi-pagi lagi dah keluar pergi mainan. Aku dah biasa sangat dengan kerenah dua beranak tu. Bangun 6.30 pagi…seawal 7.00 dah bawak deena naik motor atau kereta pergi main kat taman maianan. Kadang-kadang ahad lepas sembahyang aku tidur semula tahu2 aku bangun 8.30-9.00 dua barenak tu baru balik dari maianan. But Ahad baru ni aku kena abngun awal kena buat persiapan awal coz ktaorang nak ke KLIA.



Mak dan ayah nak terbang menunaikan umrah hari ini kan. So aku prepare sandwich sardine untuk makan kat sana nanti. 10.30 pesengger yang nak menumpang kereta aku tiba. Lepas diorang tolong siapkan Ilman, beri ilman makan nestum, aku siapkan deena dan aku dan hunny juga bersiap tepat 11.00 pagi kami berangkat ke KLIA. Memuaskan Avanzaku kerana berjaya membawa penumpang seramai 5 dewasa dan 5 kanak-kanak dengan begitu hebat sekali. Kekadang terasa gak semput bila tiba naik bukit. Maklumlah sebelum ni aku drive 1.5 but definitely aku rasa power avanza ni dengan muatan yang begitu ramai still boleh pick-up. Perjalanan ke KLIA melalui nilai mengambil masa sejam dengan tol RM4.90 exit dari Bangi.



Mulanya nak ikut cyberjaya tapi sebab tak tahu jalan so aku ikut laluan biasa yang sebelum ni aku guna untuk ke KLIA. Lepas drop kat diorang kat level 3 aku pun chow untuk cari parking. Masa nak keluar kereta tak persan ada beg depan kereta yang masih belum diangkat, aku ingat dah tak de barang pasal cina tu dah berdiri dan boleh rileks aje kat kaki lima tu…bila aku jalan aku..tung-tung tung mcm nak rak dia ketuk pintu kereta aku. Terkejut lah aku..ingatkan apa rupanya beg dia dah ada kat bawah tayar kete aku. Hah siapa suruh terhegeh-hegeh kat situ. Tempat tu kan tempat turunkan penumpang manalah boleh lama-lama.



Masuk parking…rasa mcm dah ingat tempat aku parking tapi malangnya masa balik aku berpeluh-peluh turun naik lift cari kereta aku. Huargghh rasa nak nangis pun ada sebab dah penat sangat masa tu. Rupa-rupanya aku parking kat basement mati-mati aku ingat kat level 3. Nasib baik le ada guard tu tolong checkkan coin. Dah le bayar duit parking RM12. Punyalah lama melangut kat KLIA tu dengan sedara--mara aku ryang amai masa tu rasa mcm kampung tangga batu pulak KLIA tu. At last mak check in dalam pukul 3.30 dan flight diorang dalam pukul 5.00. Semoga mak dan ayah aku selamat pergi dan selamat kembali. Balik tu cuba ikut jalan cyberjaya memang le lagi dekat dan tol jauh lebih murah RM3.90 sahaja.



Tinted story so sabtu tu janji ngan amin pagi tu tapi nampaknya dia ada agenda lain kat shah alam…so aku gi ngan mai dan koneng. Sampai Up Town cina tu mintak RM220 untuk kete aku dan 150 untuk Perdana V6 koneng. Lepas kautim-kautim…aku kalau boleh nak mintak 180 aje…akhirnya dia setuju bagi RM200. Oklah consider that cheap compared to brothers. Kete aku memang macam mafia pasal tempat driver aku tinted 50% belah belakang semua aku tiinted 75% kalau jumpa JPJ harus kena saman. Filem jenis ISA Solar Tint. But harap-harap jangan le kena kan. Tempoh memasang filem 3 jam. Huargghh lamanya nak buat apa ni tak kan nak melangut kat kedai cina tu. Luckily amin dating menyerah diri so aku pun ajak depa gi dewan MPPJ sebab ada stock clearence Johnson and Johnson. Nak beli lotion anak aku. Hmm memang murah dan aku borong lotion tu dua…adalah barang carefree berus gigi gebeduk-gedebak abis le jugak RM50 lebih. Hmm murah sebab lotion tu dijual pada harga RM10 kalau kat luar harganya RM18.Basicaally lepas tu balik kedai cina tu masih tak siap. Akhiranya sebelum pukul 3.00 siap benda tu lekas-lekas rush ambik deena kat taska. Sian anak aku dan as usual denda RM9.

No comments: