Monday, April 18, 2005

Nyawa Itu Barang Pinjaman - Cukup masa harus dikembalikan

Aduhhh sakit pingang aku dari pagi dok mengadap pc sampai le sekarang. Itu pun aku hanya sempat break pukul 10.00 tadi terhegeh-hegeh sensorang cari food kat tingkat 3. Perut memang dah lapar gila tapi kerja nak kena submit pada user pagi ni jugak. So makan le breakfast atau branch le waktu tu. Aku makan nasi kerabu sebab dah tak ada pilihan. Most of the kedai memang dah habis makanannya. Hmm makan nasi kerabu dengan ayam goreng dengan sambal sardin. Versi aku laa..kalau orang kelanatan tengok sure depa gelak. Aku kalau makan nasi kerabu memang le suka campur lauk mcm2 ala-ala makan nasi putih gitu

Hmm hari ni cam heboh sikit pasal kematian jonny. Aku dah tahu since semalam. Dia ni ex UUM tapi lain kelas masa matrik. Anyway aku masih ingat rupa dia..dia ni kuat sengih dan tersenyum kalau kena usik. Al-Fatihah semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang yang dirahmati ALLAH. Aku dapat tahu berita ni semalam dari sms yang DD hantar. Agak terkejut jugak…sekarang ni muda-muda baya-baya aku pun kalau ALLAH kata DIA nak pinjamkan kita nyawa tu sampai hari ni maka akan mati lah kita kan. Tapi kita ni dah sedia ke. Persoalan yang aku pun selalu tanya diri aku ni…tapi memanglah jawapan aku Ya ALLAH aku belum bersedia berilah aku peluang aku nak melihat anak-anak aku berjaya dunia dan akhirat aku belum puas membantu ibu bapa aku untuk menikmati kemanisan hidup didunia mu ini. Aku belum mengecapi lagi perkara2 yang indah2 yang selalu aku angan2kan.

Oleh itu ya ALLAH panjangkan umurku berikan aku kesihatan yang sempurna murahkan rezeki aku. Bila tanya pasal sedia itu sahajalah jawapan yang aku berikan. Aku mungkin masih punya alasan dan aku berharap doa aku dimakbulkan ALLAH didengari ALLAH aku betul2 ikhlas aku nak hidup lama lagi sebab aku belum puas balas budi dan jasa mak dan ayah aku belum puas tengok anak-anak aku untuk membesar aku belum puas merasia kenikmatan hidup di dunia ini. Ya ALLAH berilah aku masa. Hmm arwah meninggal sebab ada jangkita pada otaknya. Sebelum ni arwah ramu meninggal sebab accident masa join tabligh kat Thai. Hmm itu semua kawan2 yang aku kenal secara jauh. Kenal setakat kenal nama rupa tapi tak pernah bersembang sakan.


Belum puas agendanya memang aku belum puas nak bagi kemewahan pada mak ayah aku yang dah bersusah payah besarkan aku. Apakan daya saat ini aku belum ada harta berjuta-juta, wang beribu untuk aku taburkan kepada mereka supaya diorang boleh rasa senang. Apa yang ada pada kau hari ini sekadar sedikit kemewahan yang pada masa yang sama juga dapat memberi sedikit kelapangan dan kemewahan kepada kehidupan orang tua ku juga doa aku agar mereka berdua sentiasa selamat dunia akhirat sentiasa dipanjangkan umur dimurahkan rezeki dan sentiasa tergolong dalam golongan yang dirahmati ALLAH. Bila dikenang kalau mak ayah tak ada suatu hari nanti tak ada apa yang lebih berharga yang diorang boleh bawa kecuali doa dari anak-anaknya yang soleh. Mudah-mudahan suatu hari nanti anak-anak aku juga akan berfikiran seperti aku hari ini. Snetiasa mendoakan kedua orang tuanya sentiasa selamat di dunia dan akhirat.
Haahh selalu aje aku berangan dapat durian runtuh dapat duit gedebuk jatuh depan mata aku beratus-ratus ribu. Aku dah tak pandang note RM1k now aku aim 100K dan ke atas sahaja. Maka waktu itu kepala dan ligat berfikir separuh untuk mak separuh untuk ayah separuh untuk orang itu, orang ini, separuh nak simpan sana sini tapi sehingga hari ini semua itu hanyalah hayalan dan mimpi semata-mata.

Tak sabar rasanya aku nak keluar dari belenggu hidup macam ni kerana aku tahu diri aku ni memanglah sangat boleh berdikari Cuma mungkin foundation nya masih belum cukup kukuh untuk aku terus terjah melangkah keluar dari dunia korporta a.k.a kaparat ni kepada dunia perniagaan yang lebih mencabar. Bila tu ye,….bila ye…bila tengok Hanum keluar TV dalam Rancangan NONA semalam lagi le semangat aku mebuak2 nak berdikari. Tapi Hanum lain dia buat Unit trust foundation dia dah sangat kukuh bapa dia Datuk..kalau dia tergelincir dia masih ada pagar yang boleh menyokong dia dana tegakkan dia semula.... tapi aku..foundation aku masih goyah sokong aku masih lemah kalau aku tergelincir pasti aku akan terus rebah tak de sape yang boleh tolong ntah-ntah terus tak bangun lepas tu. Sebab itulah sampai hari ini aku masih plan..plan plan dan plan ntah bila agaknya aku nak realisasikan plan aku tu. Wallahualam.

No comments: