Friday, April 22, 2005

Once upon a time..

Nak kena curi masa yang tinggal ni. Since pagi dok bege-bege kan spreadsheets yang user hantar. Harini last day diorang kena submit course name yang dah siap tu pada aku tapi setakat sekarang dah 4.30 petang hanya 6 station aje yang baru submit ada lagi 6 yang masih tak hantar then ada dua lagi division yang masih gagal submit task diorang. Division punya part sepatutnya due pada 15 April but aku extend sebab G groups baru nak siapkan kerja diorang but until now division yang delay tu satu memang tak hantar langsung yang satu lagi tu baru hantar 1 daripada 2 spreadsheets yang dia kena buat. Bahu aku lenguh gila asik duduk depan pc dok go tru that course name. Bisa gila..



Semalam cuti so aku rasa harini cam hari Isnin pulak. Tak de aktiviti menarik aku yang dapat buat semalam. Duduk rumah kemas rumah main-main dengan Ilman dan deena. Sebelah petang bila dua-dua dah tido aku let hunny jaga diorang then aku gi Giant beli barang2 dapur dan makanan yang semakin kureng kat dalam fridge. Belah petang lepas asar kak zaharah dengan kak zie datang bertandang rumah aku. Kesian kat diorang menapak 4 tingkat dah le mulanya tu naik pintu salah..so kira cam menapak 8 tingkat la. Aku tak jamu depa apa setakat kek pisang swiss roll dengan air teh pastu aku goreng sosej. Lama gak lah diorang melepak kat rumah aku sambil anak-anak kak zaharah main mainan deena. Rumah aku kan biasalah banyak barang mainanan samapai nabil pun takmo balik sebab sronok sangat dpat naik motor besar deena.



6.30 aku turun bawa Ilman then gi basuh kereta kat rumah kak zaharah. Hmm sekarang ni payah sungguh nak cari paip kat bawah tu. Dulu kat rumah sampah tu ada paip tapi lori pun siap datang basuh kat situ lepas tu kepala paip tu terus lesap. Semalam aku basuh kereta dengan air belas ihsan dari kak zaharah. Syukur lah sebab dia pun dah anggap aku mcm adik dia sendiri. Aku ni lagilah suka sebab tak ramai kawan sejak aku dok kat area situ. Lagi-lagi apartment aku tu sebab keliling cina. At least bosan2 leh le datang jenguk kat rumah dia nanti..



Hari Khamis petang aku balik rumah memang lambat gila. Petang tu lepas opis aku terus ke kelab kilat sebab ada perjumpaan dengan pengerusi sukan pelitawanis. Depa dok calon aku jadi team manager untuk HQ aku memang lah suka tapi biasalah aku tahu mesti ada conflict punya dgn kak K yang nak conquer semua benda bowling dan termasuk lah netball..sebab kalau dia dah conquer dia mesti nak bawak konco-konco dia. However the AJK feel something was not rite so diorang pun lantik le aku…dan yang tak bestnya aku pun ada krisis dengan makcik tu dulu masa lawan netball pelitawanis 2 tahun lepas…iskhh tu lah sampai ke harini aku malas nak turun padang dan malas nak join bowling untuk kelab lagi. Mcm orang melukut di tepi gantang gamaknya.



So tak pe lah aku terima cabaran…Cabaran pertama petang tu aku turn kete dan terserempak ‘awek’ kak k…so dia tanya ada apa..aku kata ntah diorang panggil datang meeting aku datang la.Then saja tnya Kak k tak train budak2 untuk sukan pelitawanis..so dengan confident dia kata makcik tu tak train..ok lah if that is the case we have to find other coach la. Kak K memang coach netball aku. Hmm seem like something is not rite in her side too.



Then the secret revealed. I'm not really involve in the conversation but the pengerusi just voice up her opinion sebab K memang pernah kerja under dia. And she also can smell something wrong somewhere. Mcm tu lah then we plan the strategy how to contact all the netball girls. But knowing her about 5-6 years I think….rasanya lah before we can go and call for meeting with this netball girl…K definitely will say something to her team. Consider that girl tu semua team dia la sebab memang dia yang coach diorang kalau ada apa-apa tournament. And knowing her for such a long time I know budak2 tu memang akan dengar cakap dia dan takut pada dia..then I can assure you that budak2 tu tak semua akan turn up bila pengerusi call for the meeting nanti. Tengok laa.. tak sabar nak tunggu masa tu nanti.. Sebenarnya lain yang aku nak cerita..lain plak yang keluar..apalah yang kau melalut ni labu. Heehh hehhh nantilah sebenarnya aku nak cerita pasal lampu suluh…

No comments: