Tengahari semalam rush ke OKR untuk beli cat. Huargghh haritu dah beli 4 tin tapi tak cukup pulak. So semalam beli lagi 3 tin then beli sekali dengan rel langsir. So third project dah selesailah kiranya. Balik kerja semalam terus aje ambik hunny dengan Ilman then terus proceed ke kedai grill untuk bayar deposit dan terus ke Taman Sutera. Sampai sana hunny dok try drill the conrete tapi macam payah aje. Sian kat husband aku yang terpaksa mengerah sekuat mungkin tenaga nak drill concrete tu. Nampaknya semalam masih tak berjaya pasang lampu kat living. So he proceed pasang kipas dalam masater bed room dan juga lampu dalam master bedroom. Anyway thank you darling for the grill deposit. I love you
First thing yang aku nak tengok masa sampai rumah tentulah 3 bilik dan juga wet kitchen aku yang aku upah mamat indon suruh cat….yesss…memang cantik pun colour yang aku pilih tu and definitely tak sabar nak tunggu diorang selesai sapu untuk second layer. Then rasa sedih sebab master bedroom tak cat pun. Hmm nantilah dulu for this time being aku belum finalise lagi tentang concept rumah kat taman sutera ni. Hatini masih berbelah bagi samada nak proceed with English style atau country cottage atau stck pada neo nusantara yang banyak ketengahkan konsep kayu jati. Iskhh…kalau mintak idea Pn. Ann mesti dia akan bagi nasihat buat gaya English.. Campur aje lah dua-dua boleh tak. Hari-hari aku dok belek Impiana, Anjung Seri HSH kepala pun dah celaru, semua aku tengok cantik but kena ada target le aku ni. Kalau tak nanti konsep bercampur rasa rumah cam crowded plak..so hilang le seri.
Dari segi budget..aku memang dah plan masuk rumah ni without any renovation aku hanya akan habiskan 10K saja tak boleh lebih dari itu kalau kurang boleh. Heehh budget aku memang tight but hopefully hunny akan bermurah hati derma lagi duit banyak2 pada aku yang memang sengkek ni. Tapi oklah 10K tu pun banyak apa. So far untuk cat dan juga rel aku dah belanja RM600 sekali dengan upah. Grill aku buat yang simple-simple aje. Hmm hajat hati tu memang lah nak buat wrought iorn mcm rumah depan tu tapi bila tanya….uiskkhhh uisskh mahalnya baik aku pasang kitchen cabinet semahal tu….so aku stick le dengan grill pilihan aku. Hmm tak sabar le nak tunggu diorang pasang grill ahad ni.
Lampu kebanyakannya dah pasang tapi yang sedihnya satu kotak lagi lampu dah hilang…Inilah bahananya sebab lampu-lampu ni semua aku beli tahun lepas…so sejak beli tu memang tak pernah buka pun kotak2 tu. Ntah2 memang kedai tu yang tak bagi lampu untuk 3 bilik kecik tu, aku beli jenis lampu piring yang saiz besar so bila buka kotak hanya ada piring dan mentolnya saja. Mana tapak lampu tu dnegan lampu kat tangga pun tak de. Sedih betul. Terpaksalah beli lain…nampaknya bilik2 tu mintak lampu lagi cantik kot. So tengaoklah Jumaat ni gi beli lampu kat satu kedai yang aku dok ushar bebrapa lama sejak dulu. Pasti lampu kat sini murah2kan Agaknya laa..
So project seterusnya lepas ni…aku dah dapat satu kontraktor melayu yang aku rasa memang dia buat kitchen cabinet murah gila. Itupun kebetulan aku baca dalam melayu.com. Thanks kak Maizana yang sudi share pasal benda ni. Sebelum ni kebanyakan geng2 aku buat dengan Mr Lee dia pun murah gak pun this abang lagi murah dan kebetulan kedai dia memang le dekat sanagt dengan rumah aku ni. Aku belum call dia lagi. Sebenarnya boleh aje nak buat ukuran sekarang sebab dapur hub deangn hood memang dah beli lama dah. Hmm tak sabar betul tapi aku plan nak ubah paip untuk bar counter dan nak tambah satu paip lagi untuk sink tempat masak kat wet kitchen. Design Kit cab dah memang ada dalam simpanan tengah nak final nak buat patern yang mana satu. Semua cantik2 belaka. Anyway semuanya akan berlaku selepas rabu ni lepas aku ubah pakcik ramli ubah dan pasang satu paip baru kat dry and wet kitchen. So lepas paip dah settle baru le orang kitchen cabinet boleh masuk dah ukur. Nak buat benda kena ada plan yang teliti kalau tak hmm abislah…nanti sana tak siap sini tak siap..
Target kami nak masuk rumah baru by end of this month. Maknanya masa Cik Siful balik habis study dari Mekah nanti MIL and family semua dah boleh bermalam kat rumah tu nanti.
1 comment:
Wah seronoknyer dengar org nak masuk rumah baru... 3 options yeak? English, Country cottage or melayu nusantara??? Kalau buat stail melayu kampung blh? To me, semua2 tu rasa crowded je... lagi2 kalau ada anak kecik. Some like modern, simple, but unique. I think I would opt for that. Lagi2 pulak ada anak2 kecik. Kat sini rumah2 yg English style atau Country cottage ni selalunya org2 tua, sbb depa dah tak kerja, so ada banyak masa nak menjaga perabot2... tu. Kalau yg muda2 selalunya pilih modern, nampak kosong dan luas, tapi cukup for the basic needs... hehehe tu my opinion... Nanti bila anak2 dah besar, dah remaja, mungkin blh tukar konsep pulak... banyak sket project... :-) Banyaklah ongkosnyer jugak agaknyer... bitsnbytes
Post a Comment