Kesian pulak aku pada Mr Lee yang dok cari rumah aku sampai 3 jam tak jumpa. Itulah Taman Sutera tu kawasan baru kalau orang yang tak fimiliar memang tak tahu mcm mana nak cari rumah aku. Mungkin bukan rezeki dia kot nak dapat buat Kitchen cabinet aku. Selepas tengok KC kak Zana hati aku berbelah bagi. KC dia 24 x 24 hanya RM4500 dah tu pulak materialnya solid nyatoh. Aduh nampak gayanya kena mintak tolong kak Zana suruh mamat tu contact aku. Sejak dari dapat HP number dia sampai ke hari ini memang aku tak dapat contact mamat tu. Hmm dalam hati kesian jugak Mr Lee tu beria dah aku suruh dia datang ukur last2 tak buat dengan dia. Aduh rasa cam bersalah lah pulak. Semalam berlalu dengan kepenatan. Malam tu aku dah siap2 masak sambal nasi lemak dengan rebus telur. Esoknya seawal 5 pagi dah bangun goreng ikan bilis dan juga kangkong. 6.15 kami berempat bertolak ke KLIA sebab nak sambut cik Sipul yang dah habis belajar dan balik dari Mesir. Perjalanan dalam hujanyang amat lebat lagi pulak jalan gelap sebab area putrajaya yang hujung2 tu tak de lampu jalan. End up terlepas simpang ke KLIA dan kami sesat dalam kegelapan pagi. Sampai airport around 7.15. Masa tu the crony from Muo dah lama tiba excited nak jumpa anak yang setahun tak kembali. Menurut sumber Liza katanya flight landing pukul 6.00 pagi aku memang saja datang lewat sikit sebab dah maklum mesti lamabat keluar nak cek kastam lagi nak ambik luggage lagi . Aku ingatkan sedang elok aku sampai cik sipul tiba tapi…pukul 8.30 pun tak tiba lagi.. Aduh lamanya pastu cek kat skrin adalah tulis kat situ flight from Jeddah mendarat pukul 10.45. Aku bukan takmo tunggu lama-lama dah le parking kat bawah tu cekik darah…so aku ajak crony keluo breakfast ke gi minum2 ke. Tapi kat situ manalah ada kedai2 makan ke. Nasi lemak kat rumah ingat malas nak tapau sebab lepas ambik sipul terus ke rumah aku. Naisb le MIL bawak bekalan. So tak tahu mana nak melepak aku bawa diorang gi masjid KLIA. So makan-makan kat situ siap landing2 lagi. MIL dah tak sabar sgt nak jugak tunggu kat airport so kereta diorang gi dulu. Kami melepak lagi kat masjid sampai pukul 11.00. Sempat lah Ilman tidur sekejap. Pukul 11 lebih sikit kami gi sana kali ni parking kete kat kaki lima tu…biasalah kena halau kat belakang kami move ke depan..sampai le kat pintu 7 baru aman tak de polis yang halau. Deena dan tido dalam kereta..Ilman pun tido 11.30 aku kuo nak cek Flight dah landed 10.30 tapi saiful belum keluar lagi. MIL dah tak duduk diam muka risau sangat tengok sana-sini masih tak nampak muka anak bujang nya itu. Aku jenguk2 tak de pun budak ni…at last pukul 12.00 baru le muncul Saiful, senyum lah MIL nampak anaknya sihat dan makin hensem. Pastu tetiba sesuka hati tuko plan pulak. Takmo pi rumah aku nak terus balik Muo. Aduh pastu plan sendiri nak suruh kitaorang balik muo sekali sebab barang tak muat. Petang nanti balik KL semula. Huahah ingat dokek ke..ponek le nak drive. Hunny tak nak balik kampung aku pun memang lah tak nak..esok nak kerja wei..dah le aku ambik cuti . Sib baik Dr Su ada membangkang plan MIL. Pastu Dr Su tanya kenapa mak nak balik cepat sgt. Alasan nanti orang kat kg dah tunggu (read ad F menantu kesayangan dah tunggu) . Padahal tak de siapa pun kat rumah tu. Dr Su kata kalau F nak datang sure dia akan call J hubby dia. MIL terdiam then dalam rasa terpaksa tu ikut jugaklah balik kajang. Sampai Kajang first time masuk rumah baru kami. Bibik dengan Paman dok puji rumah kami besar. Abah pun puji juga. Bila bibik tanya berapa harga rumah aku bagitahu lah 180K. MIL hmm tak sedap hati agaknya tengok rumah aku besar (lebih besar dari rumah J dan juga P) then kata Dr Su pun beli rumah jugak lagi besar dan lagi mahal 200K. Kebetulan Dr Su dengar apa yang MIL cakap..dan betulkan statement MIL kat situ jugak. Semua orang dengar... Mana ada 200K sama harga dengan rumah ni la tapi rumah su lagi kecik…MIL terdiam, aku kat situ senyum dalam hati dah tahu sangat dah. MIL mesti tak nak anak dia kalah. Jahat aku ni suka sangat perhati dan mengkaji perangai MIL aku heeh hehe..saja nak simpan buat kenangan. Bukan selalu dapat kenangan mcm ni. Orang dah kawin tahu lah. Duduk rumah aku satu jam aje pastu dah panas buntut ajak balik. Siap jerit2 lagi pada abah kat tingkat atas (Apa sangat yang nak dikejarkan balik awal tu). Masa tu abah tengah baring lepas sembahyang. Hmm iyelah tak pe aku ingat sampai bila2. Datang rumah aku mcm duduk atas bara api.. Memang patut pun aku ni bukan menantu kesayangan…hehh hehh bior le ini style aku mcm mana plak dia nak ubah supaya ikut cara dia. Tak sesuuaaaiii…tapi aku dah fikir dalam hati..balik awal nanti sampai muo awal ramai orang boleh nampak…anak si polan dah balik dari Mesir. Itulah gamaknya. Pepandai aje aku ni….heehh mungkin betul siapa tahu niat hati seseorang mana kita boleh baca kan.
Thursday, June 30, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
heheheehhe
macam ternampak2 muncung ko bila bergossip tu ekekekek
Post a Comment