Saturday, July 23, 2005

Geram dan bengang kat hubby...disebaliknya

Semalam aku sembang-sembang dengan Liza kat phone. She is my future biras. Jadi jugak depa kawin hujung bulan 8 ni. So oleh kerana majlis tu tetap akan berjalan seperti yang dirancangkan jadi aku terpaksalah kelam kabut sikit. Nak uruskan duit abah yang 6 ribu tu dan duit emak ada 4 ribu pada aku. Aku terus ke KOOP ingatkan nak keluarkan semua saving KOOP yang aku ada lepas tu ada satu option yang lebih menarik. End up aku agree buat pinjaman atas caruman yang aku ada. InsyaALLAh by early August dapat cek. Next week I’ll get my LAD yang 7.5K tu. Then aku juga nak exercise ESOS (5 lot) bulan ni. Nak jual UnirtTrust aku yang 5k lebih tu. Dah 3 tahun aku dok simpan Unit Trust tu tapi nampaknya hasilnya tak berapa so aku jual ajelah. Ntah lah betul ke apa aku buat ni. Aku nak settlekan bil kredit kad yang 2K tu by rabu depan. Terasa banyaknya hutang aku ni. Hmm target aku nak settlekan semua hutang aku sebelum berakhirnya August. Since sipul jadi kawin so aku kena allocatekan duit sebab aku dah janji dengan MIL yang aku nak sponsor muffin untuk bagi pada tetamu. Nak kena tempah muffin dalam 800-1000 biji tak pasti lagi berapa ramai jemputan diorang.


Dan berita yang agak mengejutkan aku ialah janda tu datang lagi kat rumah muo dan kata pada emak yang dia nak kawin dengan ajam. Oh no…hopefully adik ipar aku tu fikirlah semasak-masaknya. Aku just give some idea dan pandangan pada MIL aku. He is still young..masa depan dia masih jauh dan panjang. The worst part is janda tu dah anak 3 walaupun dia sebaya dengan aku dan anak dia yang besar beusia 12 tahun. I don’t know may be aku ni sibuk2 aje nak campur hal dia Cuma yang aku rasa terkilan sikit abah pun mcm tak kisah everybody seem like agree kakak dan abang2 dia agree kalau janda tu nak kawin dengan ajam. I’m the one and only yang menentang. Their reason was takut ajam sakit semula mcm dulu kalau tak ikutkan kehendak dia. Rasa mcm semalam jugak nak call ajam dan bagitahu dia untuk sembahyang istikarah. Hopefully benda ni tak jadi. I pray for him. Jangan dia buat keputusan yang salah sudah. Iskhh entah tak tahu nak kata apa. He deserve more la…Bukan tak berpelajaran apatah lagi bukan tak de rupa. Kalau kenalkan dengan adik2 angkat aku pun cun jugak. Tapi tu lah bila susah nak communicate dengan diorang ni susah aku nak share something. Samalah mcm hunny communication dengan dia memang teruk. Hmm what to say tunggu dan lihat. Cuma takut takut hujung bulan 8 ni nanti ada dua pasang pengantin pulak.


Hmm entah kalau kawin jugak ngan janda tu namanya jodoh. Tapi kalau taknak fikir pasal extra tanggungjawab sebab nak sara anak dia yang 3 tu plus dia lagi better tak payah. Iskhh laa ajam…terkilan aku sebab BIL aku tu punya lah hensem. Baru-baru ni masa wedding cousin aku kat melaka jodohnya dengan orang Indonesia tapi mamat tu dah lama kerja kat Malaysia as engineer. Cumanya aku just terfikir masa tua nanti mcm mana ye sebab lelaki indon susah nak dapat taraf mastautin kat Malaysia ni. Lagi satu cousin aku bertunang dengan lelaki yang berusia almost 40 tapi mamat ni still bujang la beza umur dekat 15 tahun. Sorang lagi cousin aku 25 thn dioarng bertiga ni dalam sama-sama baya baru lepas grad setahun bertunang plak ngan duda anak dua. Hmm trend agaknya diorang ni cari suami yang berumur. Itulah jodoh namanya.


Mak ayah zaman sekarang mungkin lebih open minded aku tak tahu in future bagaimana jodoh anak-anak aku nanti. Semoga anak-anak aku dapat jodoh yang baik-baik belaka. Cumanya kita berdoalah semoga apa yang ALLAH tetapkan untuk kita memang sebenarnya yang terbaik buat diri kita. Hmm terbaik ke…aduhhh kalau macam tu kena stick lah sampai ke tua. Hopefully apa yang aku tak suka pada hunny dia akan ubah and at the same time apa yang dia tak suka pada aku juga aku akan ubah specially part2 membebel tu…Hmmm mcm mana tak membebel kalau semuanya tak betul di mata kita Pagi ni sakit hati lagi..gara-gara tuala merah dan motor mainan deena. Ya ALLAH berikan lah aku kesabaran pada tahap yang paling tinggi dalam menangani situasi yang begini. Poning kepalo makcik laaa…

3 comments:

Anonymous said...

berapa byk dah hang borong masa mega sale as at now. dzirhans.

Anonymous said...

Zira, cuba baca buku ni Personality Plus, manusia ni Allah jadikan ada pelbagai perangai, dan setiap org ada kelebihan, and we should focus on the strength and accept the weaknesses. Dlm buku tu dia kata, manusia actually attracted dgn yg opposite. Kalau org tu sama dgn apa yg kita nak, mungkin kita akan rasa boring, atau sebenarnya tak tertarik pun. There is must be something which has attracted you to accept your husband proposal, selain dari ruper dia, dan pekerjaan dia atau mateariles. Bacalah buku ni. Dan jugak Surrendered Wife kalau you really want to lessen membebel... yg ni saya tak pernah baca. Tapi Personality Plus tu betul2 buka pikiran saya, towards my husband... Lepas tu nanti u will see, how Allah has created both of you to complement each other. Not to be the same as you, but to complement... :-)

bytesofthoughts

Anonymous said...

a'kum..
kak,slm kenal..just rin..
nk tanye KOOP tu apa?
cm citr akak labur kat situ..
rin ni alwiz keputusan cash
want to search some cash sampingan..
boleh akak terangkan..
ianye ada khusus utk yg tertentu ke?cm org gomen ke?pls giv details..
hop kita dpt trus berhubung..