Wah..wah wah mama baru perasan dah sebulan tak snap gambar deena dan Ilman. Oklah petang ni ballik kampung mama akan bawa digital kamera mama and then snap as much picture as I can. Nanti boleh load dalam fotopages. Hmm rindu kat Ilman. Apalah cerita anak bujang aku kat kampung tu. Sekarang dah pandai menyelar (bahasa melaka) dan merangkak. Dah menyulur jauh boleh menuver lagi. Pandai nak mintak dukung. Kalau masuk dalam walker rata seluruh rumah dia rayau. Kalau dah duduk depan kita lepas tu mama bangun mesti nangis nak ikut sekali. Paling kuat ketawa dan tersengeh. Badan pun makin debot tu sebab mama gelar Ilman Bobot nama manja ILman lah tu. Kuat minum susu dan pantang nampak orang mengunyah mesti nak capai. Hopefully by hari raya dah boleh berjalan syoknya. Tak sabar nak jumpa Ilman Abqaary…harini tak keluar lunch. Entah tak ada arah tujuan tak de budget nak shopping tapi semalam sempat shopping baju deena kat SCP itu pun sepasang deena dan sehelai Ilman. Itu pun kebeltulan sebenarnya nak menghilangkan tension. Kebetulan hubby dah bagitahu yang dia akan balik lewat. So instead of balik terus (lagi pun skrg tengah cuti solat kan) memang sesuai sangatlah timing tu kami pun singgah SCP selepas di desak oleh kakak yang petah bercakap tu mama sabar aje lah. Asyik nak pakai seluar lawa aje kejenya anak aku ni.
Kakak dok komplen seluar dia dah koyak, (ada satu seluar merah yang ada lubang sikit) pastu merungut pada aku “mama seluar ni dah koyak, belilah seluar baru”. Anak aku baru umur 2 tahun setengah dah pandai nak mintak seluar baru nak pakai seluar lawa. Aku dulu masa kecik2 ntah merasa atau tidak seluar baru ni. Itulah bezanya anak zaman sekarang dengan anak zaman dulu. Agaknya zaman dulu (emak ayah orang susah le katakana) time raya ajelah baru nak merasa pakai baju cantik. Deena boleh dikatakan bila time teringin aku gi belikan deena dan Ilman sepasang baju. Pantang ada sales aje memsti nak grab tak banyak sorang sepasang, lagi-lagi bila ada occasion macam wedding ke nak gi jenjalan ke mesti dalam hati tetap nak cari baju yang lagi baru. Uishhh bertuah dan beruntung anak-anak zaman sekarang.
Irdeena banyak kerenah sekarang, kalau dengan daddy memang dia mengada habis-habis sebab mama tak bagi muka. Pagi tadi dia loktang dan menangis hunny buatkan dia susu letak air panas..deena dok kata dah-dah nanti panas tapi hubby still tuang tak banyak pun air panas tu then tambah air sejuk. Pastu si kakak ni boleh mengamuk. Daddy pass botol pada dia lepas tu dia tepis. Start menangis, hubby malas layan letak botol kat lantai kakak siap nangis jerit2 lagi lepas tu dia tepis botol susu tu sampai tergolek. Habis susu terpancut kat lantai. Aku perati saja dari dapur tanpa suara saja nak tengok gelagat anak aku kalau dengan daddy dia. Lepas tu aku mula bersuara..aku kata kakak jangan menangis dengan suara yang garang. Daddy dah buat kan susu kakak patut ucap terima kasih aku kata lagi. Dah baring kat sana. Aku ambik botol dah rasa oklah air susu tu suam2 kuku. Bagi pada dia dan suruh dia baring. Dia berhenti menangis dan terus minum susu. Aku terpaksa bertindak tegas sikit. Selalu bila deena nakal atau degil aku buat2 menangis nanti dia akan takut dan mula dengar cakap aku. Agak sukar nak control deena sebab dia lasak dan makin aktif. Aku tak pasti le boleh atau tak untuk tinggal kan deena pada ana nanti. Sebab aku plan kalau ana tu kerja ok aku nak serap dia terus jadi maid aku terus. Pagi tadi aku tanya deena duduk dengan kak ana dengan Ilman kat rumah boleh. Nampak macam Deena setuju. Lately deena memang tak suka pergi sekolah aku pun tak tahu kenapa. Pagi-pagi selalu mengadu mama tak nak pergi sekolah.
Deena dah boleh baca ABC sampai Z walaupun ada beberapa sebutan huruf yang dia pronounce tak berapa betul (specially M dan N bunyi seakan sama). Boleh bilang 1, 2, 3, samapai belas2 tu dah berterabur. One two three dah ok sampai ten. Bilang dengan jari kekadng betul kekadang salah, standard la tu. Now dah boleh kenal beberapa huruf seperti A, B, C Y dan Z (entah sebab apa ntah 5 huruf ni dia boleh kenal dulu). Dah boleh kenal kereta Honda atau kereta Toyota pantang nampak. Dah kenal banyak benda in Malay and English word (termasuk lah body part, tangan kanan dan tangan kiri). Dah boleh baca Alif ba ta. Hopefully by age 3 dia dah boleh start membaca. Cuma sekarang ni aku risau sebab belum sempat nak train deena untuk tak pakai diapers. Belum train dia untuk boo boo sendiri.
Nak ajar deena tak boleh paksa kena ikut mood dia. Tapi dia memang suka buku. Selalu desak mama suruh beli buku. Suka conteng buku plus conteng dinding but rumah baru ni aku memang dok perati. Tapi dalam dok perati tu dinding kat family area dah selamat kena conteng dengan pensil (sorry to say lah tapi itu pendekatan hunny ajar deena tapi mama tak suka. Jadi deena dah terikut2 since kat rumah lama dulu. Mama tak suka sebab habislah satu rumah kena conteng nanti mcm rumah Kaf lam Ye nge..Buku kan ada conteng lah buku). Mudah-mudahan anak-anak aku menjadi anak-anak yang cerdik dan bijak. Anak aku masih kecil lagi dan aku memang tak push diorang untuk jadi apa yang aku harapkan. Tapi aku kena juga berusaha kalau nak jadikan anak aku bijak dan pandai. Kalau dah pandai dan bijak it’s up to them nak jadi apa dah besar nanti. Both mom and dad kena memainkan peranan kalau nak anak2 jadi pandai. Jangan mengharapkan satu pihak sahaja sedangkan satu pihak lagi buat tak tahu. Sesekali cuba treat anak seperti orang dewasa give them chance to make their own decision untuk benda2 yang kecik dan sesekali kita pulak kena turn jadi budak2. So that we can share the feeling together-gether. Seronok
No comments:
Post a Comment