Tuesday, July 05, 2005

Satu Hari Yang Boring Lagi

Ikutkan hati mau aje aku chow. Mengantuk beb bosan pun ada, Lagipun aku risau sebab Ilman macam tak berapa sihat. Kalau cuti jaga anak aku harini pun ok tapi sebab fikir semua orang tak de kecuali aku sorang aje sat gi kalau cuti mcm nampak sgt pulak mengambil kesempatan di saat ketiadaan orang lain. Tak pe la reserve aje dulu cuti tu sebab ingat nak cuti minggu depan. Nak suruh mak datang tolong kemas rumah lagi. Dan yang peting esok nak ambik half de. Ni semua penangan HOMDEC 05 yang start esok kat MV. Kemaruk aku dengan hal-hal home décor ni sejak dulu lagi. Pastu ada branded sales and clearance kat Bukit Jalil. Kalau gi sekejap2 tak syok benda2 mcm ni. Ambik cuti jugak lah macam ni.


Mr Lee dah faxkan design KC dari dia. Banyak yang aku tak puas hati dan rasa nak ubah. Mesti malam ni aku pulun dok study semula semua kitab2 Anjung Seri, Impiana dengan HSH aku yang menimbun tu. Kebetulan Impiana bulan Julai memang cerita banyak pasal KC. Aku beli Impiana pun sebab ada topik KC. Ingatkan sekarang nak jimat tak nak beli dulu Impianan ngan Anjung Seri ni tapi tak boleh tahan sudah kemaruk. Haritu aku dah buat siap2 dah design KC aku. Pastu aku letak dalam beg merah tapi bila pindah beg merah tu ntah kemana. Aku dok cari-cari jugak. Kalau jumpa design yang tu oklah. Tak payah pening nak design semula. Tapi aku biasalah tu dok katam kitab-kitab tu berulang kali. Everytime nak hias2 rumah itulah kitab rujukan aku. Everytime nak beli perabot baru itulah jugak kitabnya. Pendek kata kitab2 tu memang aku sayang gila. Masuk rumah baru ni memang tak display kat luar kitab-kitab tu. Lagipun deena suka aje nak tengok2 gambar dalam tu. Habis lah koyak. Harus aku simpan khazanah kesayangan tu dalma master bedroom.


Hopefully by the time sampai rumah budak-budak tu dah selesai cat master bedroom tu. Lepas ni aku nak projekkan toilet dalam master bedroom tu. Yang ni pencuci mosaic yang ketiga aku beli. 2 pencuci sebelum ni gagal hilangkan tanda2 dan kerak2 yang ada kat lantai tu. Puas aku menyental. Pastu aku ada beli thinner sebotol semalam but tak tahu mcm mana nak guna sebab tak de instruction kat situ. Anyway got to call sifoo (emak) mcm mana dia guna thinner tu. Campur dalam air atau letak sikit2 kat kain then sental.


Harini hunny kat HQ Bukit Bintang. Patutlah aku hantar email pasal maid dia belum balas lagi. Hmm susah jugak harap-harap proposal aku dipertimbangkan sewajarnya. Kalau hunny setuju aku terus call si saiful tu suruh hantar cousin dia datang sini., Nanti aku jemput dia kat Pelabuhan kelang. Tempoh percubaan sebulan…kalau tak puas hati aku hantar balik. Hmmm kalau hunny setuju la…..ada jugak member yang nak offer maid dari thai tapi lepas pa yang jadi pada anak kak Z haritu aku rasa nauzubillah…tak tahulah nak cakap pasal maid ni kan bergantung pada nasib jugak kan.

No comments: