Wednesday, January 25, 2006

Hai lah cik blogger oiiitt

Dah dua hari blogger ni macam biol sikit. Tulisan pun dah tukar warna pergi ke hijau pulak, lari adjustment sana sini. Tak pe lah at least masih boleh menulis. Semalam aku try nak edit link untuk blog arwah yang aku mentioned tapi tak boleh. Petang ni aku ada meeting dengan orang Logistic. Biasalah progress meeting untuk project yang aku tengah handle sekarang. So far kerja aku masih lagi ikut timeline yang ditetapkan. InsyaALLAH by next week tender tutup dan lepas tu next week cuti panjang.




Hmm hunny belum decide lagi cuti ni macam mana. Hunny kalau boleh memang tak nak balik kampung. Tapi aku seboleh mungkin cuti panjang ni nak balik melaka tak kisah lah balik Muo dulu kejap pastu balik melaka janji balik kampung….huaaarghhh aku dah kemaruk sangat nak mandi laut ni. Banyak agenda nak buat ni. Lagipun aku nak booking service kereta baru ni kat balakong semua dah fully booked sampai Isnin after CNY. Hmm mana lah nak ambik cuti lain plak nak pi service kereta. Kalau kat Melaka boleh gak aku gi hari Rabu tu pasal Melaka kerja. Ya ALLAh bukakan lah hati suamiku untuk balik kampung..amin..kena cari timing baik nak kena pujuk cik abang aku tu…heeehh “hati sekeras batu” tapi rupanya sekeras air natu. Ni lawak masa kami tengah cintan cintun dulu…tapi air batu yang besar kalau katuk kat kepala pun boleh benjol jugak tau.Jangan tak tahu kalau tak caya korang boleh cuba.




Lagi satu ada family matter yang akan berlaku cuti ni. Cousin aku nak bertunang Nisa anak Pek Tam anak sulung Pek Tam. Memanglah bertunang tu tak penting sangat kalau nak attend lain lah wedding kan. Tapi hmm rugi kalau tak berkumpul time-time kroni ramai2 kat kampung. Uishh rasa memang terkilan kalau tak ada bersama gelak-gelak gossip-gossip dan sembang-sembang. Lagipun suku sakat aku ni emmang jenis yang suka buat aktiviti beramai-ramai dan bersama-sama. Memang meriah sakan. Uisshh buatnyer depa plan nak gi piknik time aku tak de boleh rasa rugi seumur hidup.




Hmm agaknya tahun ni boleh suggest lagi kami buat family day kat Pantai Puteri. Pantai yang hanya sepelaung aje dari umah aku. Tapi seronok sebab waktu tu kami piknik, mandi-manda, makan-makan, sewa boat, naik.kenu…macam-macam ade..Cuma tak naik jet ski aje..heehh pasal mahal..kalau semua bantai nak naik jet ski..kopak le poket….bukan sorang kroni aku ni kalau berkumpul..satu ibu pun dah ada 5-6 orang anak..kalau 9 ibu bayang kan le puak aku ni…meriah ke tak meriah. .uisshhh sabar ajelah. Tapi keluarga besar seronok kalau kenduri kendara meriah tak payah panggil orang luar pun nak tolong menolong. Dulu kami berkelah kat pantai Pengkalan balak. Masa tu 6 family yang pergi. Best giller sebab dapat naik banan boat..uishhhh pantai puteri tak de banan boat. Nanti aku nak bagi cadangan kat diorang tu buat banan boat…syokkk…



Update dari http://www.tsunamiwang.com/Azira . Korang yang masih ragu2 nak register tu janganlah fikir panjang2 sangat. Makin lambat korang register makin lambat le ilmu yang korang patut dapat. Bertindak sekarang banyak sungguh ilmu yang memang patut korang pelajari dari buku tu. Aku setakat hari ni…telah pun dapat RM300 sejak aku register haritu. So mudah aje kan. Tak banyak kerja, tak payah fikir panjang. Sambil2 buat kerja pun boleh dapat passive income.




Gaji company aku dah masuk hari ini. So perkara pertama yang aku settlekan ialah bayar CC tru maybank2U, keluarkan duit untuk top up ASB, duit kereta ayah dan duit untuk emak. Balance tu pandai-pandai le aku menguruskan nyer. Korang mcm mana. Citer sikit apa yang korang buat setiap kali gaji masuk dalam akaun….

2 comments:

Anonymous said...

ape saya buat bila gaji masuk? b4 gaji masuk saye dah wat budget siap2 hehe...sume fixed monthly expenses deduct siap2, cth cam duit makan, minyak, h/p, nursery, banjer dapur, savings, loan umah, keta, bla bla..duit kuarkan awal2 dan put aside siap2 ikut allocation dlm budget, tp dlm bank tinggalkan duit sket as buffer kot2 nak shopping ke beli pepe ker...tu style saye la.

*yatipruzz*

Kopi Suam said...

Akak pun sama, tapi sebab hutang kereta dan hutang rumah direct deduct from gaji so senang sikit. Jadi so far itu sahaja 3 perkara penting yang akak kena uruskan...

duit belanja dapur, susu anak, nursery dan taska itu hubby punya part :)