Anticlimax betul lah episod malam tadi. Aku memang dah geram dah kat Jasmin Hamid yang dok mengurat si Adi putra. At last ALLAH nak tunjuk Tasnim (aku suka nama ni) ternampak sendiri husband dia berpoya-poya dengan biras dia dekat piano aku jerit YESSS. Laki dia pun sama jugak gatal mengenyam Sabar aje lah…iskhh padan muka diorang berdua tu. Ini penangan MYA ZARA. Tasnim discover dia dah pregnant – 9 tahun kawin takde anak. Bila jadi mcm ni apa tindakan Tasnim ek. Nak mintak cerai..hmm mana boleh dia tengah pregnant kalau nak juga kena tunggu sampai anak tu lahir. Boleh ke makan hati berulam jantung macam tu. Sanggup ke nak maafkan husband yang curang dengan biras plak tu. Hampeh memang dalam dunia nyata benda mcm ni memang berlaku. Pastu tengok sedutan seterusnya Jasmin bertalam dua muka dengan husband dia. Humang aii ramai species mengadu domba macam ni. Rasa mcm nak bunuh aje pompuan cenggini. Kalau aku kat tempat Tasnim apa aku buat yek?
Last2 aku discover yang aku dengan hunny pun dah berada dalam episod kami sendiri. Jiwang-jiwang sambil tengok TV. Kami sambung tengok third watch anak-anak dan bergelimpangan tidur atas tilam lepas tu memang dah tak boleh concentrate sangat dah memang tak tahan. Tak tahan mengantuk laa bukan tak tahan sexited yek cik delinn. Korang ni mulalah nak fikir lain lah tu. Haa haahh saja nak bawak babak panas sikit dalam blog ni. Kebetulan malam tadi memang suasana agak panas.
Kerja aku tak berapa banyak sekarang. Standby untuk CS Tender committee yang tengah dok bersidang sebelum proceed pada satu lagi evaluation. Masa yang ada rugi kalau aku bersiakan. Lately aku tengok banyak blog dari aunty middle age yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Best gak dapat loop dari satu blog aunty ke satu blog. Actually aku baca blog diaorang nak cari ilmu. Sebab diorang ni dah jauh perjalanannya banyak pengalaman luas pengetahuan. Anak masing-masing pun dah besar panjang ada yang anak dah jadi anak dara umur 19-20 tahun. Uishh tak leh imagine diorang ni sure cam baya-baya mak menulis blog. Cayalah aunty. Kalau mak menulis blog kat umah haru dibuatnya. Sure bila kat masjid lepas Isyak mak ajak ayah balik cepat2 sebab nak upodate blog..kih..kih..tak de lah tak kan lah mak nak tulis blog plak kan. Ada yang kena kejutan budaya plak nanti. Ntah2 kalau mak start tulis blog, ayah pun nak tulis jugak. Haru biru…nanti siapa nak imamkan orang sembahyang kat masjid plak ayah oii…heehh…apalah aku ni dah melalut sampai ke situ pulak. Hehh hehh tapi kalau diorang tulsi blog best gak. Boleh le aku tahu isi hati mak dan ayah.
The best part bila baca blog Aunty2 ni aku rasa entry tu kebayakan aku terima sebagai nasihat dan tunjuk ajar. Banyak betul aku belajar dan memang wajib lah semua aunty2 yang berkaiatan tu menjadi tag wajib untuk aku singgah selepas ini. Ilmu mendidik anak-anak ni bukannya senang nak cari. Kalau nak dapat kenalah tanya pada yang pakar dan yang dah pun berjaya melaluinya. Idak giteww aunty-aunty sekelian.
Jadi ke aku nak ada baby lagi ni. Tengok orang dapat baby syiokkknyer. Huarghhh tapi bila fikir penatnyer aku ni rasa mcm malas pulak. Tapi kalau fikir malas bila lagi nak start. Anak aku baru dua orang usia aku makin hari makin senja nak tunggu bila. Target kami 4 orang. Tapi bila ingat balik kata-kata pepatah khalifah kalau kamu berada di waktu senja jangan tunggu sampai ke subuh, kalau kamu di waktu pagi jangan tunggu sampai ke petang. Maknanya kalau kita merancang melakukan sesuatu buat dengan segera. Jangan tangguh-tangguh. Aku dah check kat website ni korang yang mana dok tengah planning nak target sekian2 tarikh untuk dapat baby boleh gi kat sini jugak
PREGNANCY CALENDAR
aku dah ada tentative date yang aku nak kena target. Tugas aku dan hunny pada tarikh itu beruasaha, berdoa dan bertawakal. Kalau ada rezeki InsyaALLAH tahun depan boleh tambah sorang lagi ahli kelurga baru. Kalau boleh nak baby boy kawankan dengan Ilman yang pada target tu dah nak dekat masuk 3 tahun. InsyaALLAH kami akan berusaha ke arah itu. Persediaan, mental dan fizikal sebelum pregnant. Persediaan kepada dua anak yang sedia ada. Persediaan teknikal dan kewangan sebelum kedatangan orang baru. Banyak agenda kena diatur sebelum semuanya dilaksanakan. Siapa kata senang nak pregnant dan bersalin ni. Uishh bagi kami bukan mudah sebab semuanya kena diatur dengan sempurna.
7 comments:
wei.. ko senang dpt bleh le nak plan-plan hehehe aku nih.. asal boleh jer... usaha sokmo! :P
tuh yg selalu sexcited tuh kekekekeke
MR pun nak try jugak...kot le..si syasya leh ada kawan nak main...
aku pun nak usaha gak weiiii.... usaha cari boyapren :D
Ayu,
Kalau aku jadi kamu pun sah-sah aku pulun habis-habisan. Aku plak jenis senang lekat. Memang kena hati-hati. kalau tak nanti silap2 aku dapat anak kembar satu awal tahun satu hujung tahun. Tak ke naya kalau lagu tu.
MR,
Jangan tunggu lama-lama...boring gak syasya tak de kawan
Ina,
Good luck and all the best...cari boipren la weiii hang nak cari boyapren buat apa..satgi dengan hang2 kena ngap plak.
Zira, sama la kita... Aku plan tahun depan nak tambah ahli....Ramai jugak je kawan2 yg pregnant tahun ni....
Zirap, aku tgh peknen pun.. hahaha.. cukup la quota aku. aku sama ngan ko nak 4 gak. anak aku sebaya anak nizan, zie & dd la jwbnya.. meh la join kami semua ramai2
ezzah,
kamu dah advance beranak 3 kali anak dah 4. wah wah wah sakan yek korang semua membuyung tahun ni...ramai plak tu...aku takmolah tahun ni...aku nak tahun depan gak..itu pun aku target hujung2 tahun. Biar Ilman dah besar sikit. Bujang aku tu manja sangat. Kalau dapat kembar macam kau pun best gak ezzah. Lepas tu aku boleh terus tutup kilang. Dah berapa bulan hang peknen.
Post a Comment