- Nak bayar duit kereta ayah – EON bank - 450
- Nak settlekan payment untuk PB Unit Trust – Public Bank – 3K
- Bayar hutang CC – Maybank - 500
- Bayar cukai pintu – Mahal betul cukai pintu umah TS tu. 142
- Bayar duit kutu - 400
- Nak kuo duit untuk renew roadtax dan insurans – 1K plus
- Nak renew lessen untuk tempoh 10 tahun. - 320
Calculate punya calculate memang betul macam aku jangkakan banyak aku kena kuo duit untuk bulan ni. Nak dapat terjelepuk mcm tu memang tak de laa…Unit Trust untuk Ilman tu aku korek ASB aku (ni kira bukan belanja cuma aku tukar aje channel tempat simpanan). Aku park kat situlah sikit untuk permulaan aku start dengan 3K aje dulu. InsyaALLAH (I need extra income about RM200/month untuk buat autodebit ke UT budak berdua tu every month). Pastu duit roadtax and insuran pun korek ASB jugak (anyway memang aku dah slot kan siap2 kat ASB duit Roadtax and insurance tu kalau tak sakit jugak sebab bukan sikit amountnyer tu). Cuma cost2 yang tak terjangka macam cukai pintu/cukai tanah ni yang agak memeningkan sikit pasal tak de allocation budget.
Dan kalau sempat aku nak beli handbag baru hari ni. Semalam mcm mana agaknya zip my handbag Renoma dah tercabut. Alamak sayang lah…so tak boleh nak di zipkan. Pagi tadi dok selongkar almari nak cari handbag yang lama-lama tapi tak jumpa pulak. Mana aku dah sumbatkan handbag2 lama aku tu ek. Ni mesti time sibuk2 pindah haritu aku dah campak-campakkan kemana. Jadi terpaksalah guna juga bag yang ternganga mulutnyer
I called that discipline. Sebab setiap bulan perkara pertama yang aku buat bila gaji masuk ialah selesaikan dulu segala hutang dan tolak tepi siap-siap duit untuk simpanan. Selebihnya baru aku budget untuk berbelanja. Kalau nak ikutkan memang tak cukup yang amatzzz..kalau nak berbelanja besar ibarat ultraman taro of course lah tak cukup. Tapi kalau sekadar nak membeli keperluan diri dan anak-anak dan berbelanja sedehana insyaALLAH cukup. Kalau nak berbelanja lebih sikit memang boleh anytime aje aku boleh swipe CC, tapi bak kata pepatah anak cina makan pengat, sendiri mau ingat.
Dan kebetulan juga Forum Perdana malam tadi pun berkisar tentang kuasa wang. Cuma aku terkilan sikit sebab Ustaz Kamarudin tak buat penggulungan masa akhir forum tu. I was waiting for his final words about the power of money. Kita nak jugak tengok bagaimana alim ulamak melihat kuasa wang sebagai sesuatu perkara yang amat penting dalam pembentukan keutuhan dan peningkatan ekonomi umat Islam. Memang wang tak boleh bagi kebahagiaan, tapi kalau tak de wang lagilah membawa kebinasaan. Alim ulama negara kita ramai yang jutawan. Tapi mereka kaya dalam diam sebab wang mereka banyak digunakan untuk melabur ke jalan ALLAH.
6 comments:
Betul tu KS, maklang pun tiap bulan buat tolak gaji untuk simpanan. So bila masuk gaji nett, sikit jelah. Nak tolak duit rumah lagi, kereta, maid, ustadz, school fees, kereta sekolah, tukang kebun etc2 semuanya kena buat awal bulan. Tolak2 tinggal ciput je. Lepas tu claim semuanya dari Cik Abang. Nasib baik dia tak banyak cerita...
handbag tu tak payahlah .... tak penting pun. duit dalam handbag tu that matter. but kalo ternganga mulutnya kang kene rampok lakss..
MR setuju ngan KS...betulkan duit sekarang rasa kejab jer...dah tinggal ciput...heheheh..pasal handbag buat le tektik sondol2 kat hubby esok birthday KS...muahahaha guna le tektik tu...muahahah...Happy Birthday KS!
wah besar betul gaji kopisuam yeak.. RM6000 yea? ke more?
Maklang,
kalau tak buat camtu alamat nanti saya ni pergi bershopping le pulak dahulu setiap kali dapat gaji. Ada yang setahun lepas tu kena declare muflis. gaji saya lepas tolak sana tolak sini ciput aje yang tinggal....
dzirhans,
Itulah lepas aku kuo ASB tu nak pi Maybank yang selang 6 kedai aku dah cuak..uishh punya le kepit handbag tu kuat-kuat.Satgi ke rampok mahu terduduk dibuatnya
MR,
Malam tadi dah buat dah tektik sondol2 tu...hikk..hikk...tapi tak tahu le berjaya ke tidak. Tengok le harini nanti kot2 ada suprise ke. Tapi kita ni tahu hubby kita camner so harapan tu memang le kita letakkan rendah2 aje. but who knows...
Anonymous,
Gaji kita tak de le banyak cenggitu...biasa-biasa aje..tapi sebab sebelum ni memang ada menyimpan duit setiap bulan..so bila ada benda yang perlukan duit gedebuk camtu, tu yang dok korek2 ASB tu. Kerja kulikutip aje manalah gaji sampai 6K lagi.
akak,bleh cite sikit tak pasal unit trust public mutual ni.klu tak keberatan email kat saya dslimbeauty@yahoo.com...Saya tengah cari tempat gak nak melabur duit.Baru nak mula hidup,so nak belajar dari akaklah camne nak simpan duit.ermmm
Post a Comment