Seronoknyer cuti CNY yang baru ni, ALLAH aje yang tahu. Kalau boleh nak aje rasa sambung cuti sampai hujung minggu depan. Tapi keadaan memaksa aku kembali ke opis walaupun aku ni tak berapa sihat. Hari ni dua kali ulang alik ke despenseri. Pagi tadi sebelum gi buat tender evaluation, tapi sebab patient ramai sangat aku patah semula dan terus ke HQ. Sebenarnya dah tak tahan sok sek sok sek hidung ni dah tersumbat sampai payah beno nak bernafasnya. Uish antibody dan kurang agaknya asyik kena attck dengan demam dan sinus yang tak berkesudahan.
Cuti memang le marvelous sangat. Kami balik melaka sabtu pagi tu. Sebagai balasan hunny yang sudi nak balik sekali dan mengizinkan kami balik bercuti (uisshh 3 minggu berturut2 balik kampung - poket pun sakit jugak ) so kononnya nak ke Semenyih cari spare part Minimoto. Aku ikut aje tapi nampaknya tak jadi pergi sebab motor tu dah dibaiki sendiri oleh En. Hunny yang terror kerja2 seperti itu.
Perjalanan balik Melaka meleset seperti yang kami jangkakan. Jalan agak jammed jadi tersengut2 le jugak nak menyampaikan ke exit Pedas Linggi. Terpaksa ikut jalan dalam kalau tak lagi lambat kami sampai. Cuti kat melaka best kami mandi laut sampai dua kali…deena yang paling suka..tak tahu takut langsung walaupun air laut dah paras ke leher.uishh seronok sebab aku memang dah kemaruk sangat nak terjun. Sakan bercuti kat melaka sampai aku lupa ada hati yang sungguh kecewa sebab balik lambat ke kampung dia. Heeh tak ada dalam plan pun yang tetiba hari selasa malam awak ajak balik Muar esoknya. Hmmm inilah perkara yang memang aku dah jangkakan (I know you very well darling so aku tak terkejut pun bila my cik abang buat last minute decision ajak balik sana). Plan asal hunny tak nak balik kampung, tup-tup bila jadi balik claim nak balik kg dia plak. Anyway aku ok aje..tak nak bias pada sebelah pihak aje. Tapi disebabkan aku nak service kereta pada hari khamis, so aku tersenyum lebar sket la pasal cuti kali ni lebih lama kat melaka yahuuu. Nak tak nak terpaksalah cik abang aku tunggu sampai Khamis baru kami leh balik Muo. Pastu baru le dai boleh sengih-sengih dan senyum bila dah sampai kampung dia.
Basically tak banyak perkara memberansangkan yang kami lakukan selain dari menternak body menghadiri kenduri, makan-makan, makan dan makan. Kenapalah bila balik kampung aku tend to eat much compare kalau kat KL. Uishh asyik le nak mengunyah aje kerjanya tak kiralah balik Melaka atau balik Muo padahal mak aku masak lauk biasa2 aje. Tapi ada satu haritu mak masak sup tulang…ya ALLAH memang le feveret aku tu.,makan sampai tak ingat dunia, sampai tak ingat yang betapa tingginya colestrol dalam sup tulang tu. Tapi apo nak di kato cempedak dah jadi nangka.. Tu lah orang kata air tangan ibu/MIL memang tiada tandingannya. Abis projek menguruskan badan aku heeh tak start lagi pun sebenarnya. Heeh heeh nampak gayanye lepas ni petang2 kena turun padang main volleyball ngan bebudak kat taman tu.
Balik opis dengan email yang beratus-ratus terselit satu cerita sensasi kat taman aku. Alamak ada pulak rumah yang dah dipecah masuk. Uishh perkara2 macam ni yang paling aku tak suka nak dengar. Mamat indon tu memang dah aim time kami2 ni tak de balik kampung. Sib baik ada jiran2 yang nampak.Tapi rumah aku alhamdulillah. Memang bila balik kampung tu risau jugak dengan keadaan rumah aku tu..
Monday, February 06, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment