They call today as a Valentine Day. Feeling tentang valentine day memang tak terasa kat sini tak ada sejambak bunga pun untuk aku, jangan kata sejambak sekuntum pun memang tak akan ada – (adalah bunga rose kering yang boss bagi masa dia balik dari CH dulu kat atas monitor aku ni) sebab aku memang sah tak celebrate benda ni semua. Mcm pelik aku pun terperasan bila aku tengok calendar atas monitor aku ni aikk hari ni 14 Feb tapi suasana amat sejuk dan kaku sekali kat sini. Ada 3 ketul chocolates yang didatangkan khas dari US depan pc aku ni. Uisshh hunny lagi lah jangan mengharap untuk dia buat kejutan pada hari2 yang dia sendiri tak pernah kenal dan tak pernah tahu dan kalau boleh dia memang tak nak ambil tahu pasal perkara ini. Actually ada 4 ketul chocolates tapi aku dah makan seketul. For me valentine day ni adalah hari-hari di mana aku tak bermasam muka dengan hunny, hari di mana kami bergurau senda sambil sengih-sengih dan senyum-senyum.(hunny tak reti nak gelak besar mcm aku ni – gelak hantu kata zai). Hari di mana aku tak kena reject bila nak meleser-leser dan nak mengada-ngada, bila aku ajak hunny ke mana-mana, dia akan ikut tanpa bantahan. Itulah valentine days aku bila mana semua kehendak aku dituruti yuhhuuu best dan rasa mcm di awang-awangan pulak paling best kalau bila aku minta duit dalam amount yang besar dan aku dapat tanpa banyak soal memang heaven. So kalau kira dalam setahun hmm setiap bulan aku sambut Valentine. Consider as disaster day yang berlaku tak berturutan lama sangat la kan –bila mana aku jatuh terjelepuk sakit dan tersedar dari awang-awangan tadi maknanya itu bukan valentine day kami la faham-faham aje la. Disaster day tak payah lah cerita kan buat spoil aje mood nak jiwang-jiwang aku hari ni..
Petang semalam kami menghabiskan masa beriadah di padang TS. Masing-masing dengan riadah kami sendiri .Hunny main heli kat padang bola, adik man jalan-jalan tak tentu arah kat padang, deena main buaian dan aku melayan budak2 kat TS main volleyball kat court takraw. Sebabnya court kami dah di conquer oleh geng indon. Adalah 2-3 kerat kaum lelaki yang join diorang main. Lepas heli hunny crash kat padang - biasa lah tu heli tu dah 4-5 kali crash, hunny ngan adik man balik dulu naik motor (kami datang naik motor dari umah yang sepelaung jaraknye). Aku sambung main volley ala-ala jadi coach kat bebudak tu. Seronok juga kalau petang2 dapat berpeluh cam gitu. Dah lama dulu nak buat tapi kekadang aku sampai umah lambat. Pastu sibuk nak masak. Tapi sekarang ni sejak tak de bibik aku dah tak masak. Main beli lauk aje. So sampai umah sembahyang pastu siap2 untuk turun riadah. Lebih fresh dan lebih sihat walaupun kekadang mal;am aku tidur awal sangat sebab keletihan. Maklum lah bukannya aku ni dok di zaman aku muda belia dulu. Boleh le nak aktif bagai. La ni dah jadi mak orang kan so berpada-pada lah bila nak beraktiviti tu.
Projek pokok bunga depan pagar dah start. Aku dah keluarkan bunga kat dalam pasu dan transfer tanam atas tanah. Tak tahulah boleh hidup atau tak. Harap-harap bunga-bunga ku itu subur-subur dan mengeluarkan bunga yang banyak. Ni tengah dalam mood nak tanam bunga lah ni. Lepas ni aku nak projek kan pulak pokok rose dalam pasu tu untuk transfer ke tanah. Daunnya asyik kena makan ngan kumbang aje. Sakit hati tengok pokok subur tapi daun lubang-lubang
Dulu masa aku sekolah menengah dalam form 1 ke form 3 aku suka sangat dengan pokok rose pink mak yang mak tanam kat tepi pagar. Sebab bunga dia memang selalu ada dan banyak. Bau pun harum. Bila dok jiwnag2 ingat boyfriend aku dok melepak ngan pokok rose tu dan sembang2 dengan pokok rose tu la. Aku kata kau bunga banyak-banyak. Bila time aku jiwang tu memang banyak bunga dia yang keluar…heehh hehhh. Betul ke tak betul aku time tu. Hehh…sampai harini rimbun pokok tu masih hidup. Balik kampung leoas ni memang aku nak ambik batang rose tu tanam kat umah aku pulak. Ada gak nostalgia aku ngan bunga mawar pink kat umah mak.
4 comments:
MR dgn baba memang tak sambut Valentine pun...So tak heranlah kalau tak dapat bunga ker cokelat ke haper...kalau dapat bunga pun belum tentu MR tau hargai ker tak...Kalau coklat tu memang blasah jer...MR pun teringin gak nak menanam pokok kat rumah ni tapi projek beli anak pokok tak kesampaian lagi!!
Ko ni makin lama aku tgk makin pasangan merpati sejoli lak aku tgk. Bak kata Dr Fadzillah Kamsah Bossy ngan Peacefull kan aman bersatu.
KS.. salam perkenalan
MR,
VD itu kan bukan budaya kita. Ala kalau setakat nak bagi bunga ngan coklat tu tak yah tunggu VD pun boleh gak kan. Sambil jenjalan gi shopping tu boleh aje apa kalau nak soh hubby belikan coklat atau bunga... heehh hehhh
En. Dzirhans,
Bukan ke graf perkahwinan lebih elok begitu. Kenaikan berkadar secara menegak lebih baik dari kenaikan menegak secara mengejut pastu terus menjunam tak naik-naik. Apa pendapat engkau. :). Jangan fikir lain plak.
Sya,
Salam perkenalan juga :) jenguk-jenguk kat sini selalu
Post a Comment