Korang pernah tak nak cuba di match making kan dengan sepupu-sepupu atau saudara mara terdekat masa zaman kanak-kanak dulu. Usually perkara ni berlaku kalau kita dok kat kampung yang keliling kita memang saudara mara kita. Aku ni membesar kat melaka tu, umah mak, umah makwe, umah makngah, umah makcik, umah pektam ,memang sepelalung aje jaraknya. Orang melaka buat umah memang dok dekat puak-puak (bahasa melaka perut2 ) diorang aje.
Dalam lingkaran family aku memang ada pun match making ni sejak kami kecik. Dan ada pun saudara aku yang dah kawin dengan saudara (sepupu) sebab match making / perjanjian yang dibuat semasa anak tu kecik lagi. Aku pernah gak lalui this situation. Tapi situasi aku lain sikit sebab semua proposal tu datang bila aku dah meningkat dewasa. Proposal yang pertama tu datang dari Pak Ngah aku – I called him abah sebab masa kecik aku memang rapat dengan Abah sampai orang kata aku ni anak dia. Oleh kerana aku baik dengan abang long maka memang aku ni mengekor aje mana cousin aku tu pergi. Lagi plak lepas abang long beli motor RXZ dia lagi le kami tak duduk diam. Membonceng motor ke sana sini – masa tu aku form 1. Gi tuisyen berhantar berambil semua cousin aku tu lah yang merajinkan diri. Tapi tak jadi sebab aku ngan abang long tu macam adik beradik tak de feeling pun. Sampai bila abang long bertunang tunang dia siap boleh jeles ngan aku sebab aku rapat ngan cousin aku tu. Tapi kan pelik betul rupa anak-anak dia dengan rupa anak-anak aku memang seiras. Sekarang bila dah kawin ni rasa tak boleh lah nak mesra-mesra macam dulu.
Second proposal dari my second cousin. Anak maklong Maya aku (cousin mak). Dia sendiri cakap kat mak dia yang dia rasa nak bertunang dengan aku. Masa tu kami sama-sama dalam form 3. Ada ka patut kecik-kecik lagi dah fikir pasal kawin. Ni jawapan mak bila maklong maya (geng2 baik mak masa kecik2 ni) brought up the issue. “ Dak long tu tengah belajar lagi, tahun ni baru nak ambik SRP. Lagipun aku tak teringin nak berbesan dengan kau” Sabar ajelah. Punye lah direct mak aku jawab. Tapi aku suka pasal masa tu aku tengah ciktan cintun ngan abang M.
Last proposal tu datang dari mak saudara aku. Aku pun tak ingat mak saudara yang mana tapi adik beradik mak juga. Diorang suruh aku bertunang dengan abg Zul cousin aku. Masa tu aku matrik 2 year. Tapi moklong (mak abag zul) kata hmm adik beradik tak kan lah nak kawin. Kami ni antara sepupu memang rapat macam adik beradik. Membesar pun sama-sama jadi memang lah rapat yang amat so perasaan nak suka lebih2 tu memang tak boleh nak wujud.
Anyway alhamdulillah, aku membesar dalam lingkungan sepupu sepapat dan adik beradik mak. Hmm aku memang rapat dengan semua mak saudara dan ayah saudara aku. Dan alhamdulillah juga walaupun tak semua cousin aku berjaya dalam pelajaran tapi generasi yang baru2 ni memang banyak yang cemerlang – terbaru tu Aisyah dapat 10A masa PMR. Nasib baik aku tak kawin ngan salah seorang sepupu aku ni. Kalau tak hmm tak jumpa lah aku dengan hunny kan…heeh hehh itulah namanya jodoh.
4 comments:
penah dgr dulu ada ckp2 kawin sepupu or sedara mara sendiri nih nanti anak jadi bodoh..eheheh
misskar, yg jadi bodoh tuh bukan sbb apa.. sbenarnya perkahwinan sesama sedara tak digalakkan sbb kalo kite ade genetik yg tak elok dlm sejarah keluarga kite akan menular pada anak2 pulak..jadi lebih baik amik yg jauh2 bukan sahaja insyaallah tak akan ikut penyakit yg keluarga kite ada tapi dpt merapatkan hubungan dan juga menambah kan lagi saudara2 kite..
*zira..ok ke aku jawab nih hehehehe
missskar,
memang betul apa yang kak Ayu cakap tu. Sebab dalam Islam pun kita tak digalakkan berkahwin dari puak2 saudara mara kita sendiri, takut kalau dua2 ada penyakit keturunan nanti bila dapat anak lagi bertambah teruk.
Am,
betul ke you nak tahu cronology percintaan I dengan my husband?haahh buat I tergelak pecah perut nak ketawa bila ingatkan semula cinta kayu/kaku yang tak romantik kami. Tunggulah suatu masa yang sesuai suatu hari yang indah saya akan tulis bagaimana kami berjumpa, apa peristiwa2 yang pernah berlaku (jinjang dan zoo negara )dan apa hint yang menentukan saya ni memang akan jadi isteri beliau masa first time bertandang ke kampung dia...tunnngggguuuuuuu :)
Tetiba MR rasa nak bodek AYu....muahahaha...Betulkan KS apa yang Ayu cakap tu...sedara tak elok kawin..Assalamualaikum Ayu....
Post a Comment