Addy ni memang sorang yang unpredictable. Addy ni jenis-jenis orang yang macam tak ada perasaan la kononnya. Tak reti nak tunjuk-tunjukkan kasih sayang pada aku dan anak-anak but deep in his heart aku tahu dia memang sayang kat kitaorang. Malam tadi aku melayan Ilman yang sibuk nak kacau kakak yang tengah belajar, addy dengan deena dok sibuk main hp addy Nokia 9210i dan belajar tulis-tulis. Tetiba addy kata kat deena “nak tengok gambar”. Aku cam pelik gambar apa lah pulak. Pastu kami berempat pun sibuk-sibuklah tengok gambar kat HP addy tu. Rupa-rupanya addy download gambar terbaru kami masa balik CNY yang mama letak kat fotopages ke dalam HP addy. Gambar kami semua ada dalam tu. Gambar adik man addy letak kat no tepon opis addy, gambar mama kat no tepon mama dan gambar deena kat no tepon opis addy yang lagi satu. Hmm ingatkan addy tak ambik pusing hal-hal macam tu. Sebenarnya tak ada apa sangat pun benda macam ni bagi sesetangah orang, but for me it’s mean something. Memandangkan hubby aku jenis yang begitu pendiam tak pandai nak expresskan cinta, tak reti nak say I love you directly dan tak reti banyak hal bila masuk bab jiwang-jiwang atau romatika ni. Jadi perkara-perkara tak terjangka seperti ini memberi erti yang sangat besar kepada aku. Samalah macam addy simpan gambar kami anak beranak dalam wallet dia. Simpan audio deena nyanyi dalam hp dia.
InsyaALLAH petang ni mak dan ayah sampai dari Melaka. Semoga mereka selamat sampai ke rumah aku nanti. Dan macam yang aku mentioned dalam entry yang lepas hadiah birthday Deena siap aku import dari Melaka lagi. Hmm suka banget le cik kak tu nanti. Jangan dah sampai umah nanti berebut dengan pak busu pulak. Silap-silap berebut sekali dengan adik Man.
Malam tadi aku ada gak tanya kat Hunny. Dia nak tak invest dalam unit trust Public Bank yang baru launch 3 hari lepas. Aku memanglah nak invest kat situ, dah ada budget dah pun untuk benda tu sejak baca paper dan tahu tentangnya. Even appointment pun aku dah set dengan agent nak jumpa next Monday. Aku cuma saja nak bagi cadangan kat hubby suruh dia variasi kan sikit saving dia kat banyak tempat. Entah lah senyap aje cik abang aku ni bila ditanya..aku pun tak tahu dia setuju ke tak. Kekadang problem aku ngan hunny ialah komunikasi. Hunny memang jenis pendiam, so bila aku berbincang sesuatu dengan dia, memang dia lebih banyak senyap dari berkata-kata. Kalau dia setuju dia akan kata ok atau senyap dulu. Then bila aku tanya balik semula baru bagi jawapan. Ada tak ubat camner nak bagi hubby kita ni rancak bercakap sikit. Uishh kekadang balik kampung tu dari kajang straight ke Muar boleh bilang berapa patah hunny bercakap. Aku gak lah yang kena banyak cakap nak cover keadaan. Kalau dua-dua senyap lagi lah bosan jadinya.
Kalau pendiam hunny ni, aku rasa satu taman dah tahu sampai masa kami buat kenduri doa selamat baru ni ada gak suara-suara yang aku dengar “suami dia ni memang pendiam macam ni ke”. So boleh imaginelah betapa pendiamnya cik abang aku ni. Oklah tu pendiam, kalau dua-dua bising sat lagi runtuh pulak umah kami. Kalau time gaduh dua-dua pakat nak cakap memang lah hancur jawabnya. Tulah sebabnya ALLAH jadikan manusia ini berpasang-pasangan untuk lengkap melengkapi antara satu sama lain. Tapi problem gak kalau terlampau pendiam macam ni, sebab bila nak berurusan dengan orang lain terpaksa aku masuk campur. Nak panggil orang kenduri pun kena gi dengan aku jugak. Pandangan masyarakat mungkin sedikit serong tapi nak buat macam manakan. Bukan senang kita nak mengubah seseorang menjadi seperti yang kita mahu. “Tapi yang kalau awak ubah sikit pun ok gak”.
Keturunan hunny semua pendiam. FIL memang tak banyak cakap, bila cakap elok dan lembut saja tuturnya. Tapi MIL sangat garang, kalau marah habis disemburnya adik ipar aku dengan sleng jawa. Aku pun bukannya faham apa yang dimarahkan. Adik beradik hunny yang lain memang tak banyak cakap. Abang-abang pun bukan kaki borak. Aku pernah cerita yang dulu kami balik kampung 2 buah kereta tapi umah senyap sunyi macam tak de orang. Harapkan anak aku ajelah yang mulut becok. Tapi abah selalu kata orang tak banyak cakap tak banyak dosa. Betul juga kata abah tu. Ke aku yang patut berubah jadi pendiam supaya hunny ada lebih peluang untuk berkata-kata. Kalau nak tengok hunny bercakap, bila dia dengan anak-anak dia. Masa ni memang paling banyak dia cakap.
7 comments:
baru bape kali je masuk sini tp dah entertained dgn topik2 akak. byk citer pasal family. erm.. cik abg saya byk ckp tp tak reti jugak nak tunjukkan perasaan dia. cam nak share je experience ngan akak, org yg dah ada family ni. mmg ni ke penyakit org laki adeh pening
Betul tu KS. Kalau pendiam ni unpredictable . Cik Abang Maklang orang nya peramah. Rajin nak cakap. Tapi sekali dia buat diam susahnya hati Maklang. Ape salah kita??? Kenalah dok pujuk supaya tak diam lagi.....
zirap,
hubby aku idak le byk ckp sgt tapi kami bleh bersembang le.. kire bleh dibawa berbincang..tapi........sekalik dia diam heheh aku tau le tuh dia tgh mood tak ok hehehe.. hmm tapi sincerely aku rasa hubby ko mmg le pendiam yg amat! hmmm tapi betul le abah ko kata org diam ni kurang dosa dia.. :)
OK le tu pendiam...jangan yang kaki bebel...lagi tak tahan telinga...
a'kum,
I would like to comment something about you. From my point of view, u nie seorang yang banyak desire lah....sorang yang memahami..seorang yang sensitif dengan keadaan sekeliling...and most importantly.... I think you are a sweet and independent person who always concern on your family' needs. Hopefully ur husband realize how lucky he is to get u. Though silence is good tapi sometimes we need 2 way of communication dalam mewarnai kehidupan ini......Hopefully ur Cik Abang realize...berdiam diri bukannya boleh menyelesaikan masalah....Above all...I just want u to know that I really respect your character.....
halo selamat berkenalan.. nilompat dr blog MR... topik ni cam best je. aku ni dr keturunan yg banyak mulut. sekali kalo dpt ckp mmg tak stop. hubby aku pulak jenis yg PENDIAM.. kalo tak kena tmp mmg susah sgt nak dgr suara dia. even dah kawin setahun tp kalo blk melaka pun mmg tak berckp ngan family aku. nasib le family faham. aku pun rasa cam u rasa bila blk kg hubby. masalah kita cam sama je kan..?
Nad,
orang lelaki ni ada banyak raga, So pandai-pandai le kita menyesuaikannya. Boleh aje kalau nak kongsi-kongsi cerita apasalahnyer kan :)
Maklang,
Kalau jenis bila marah dia diam ni yang paling susah - silent treatment. Uishh kita pun naik lemas/risau kalau begini.
Ayu,
Kau pun kenal hubby aku camner kan. Sependiam manusia yang ko jumpa tak leh lawan hubby aku nyer pendiam. Heehh geng2 TS panggil hubby aku pendiam tahap datuk - pendiam kasta paling tinggi le tu :)
MR,
Kalau satu hari satu patah aje perkataan yang kuo dari mulut hmmm camner tu.
Anonymous,
Thank you very much..dah tersipu-sipu malu ni...
Lempoyak,
Kita serupa...hmm my hubby bukan ngan family kita aje dia berat mult, ngan family dia pun sama gak. Salam perkenalan orang kampungku. Balik Melaka kita wat gathering ngan kak sya, Kak lady, awak dan uda. Amacam ada berani kaaa....
AM,
Ada juga kebaikan dan keburukannya kan. Actually kalau banyak mulut/peramah labih bagus, kawan pun ramai, orang nak minta tolong pun senang...
Harap-harap bila anak-anak dah semakin membesar nanti lebih banyak lah butir patah perkataan yang akan keluar dari mulut cik abangku itu...hmmm banyak phase lagi nak lalui ni. Kalau maintain diam camni masak le kita kan :)
Post a Comment