Part ll
Darjah 5
Aku kecewa tak dapat jadi pengawas masa darjah 5. Pelajaran aku kira ok. Selalu dapat nombor bawah 10 dalam kelas. Aku kecewa dalam pelajaran buat pertama kalinya. Kak shida idola aku. Dia satu2 nya anak kampung yang dapat 5A waktu tu. Aku kawan baik dengan dia masa nak dekat-dekat penilaian darjah 5. Aku tak pergi tiusyen sebab ayah tak mampu jadi aku belajar ngan kak shida (kat UUM orang panggil dia kak didot) tapi bila result keluar aku dapat 1A 4B. Sungguh kecewa yang amat. Memang aku frust menonggeng. Ayah dan mak syukur aje dengan result yang aku terima. Walaupun keluarga ayah orang senang tapi ayah duduk dengan moyang aku, mak pula bukan menantu kesayangan dan kami pulak bukannya cucu pilihan. Kami budak selekah semua orang tak suka. Jadi kami memang terbelenggu dengan kesusahan tanpa sesiapa membantu. Pakwe (apak ayah) selalu puji dalam banyak2 anak, ayah yang tak pernah minta bantuan kewangan dengan pak we (Hj Abu Bakar bin Hj Bechik). Adik beradik ayah memang semua berjaya dalam pelajaran dan berpangkat besar. Pusing-pusing kami terbelenggu juga dalam perut2 mak yang rata2 tak berapa senang jugak.
Darjah 6
Tanggungjawab aku semakin besar. Hal rumah banyak yang dah terpikul dibahu aku. Sebagai anak sulung aku mengerti dan memahami keadaan kesusahan mak dan ayah jadi aku tak kisah pun kena masak, kena basuh baju, kena jaga adik-adik sebelaum aku dapat bermain atau belajar. Aku start main netball masa darjah 6. Aku memang aktif sukan disekolah. Main netball wakil sekolah, wakil daerah dan last sekali wakil negeri. Kami jadi johan netball peringkat kebangsaan 1987 di Pulau Pinang. Memang sesuatu yang aku tak akan lupakan sehingga akhir hayat aku. Geng netball aku – Netty - kali terakhir aku jumpa di UUM sekarang dia di Langkawi, Olin - last time aku tahu dia di Uitm, Marfizah - lost contct, Lazila - masih geng aku kat Nilai, Masayu - lost contact, Rahimah - lost contact dan 3 orang geng dari Sekolah Kebangsaan Duyung. Kak Shida waktu ni dah sambung belajar Kat MOZAC.
Form 1 – form 3
Antara geng netball, aku dan Masayu aje yang tak dapat masuk asrama. Result penilaian aku teruk, memang aku frust sgt. Geng aku yang lain dapat further ke asrama penuh Tunku Jaafar. Aku sambung belajar kat Sek. Men Seri Tanjung. Sekolah yang memang paling banyak masalah disiplin.Kat sekolah budak2 lelaki yang nakal panggil aku petai (Zaidi and the geng) - menghina kerana ayah jual petai tapi dengan duit petai itu aku berada disini (aku tak makan petai) tahulah bapak korang cikgu. Aku masuk kelas ICI aliran pertanian. Aku jadi pengawas, aktif sukan dan tambah lagi satu sukan dalam hidup aku iaitu hoki. Aku dapat abang angkat yang hensem dan terror main bola iaitu abg M yang banyak memainkan watak dalam hidup aku. Aku dapat main untuk peringkat negeri untuk dua-dua sukan hoki dan netball. Dan setiap kali pemilihan wakil negeri aku tak berjaya dipilih. Aku tahu ada hikmahnya. Aku belajar bersungguh-sungguh aku mesti nak balas dendam dengan kawan2 yang dapat masuk asrama penuh. Hati aku sakit setiap kali dapat kad raya dari geng-geng di Tunku Jaafar
Aku maintain no 1-3 dalam kelas sampai aku form 3. Sukan dan study aku sangat seimbang. Form 3 sekolah taja aku untuk pergi tiusyen SRP takut aku tertinggal sebab sibuk dengan sukan. Dalam masa yang sama aku tiusyen math dengan cikgu Ismail. Aku juga dapat bantuan kewangan untuk pelajar miskin. Aku terpilih untuk wakil negeri netball di Sarawak tapi aku terpaksa batalkan niat kerana SRP semakin hampir. Masayu proceed untuk wakil negeri di Sarawak. Bila result keluar aku dapat 5A1. Pencapaian paling terbaik yang sekolah pernah buat. Pn. Siti bagi aku RM10 sebab aku dapat A untuk subjek Sejarah. Aku kayuh basikal laju-laju untuk sampai rumah. Mak dan ayah orang paling gembira termasuk makwe dan saudara mara aku. Pengorbanan aku dah terbalas. Aku dapat hadiah pelajar serba boleh 1990, hadiah terbaik mata pelajaran Sains Pertanian dan Sejarah. Dapat anugerah pelajar cemerlang kategori D peringkat negeri Melaka. Masa depan aku makin cerah. Ini hadiah terbaik untuk mak dan ayah dari aku
Waktu ni aku anak kampung yang paling pandai yang buat mak, ayah, mak we saudara mara dan perut-perut aku bangga. Aku jadi idola pertama dalam keluarga. Penyuntik semnagat bagi dua-dua pihak keluarga mak dan ayah. Ramai yang mengucapkan tahniah dan keluarga kami mula diterima baik oleh makwe pantai (mak ayah). Aku memang sedar tentang kesusahan kami jadi bila adik-adik aku nak exam aku selalu nasihat supaya diorang belajar bersungguh-sungguh. Ayat aku selalunya "tak kan kau dah besar nak kerja kilang"
bersambung....
No comments:
Post a Comment