Matrik – Degree UUM Sementara tunggu result SPM aku kerja kat Klinik Dr Zain kat Tangga Batu. Boleh juga aku kurangkan beban mak dah ayah. Masa aku apply U pilihan pertama aku ialah UKM sebab cita-cita aku nak jadi lawyer (ayah pernah tanya aku masa aku kecik – tegas aku kata dah besar aku nak jadi peguam). Tapi bila surat panggilan tiba, pilihan kelima yang aku dapat ialah UUM. Masuk matrik 2 tahun result aku ok, lepas tu aku tak tahu nak ambik course apa antara akaun dan IT. Akhirnya aku pilih IT sebab masa tu IT sangat baru di UUM dan dipasaran. Geng-geng IT study group aku memang class. Kalau tak de diorang ntah-ntah aku tak habis belajar lagi kot. Alhamdulillah aku berjaya gradution pada 1998 cepat 1 semester dari yang sepatutnya. Result aku takde lah flying colours sangat tapi ok lah cukup untuk aku mencari kerja. Kehidupan keluarga aku pun dah ok waktu ni. Dah nampak warna-warna kesenangan.
Masa Matrik aku join wataniah selama 2 tahun. Melapor diri dengan Kem 504 di Kepala Batas. Bermula dengan prebet dan bercampur dengan orang luar yang taraf pendidikan setakat SRP.Tujuannya selain mencari pengalaman sebenarnya aku mencari pendapatan sampiangan sebab aku dapat elaun. Wataniah cukup menjadikan aku seorang yang lebih berdisiplin dan mampu menilai manusia. Aku sangat aktif sukan masa matrik. Antara 3 sukan yang aku main volleyball pulak yang aku terpilih untuk wakil matrik. First year kami jadi johan intermatrik di UKM. Second year kami jadi naib Johan intermatrik di UiTM Shah Alam.
Masa degree aku join PALAPES. Dari first year aku selalu dapat pakai rank. Jadi ketua platon dan jadi sarjan. Aku masih main volleyball wakil U untuk sukan universiti. Wakil Universiti untuk IMT-GT dengan Indonesia dan Thailand- 5 kali kami pergi ke songkla, Naratiwat, Haadyai. Aku ketua netball palapes UUM. Sangat bergiat aktif derngan sukan. Kat kolej pun aku aktif jadi felo resident. Bilik aku ada telefon Best. Masa first year degree masa tu Inter Varsity kat UTM skudai. Aku called kampung mak kata ada surat interview scholarship dari TNB. Aku macam malas nak pergi sebab tengah sibuk sukan. Lepas tu Pak Long (abang ayah) campur tangan marah aku dan paksa aku gi interview. Thank you Pak Long. Aku akur kemas-kemas barang petang tu jugak aku ambik bas dan terus ke KL. Nasib rumah abang mak kat Pantai Dalam dan aku menumpang di sana. Mungkin rezeki aku Alhamdulillah lepas tu aku dapat scholar TNB. Scholar orang kaya selain dari scholar Petronas. Berkat berjimat cermat dengan duit scholar aku berjaya membeli motor kriss guna duit scholar yang aku simpan WFE 3141 (motor tu masih ada dan masih hensem. ayah guna kat kampung). Memang motor tu sangat berjasa pada aku semasa di kampus
Aku first year degree dak Mir masuk UTM, dak lin masuk UM. Mak dah ayah memang sakit sikit waktu ni. Anak-anak banyak pakai duit sebab masuk Universiti specially adik aku yang kat UTM tu. Aku dah tak mintak duit kat mak sebab aku ada scholar lagipun aku join palapes aku dapat elaun. At least dah kurang beban mak dan ayah aku. Mak dan ayah masih struggle kumpul duit specially nak bayar fee adik aku kat UTM yang dah second year masih tak dapat bantuan kewangan. Adik aku tu yang lemau sikit suka buat kerja sambil lewa. Aku selalu membebel marahkan dia sebab setiap kali balik cuti mesti minta ayah duit. Masa ni keluarga kami dah diterima lebih baik oleh makwe pantai. Dan waktu tu lah kami ni diiktiraf sebagai cucu orang pantai. Hmm hanya setelah kami ni berjaya menjejakkan kaki di menara gading barulah kami ni dipandang sama level dengan cucuc yang lain.Mak pun pernah ceritakan perkara ni pada aku dan aku simpan semua itu sebagai rahsia kami sekeluarga.

No comments:
Post a Comment