Ini gambar aku tahun berapa daaa...aku pun dah lupe...style rambut zaman dulu2 belah tengah.. :)
Umah makwe ada peran (bahasa melaka) atau loteng. Jadi dah puas main lompat2 kami main plak pondok2 atas loteng..Siap angkut tali, cadar dengan selimut konon nak buat khemah atas tu. Gedengung gedegang umah nenek aku macam nak goboh dibuatnya oleh kami2 ni semua. Oleh kerana terlampau seronok main atas peran, kami main meniti atas alang kayu yang merentang dari bilik pengantin ke peran. Aduh waktu ni masing2 cuba menunjuk skill titi atas kayu yang lebarnya dlm 30cm. Kami meniti sorang-sorang dari hujung sana ke hujung sini. Bila tiba giliran aku, kami dengar makwe macam marah dari tengah rumah. Alamak panik-panik cepat2 titi kang makwe naik atas mampus kita semua kena libas. Dek panik yang teramatzz waktu ittewww maka aku dalam keadaan yang sedikit berlari cuba meniti semula ke arah peran. Entah bagaimana gamaknya aku terlepas pandang masa berlari anak sedar2 satu kaki aku telah terlanding di atas syiling bilik pengantin. Apa lagi gang kecebus kebabooo….disusuli satu bunyi yang sangat kuat seperti benda pecah.
Siapa yang ingat cerita he man, shira, thunder cat, super grand. Kalau korang ingat itteww beerti kamu membesar sezaman dengan aku.Ni antara pengalaman nakal aku yang memang aku tak akan lupakan. Aku masa darjah 6, pakcik adik ayah kawin (pakcik aku yang kerja kat GH tu En Dzirhans). Pada petang sebelum majlis berinai besar aku adik-adik aku and cousin2 aku main shera and heman…apa kami buat. Aku terjun dari serambi umah makwe pantai ke tanah. Iskhh macam lelaki le aku ni masa kanak2 dulu.Patut anak dara aku lasak semacam.
Tapi oleh kerana umah makwe kat area pantai, kawasannya memang berpasir oleh kerana itu makin galak le untuk terjun sebab bila jatuh di atas pasir pastinya kaki tak terseliuh ataupun sakit. Lepas puas terjun dengan jerita shera dan heman aktiviti diteruskan dengan bergaduh bersama budak2 kampung kat pantai tu. Budak2 kampung ni depa suka buat kacau ngan kitaorang. Uisshh aku memang melawan habis malah lebih hebat memukul berbanding cousin2 aku yang lelaki (main netball wakil negeri jangan lupe ittewww) debus-debus aku tumbuk diorang, budak lelaki pun aku belasah gak. Diorang tu nakal sangat suka buli dan ejek kami…memang tak leh bercampur cousin2 aku yang sumenyer budak KL yang hebat itteww. Kecuali aku adik beradik budak kampung yang tough tapi comot :)
Umah makwe ada peran (bahasa melaka) atau loteng. Jadi dah puas main lompat2 kami main plak pondok2 atas loteng..Siap angkut tali, cadar dengan selimut konon nak buat khemah atas tu. Gedengung gedegang umah nenek aku macam nak goboh dibuatnya oleh kami2 ni semua. Oleh kerana terlampau seronok main atas peran, kami main meniti atas alang kayu yang merentang dari bilik pengantin ke peran. Aduh waktu ni masing2 cuba menunjuk skill titi atas kayu yang lebarnya dlm 30cm. Kami meniti sorang-sorang dari hujung sana ke hujung sini. Bila tiba giliran aku, kami dengar makwe macam marah dari tengah rumah. Alamak panik-panik cepat2 titi kang makwe naik atas mampus kita semua kena libas. Dek panik yang teramatzz waktu ittewww maka aku dalam keadaan yang sedikit berlari cuba meniti semula ke arah peran. Entah bagaimana gamaknya aku terlepas pandang masa berlari anak sedar2 satu kaki aku telah terlanding di atas syiling bilik pengantin. Apa lagi gang kecebus kebabooo….disusuli satu bunyi yang sangat kuat seperti benda pecah.
Masing-masing dah berpandangan dan ketakutan. Aku lagilah dengan darah yang tersirap nyaris jatuh ke bawah. Mujur aku terduduk atas alang kayu tu kalau tidak harus dengan aku2 terlanding baik atas katil pengantin. .Perlahan aku tarik kaki kiri aku keluar dari syiling. Wah aku tengok peha kiri aku sreeett tergaris luka dari pangkal peha sampai ke takat lutut ambik dan darah mula terbit dari kulit yang dah tertanggal. Kat bawah dah kecoh satu umah syiling runtuh. Oh sungguhlah nakal aku waktu itu.
Diakhir kejadian beberapa barang hantaran pakcik habis kotor dihempap serpihan syiling. Nasib baik majlisnya esok jadi sempat le mak2 saudara aku membega2 kan semula hantaran tersebut. Pada masa tu aku memang takut yang amat free2 aje kena marah ngan makwe dan mak. Selepas kejadian itu aku menjadi lebih feminine sedikit. Oh tobat aku tak main lari2 lagi atas loteng.
7 comments:
huishhhhhh...kalau anak buah aku dah lama piat telinga tu!besa!!!muahahaha...netball posisi apa? ko ada team?
assalamualaikum
first time singgah ni..
yap..saya sezaman awak..heman,shera kartun feveret dulu
he man? she-ra? thundercats? favourite akak semua tu....itu hari tengok thundercats dah siar balik kat TV2....hehehehhe
uihh... ganehh ganehhh. paling hebat pun dikejar dek bab* je. tak de sampai roboh siling! kelakau!
ganasnya ekau kopi suam. Nam je suam, tapi hot hot hot. Hehehehe. Syok kalau ingat balik zaman nakal2 dulu kan?
MR,
awat tanya posisi apa? Ada berani ke nak lawak..aku apa-apa posisi pun boleh menegak melintang, membujur. Last sekali aku main GA/GS. Team tarak..aku dah kuo team le...nak form team ngan aku leh gak...tapi aku jadi coach aje lah lutut dah out :)
Ailin,
Kek tu ada tapi nasib kek tu dalam kotak....kalau tidak harus melilau nak cari kek gantian le pulak.
Shikin,
Waalaikumsalam...wah shikin ni baya2 kita (kita muda sikittt aje dari awak) anak dah 4 org teror laa...jeles makk u...rugi mak kawin lambat2 dulu
AL,
betul ke thundercat ada lagi..hari apa depa siarkan...uishh ni kena suruh Ilman and Deena tengok ni..bio depa kenal ni le katon mama masa zaman kanak2 dulu
Ummi,
Alaa cam tak biasa...tu baru sikit tu belum reveal semua secret zaman kanak-kanak. Sekarang tak ganas dah...dah jadi mak orang ni apalah yang nak di ganeehh kan....
Aku tahu MR dah fikir lain dah tu..dia kan isteri mithali
KV,
Ahahh lah KV baru aku perasan ganasnya aku ni...heeh heehh. Actually aku rasa keadaan sekitar dan kawan2 masa kecik yang buat aku jadi cergas kot. ganas tak sesuaiii lah...
Am,
Minat citer samurai...cam geng2 TS aje ni...geng TS ramai yang menyimpan koleksi samurai ni...
Post a Comment