Thursday, March 09, 2006

Aku yang short tempered

Ini gambar aku masa main netball johan kebangsaan 1987 - Cuba teka yang mana satu aku :)

Aku missed Mya Zara malam tadi. Petang semalam beberapa perkara yang memenatkan telah terjadi. Aku balik kerja sambil memandu bersama deena, masa tu dah sampai Tmn Impian Ehsan, macam mana aku boleh lupa yang aku patut kutip duit sewa rumah hari ni. Sejurus lepas tu penyewa call. “akak datang kutip sewa rumah hari ni ye”. “Ok kejap lagi akak sampai”. Nasib baik belum sampai rumah kalau tak tentu malas nak pergi semula. Aku berpatah balik dan terus ke rumah lama kami jaraknya dalam 1km aje. Lepas kutip duit sewa aku order roti canai 4 keping. Rasa mcm malas nak masak hari ni cukup ke makan roti canai ni. Oh sungguh aku amat keletihan. Bila aku masuk kereta semula tiba-tiba deena kata .”Mama kakak berak”. Aku oklah berak ajelah sebab anak dara aku pakai diapers. Lepas tu deena kata lagi. “Mama tahi kakak jatuh bawah”. Aku terkejut beruk kejap. “Alamak macam mana boleh jatuh bawah ni kakak” kata aku pula. Aduh…semakin penat bila keadaan jadi begini.


Nasib baik le tahi deena tu keras jadi tak de lah habis kereta aku. Jatuh plak terjelepuk atas payung yang aku letakkan kat tempat kaki .Sabar ajelah. Rupanya penjaga kat taska pakaikan diapers deena tak betul. Hmm nak kata anak aku pakai diapers cikai tak jugak. Magic tape lagi, tak pernah plak sebelum ni deena kencing atau berak benda tu tembus. Memanglah nak tambahkan lagi satu kerja aku. On the way balik aku suruh deena berdiri saja sampai anak dara tu mengeluh. “Lenguhlah mama diri lama-lama. “ Sampai rumah aku minta tolong hunny uruskan deena. Selesai satu benda. Thank you yang..aku ada buat salah ngan hubby sebenarnya….huargghhhh


Aku siap2 pulak nak bersihkan kereta. Memang dah kotor yang amat kereta aku…keluarkan payung buang apa yang patut cuci alas kaki…hmm memang lah amat memenatkan. Membersihkan kereta dari depan sampai belakang. Belum sempat nak duduk since balik kerja dah nak kena buat benda2 yang mengerah tenaga aku dalam keadaan physical aku yang memang very exhausted. Habis basuh kereta hari pun dah maghrib. So memang aku tak masak. Maknanya hunny nak makan dia kena masak sendiri apa yang patut (selalu pun camtu gak).


Lepas sembahnyang aku dok cari manalah roti canai yang aku beli tadi. Alamak aku ni terover sensitive betul malam tadi…cari punya cari tengok2 roti ada kat atas TV. Kuahnya kat dalam bilik sembahyang. Mungkin aku penat, tak larat lagi, lapar pastu bila tengok camtu memanglah dah tak tahan sangat. Jadi aku pun mulalah bising kat hunny. Marah-marah tapi memang patut aku marah, bukan ke selalu bila nak makan letak dulu semua benda dalam pinggan atas meja. Ambik portion masing-masing dan tinggalkan pada orang yang belum merasa. Tapi malam tadi tidak. dan memang aku dah marah kat hunny malam tadi. Marah lah bukan main-maian bukan marah manja-manja marah betul2. Lepas marah dah aku dan hunny diam hanya suara anak-anak aje yang kedengaran.


Aku dah memang letih malas nak layan, malas nak berfikir dalam keadaan marah jadi pukul 9.00 aku ambik bantal aku landing dan tidur. Lepas tu tak tahu apa yang berlaku pukul berapa anak2 tidur, sedar2 pukul 4.00 Ilman nangis nak susu. Tapi bila bangun pagi tadi semuanya dah ok…ohhh aku ni memang short tempered betul…nasib lah hunny tu jenis yang sabar jugak.

8 comments:

Anonymous said...

hai,..kopisuam...peminat kopi cam sy ker? :) Kopipekat pun sejak2 jadi isteri orang ni slalu short tempered gak...mungkin pasal ada orng yg sudi tadah telinga ngan baldi dengar kita mengamuk..so esok akan pulih seperti biasa pasal yg ditadah lam baldi dah dibuang ke longkang.

NONIE AZIZ said...

Ada tak yang gumuk2 dlm gambor tu...pasal aku rasa ko mesti hippo2 gitew...hahahahahaha...

Ko dah minta mahap dak lagi...apa?!!! tak lagi!..zira dosa zira

Kopi Suam said...

Am,
Alhamdulillah hubby faham..saya pun dah faham perangai dia..kalau dia marah saya diam..kalau saya marah dia diam...kalau dua2 marah..sorang naik motor bawak anak sorang dok dalam bilik nangis...heehh...memang betul gaduh tu memang lah asam garam dalam rumahtangga. Kalau tak gaduh tu lagilah pelik kan...

Masa saya tengah marah2 tu kami kat atas..anak2 tengah main kat bawah..memang tengok timing baik..tapi kekadang tu terlepas gak depan budak berdua tu..marah ni manalah boleh tahan2..anyway dah tobat dah ni :)

Kopipekat,
Salam...minat kopi susu ais. Adatlah tu KP..banyak benda yang kita nak handle kan..mana suami lagi, mana anak lagi..mana rumahtangga lagi..tu yang kekadang tu semuanya di luar kawalan. Sib baiklah dapat suami2 yang mithali dan memahamikan...kalau tak mau runtuh umah dibuatnya...weii kalau masuk tahap tu memang mak takut you..

MR,
hellloooo....kalau nak tahu no 2 dari kiri tu lah aku..sungguh cun gittewww awek ini...aku tahu lah aku ni dah nak mneghippo sket tapi tak apa..kau tunggu lah jgn terkejut bila mana makss akan solid molid semula...tapi pada tahun hadapan laa..aci tak?


lom mintak maap lagi..hmm selalunya aku senang aje..hubby rileks aku capai tangan dia salam dan cium tangan...itu tanda aku minta maaf...nak tahu hubby dah tak marah bila dia bercakap dengan aku...aku ni marah sekejap aje..lepas tu boleh aje nak meleser2 ngan hubby...iskhh apalah aku ni sesuka hati aje..

kalau marah jangan disimpan didalam hati..

Anonymous said...

kopi suam, nice entry...gambar tu...aiseyman, cam na nak teka, tak bagi hint pun..hehehehe...biasalah, adat rumahtangga, sesekali darah tu kena up kan sikit, tak bley nak paras normal selalu kalau tidak, kita bukannya manusia normal, jadi abnormal lah, lagi pun, rumahtangga kalau tak ada marah-marah tak syiokkk...bila dah marah, ada pujuk memujuk punya session, time tu barulah terasa manisnya berumahtangga kan...suami isteri kalau dah 'sebati' gaduh teruk macam mana pun, tetap akan ok semula, itu tandanya, saling memerlukan sehingga ke akhir hayat..

Sayuti said...

sedangkan lidah lagi tergigit.

aNIe said...

Bawak bawak bersabar kopi...ni dah bukan kopisuam lagik dah...kopi mendidih ni...hehehe....astaghafar banyak2....

Betul kata sayuti tu sedangkan lidah lagi tergigit...memang Allah selalu jadikan pasangan suami isteri tu ...kalau sorang penyabar...sorang lagi panas...kalau sorang tu pendiam..sorang tu macam radio rosak (kak lady le tu)...tapi alhamdullillah kalau camtu selalunya panjang jodohnya....

Dulu masa kak lady dok umah mertua lagilah geli hati...anak sedara pakai pampers tak betul...jatuh pulak t**k dia kat karpet...kak lady ingatkan cekelat...terus angkat ngan tangan...

'Aper bende ni...' cium kat idung...'Alamak...saper berak ni terus tercampak le t**k tu....

Gamat serumah ketawa...baik tak terkene idung...budak-budak memang macam2 hal....

Anonymous said...

eh.. khusyuk pulak baca your blog.. ni bukan kopi suam.. kopi panas menggelegak ni.. teruskan berjuang..

Kopi Suam said...

Juita,
Gambar itu kita yang no 2 dari kiri...tapikan juita kita nyer sessi marah tak de pujuk memujuk....semuanya sejuk2 sendiri aje...alhamdulillah harapnya kekal ke akhir hayat amin..


Kak Lady,
Setakat menggelegak tu biasalah...heeh hehhh...dah darah dan keturunan Tun Fatimah ni tangkas dan cergas..

cuma boleh tak akak bagi petua kat saya macam mana saya nak control kemarahan saya yang iskh tetiba aje boleh meletup senang2...tak best lah bila marah2 ni..akak kan dah lama berumahtangga...turunkan sket ilmu tu boleh


gitartong,
salam...sesekali menggelagak apasalahnya kan...agi idup agi mengelaban..