Aku called mak muo (MIL) saja bertanya khabar. Sejak 3 hari lepas aku try call tapi tepon kat umah kundang macam rosak bunyi mcm perkhidmatan dah ditamatkan. Balik umah cakap kat hunny. “yang 2 hari dah try call kampung tapi tak dapat. Tepon umah mak tu macam dah tak de line aje bunyiknyer”. Keluh aku risau juga tentang mak dan abah yang duduk berdua kat kampung tu sebab mak abah tu dah agak tua. Lain lah mak dan ayah aku yang masih sihat, Hunny mcm biasa diam aje. Aku plak terlebih risau. Baru tadi dapat bercakap dengan mak itu pun sekejap aje mak terkocoh-kocoh nak mandi nak bersiap ke masjid katanya (hmm orang jawa perempuan ikut gi sembahyang Jumaat sekali). Mak kata kak Ima, kak kamar ada balik kampung masa cuti sekolah tapi Dr su tak balik. Hmm memang selalu cuti sekolah camtu sebab kakak ipar dan abang ipar ada yang cikgu dan balik bercuti bersama anak-anak. .Kak Faridah wife abang Jali pun cikgu jugak Meriahlah rumah kampung 10 bilik milik Hj Saban dengan riuh rendah suara cucu-cucu bermain.
Kekadang aku ni kesian sebenarnya dengan mak dan abah tu. Dalam usia yang begini masih gigih menoreh getah dan mengambil kelapa sawit. Banyak kali gak aku cakap kat mak supaya tak payahlah pergi menoreh lagi (siapalah aku ni kan menantu aje), duduk rumah aje berehat ataupergilah buat haji atau umrah lagi. Lagi kesian pada abah yang dah sakit-sakit kaki. Bila setiap kali aku buka mulut bicarakan hal itu lekas-lekas mak memcelah, “kalau mak tak noreh siapa nak kasi mak duit. Nanti kalau mak nak beli barang, tengok benda nak beli mana nak cari duit”. Lagipun Adun kan masih belajar”. Aku terdiam. Mak ada duit sebenarnya. Kalau setakat belanja mak dengan abah sebulan lebih dari cukup dengan apa yang anak-anak hulurkan dicampur dengan simpanan mak dan abah, tapi mungkin mak dan abah tak biasa duduk diam sebab sejak anak kecik-kecik lagi mak dah bekerja.
Kalau dengar mak cerita tentang kisah adik beradik hunny yang susah aku memang kagum. Adik-beradik 12 orang ramai tu, seawal 4 pagi kakak peah dah keluar rumah tolong mak noreh getah. Dah habis baru balik mandi dan bersiap ke sekolah.Siapkan adik2 yang lain ke sekolah. Hunny yang ketika itu masih kecil bermain-main dipondok dikebun getah bersama Dr Su. Kat situlah tidur kat situlah mandi kat situlah sarapan. Sebahagian besar aktiviti pagi dihabiskan dipondok getah. Membesar dengan pokok getah rupanya my darling ni :)
Mak cerita lagi, masa kecik hunny anak yang paling kuat menangis. Kalau menangis satu kampung boleh dengar sampai jiran-jiran sebelah berkata “Hah radiogram kak wasitah dah berbunyi”. Bila hunny besar sikit dia menjadi seorang kanak-kanak yang sangat pemalu. Mak cerita kalau orang datang rumah hunny akan nangis ajak keluar rumah tak nak tengok orang. Asyik minta dukung. Dan selalu cakap ”kenapa orang tu datang umah kita”.
Bila tengok gambar hunny masa darjah 6, memang hunny tergolong dalam kumpulan jawa hensem (world), berkulit cerah, berwajah bersih dan mata sepet seperti mata Ilman. Oleh kerana sifat yang amat pemalu semasa kanak-kanak hunny membesar menjadi seorang yang sangat pendiam. Sampai jiran2 yang jarang berjumpa selalu berkata. “Agaknya anak wak saban yang sorang itu bisu agak ke?” . Tapi ada satu waktu tu bila hunny dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke UM jiran yang lain pula berkata “bisu-bisu pun sekolahnye pandai kok”. Begitulah sedikit kisah yang aku korek dari lipatan sejarah hidup mak tentang suamiku yang tercinta. Nak tunggu hunny cerita hmmm tunggulah sampai kucing bertanduk :)
Jadi tidak hairanlah jika hunny yang aku kenal 5 tahun dulu memanglah teramatlah susah untuk berkata-kata dan meluahkan perasaan. Sampai hari ini pun agaknya kalau dikira-kira butir patah perkataan yang disembangkan dengan aku hmm mungkin tak sampai 1000 patah kot. Aku masih lagi pegang kata-kata abah. Tak banyak cakap tak banyak dosanya. Bagi aku dia memanglah lelaki terbaik yang dijadikan oleh ALLAH untuk aku. Mungkin dia tak istimewa di mata orang lain tapi dimata aku inilah yang terbaik untuk diri ini. Amin alhamdulillah…kalau nak yang lebih baik cermin-cerminkan lah diri tu dulu occcaayy…

11 comments:
samalah ngan my fil, dah pencen. tapi jiwa dia mmg tak leh pisah drp berkebun, menternak ikan talapia..penat tgk aktiviti harian dia..tapi, itulah kepuasan yang dia dpt agaknya..tu sobab abah lagi kayo daripado anak eyy..:)
alamak KS, samalah ngan ayat suami saya dulu: tak banyak cakap tak banyak dosa (sbb saya ni banyak cakap hehee)
samalah cam suami saya KS...tak banyak cakap,kalau first time jumpa org dia mmg segan nak mula dulu..kecuali kalu org mulakan dulu..tak mcm isterinya...aduh..
penah dia tanya saya,tak penat ke bercakap? heheh...
sekali tu, penah dia cakap masa baru kawin" abg baru fikir nak cakap apa, tapi nor dah abih cakap" :)
la ni, saya tgh belajar kurang bercakap hingga capai standard mutu piawaian dia...:)tak taulah bila boleh capai mutu piawaian tu, sbb saya dilahirkan utk bercakap..:)
aku punya x boipren dulu macam hubby ko zira...pendiam yg amat..dia banyak tersenyum dari bercakap...sib baik aku tak jadi kawin ngan dia...kalau tak seumur hidup aku bercakap jer keje aku...kakakakak
ooopsss...camana ni...akak ni dikira sebagai kategori pendiam jugak (orang kata laaa...) tapi tak de la sampai tak bercakap langsung...cuma kena tunggu orang mulakan dulu...kalau tidak memang tak reti...:(
apa2 pun, tang suami tu, yg penting dia boleh membimbing kita ke jalan yg diredhai...itu sudah cukup...tak perlu hensem macam Brad Pitt, tak perlu gagah macam Malek Noor (?) hehehehehe
hehe..yelah kak alex..kang duk susah hati kot2 pompuan mana nak ngorat laki kita..kan kan.
Allah Am..rezeki dia ramai org solatkan dia..lagi satu, dia ni mesti jenis sangka baik ngan orang..tu menambah bersih hati dia..
GT suaranya adalah lagu, melodi dan irama.. jadi, butir2 kata yang terkeluar adalah mahal dan berharga. hehehe.. agaknya your hunny macam gitu le..
wonder how do you meet him (your hubby).
Syikin,
Samalah kita kalau saya nak ikut standard hubby yang memang tak bercakap tu alamat rumah kami tu senyap dan sunyilah jadinya.....
Am,
bab nak bagi campur orang tu I ingat you kena datang umah bagi tarbiyah sket kat hubby I laa :)..susah gak kalau nak ajak dia ke jemputan umah kawan2 I. Kena pandai pujuk barulah dia ok...tapi sekarang semakin oklah...ada improvement. Tak boleh lah nak dia improve drastik..so for me as long as ada improvement itu dah memang sesuatu yang sgt2 bagus.
MR,
heeh itulah jodoh namanya...aku ngan hubby pun jodoh namanya sedangkan waktu ittewww ada family dari ex-boifren lain yang dah dok merisik2.
Kak Wan,
Akak kategori pemalu kot sebab masih boleh berbicara kalau orang ajak sembang. Hubby saya memang pendiam yang amat dan kureng mesra sket kalau kat crowd. kalau orang tak kenal memang akan kata dia sombong...Pueehh dah saya ni dok ajar dan bagitahu dia.... :)
Bab hensem tu kekadang risau gak kih...kih...kih...
GT,
Kalau hubby cam tu itteew memang dah sejuta kali cukup bagus. Hari2 KS heret dia dok tepi pantai main gitar. Dia tak bercakap pun tak apa..cukup kalau sekadar main gitar dan nyanyikan untuk KS. Tapi nampaknya itu hanyalah impian yang memang tak kan jadi kenyataan. *Teringat hubby pernah nyanyi lagu sampai hati dlm toilet masa dia tengah mandi :)..KS senyum sorang2..boleh gak hubby aku ni nanyi rupenyer :)
Anonymous,
jumpa hubby kat www.cari.com.my
actually buka I yang jumpa.. bestfriend I yang jumpa dulu..then dia yang suruh I get email address hubby. Disitulah bermula segalanya...
Salam,
Br renovate ke ni? ;)
Saya & hubby lak sesama diam..he..he..kdg2 kwn saya ckp we all ni main bahasa dlmn je takyah ckp tp paham melalui body language je..kekekeke..Gitulah, dah jd hubby&wife kitalah yg kena paham&kenal pasangan kita kan. Kita tgk mana kelebihan dia. Yg krg tu kalau boleh perelokkan pakat perelokkan, kalau tak accept him as he is. InsyaAllah bahagia selalu :)
"Bila tengok gambar hunny masa darjah 6, memang hunny tergolong dalam kumpulan jawa hensem (world)".....
~ orang jawa memang hensem2....hehehe..
kopisuam...hubby kak lady pun jenis pendiam...tapi lately...dia dah rajin berbual...asyik kene komplen aje...hehehhe...lagi pun sebab dia tau bini dia ni kuat bercakap...abih kalau dia tak melayan saper lagik...dulu-dulu duduk umah mertua boleh le adik2 ipar yang lain melayang....
huby IV kalau tak kena angin mmg diam, tapi dah kena tak cukup mulut
chemistry hubby ngn zira tu kuat sbb tu yg terbaik
Post a Comment