Ilman tak de sebab dia tak join kiraorang, dia kan anak mama yang mendengar kata...
Ini entry sebenar aku untuk hari ini. Aku memang tak de idea nak tulis apa sebab mood aku dah terbang jauh ni (mungkin nak bejot kot ni). Ringan-ringan aje hari ni tapi aku perlukan sedikit pendapat dari kawan-kawan bagaimana hendak mengawal short tempered aku lagi2 apabila aku sudah berada di saat2 sahabat baik ingin menjelma (bejot atau dengan kata lain period). Kot-kotlah korang ada amalkan doa apa-apa ke bacaan apa-apa tapi aku tidak mahu itu surah sepohon kayu occay (sila rujuk entry MR) . Iskh nak kata aku ni geng lalai idak le juga, kira kategori beringat le jugak kan..ada ngaji ada baca yaasin..ada nangis-nangis bila solat tetapi marah dalam diri aku sungguh senang dan sekelip mata boleh meletup. “Sorry yang saya bukannya nak marah awak saja-saja semalam tu. Nanti bila saya dah kelw tentu saya datang meleser semula pada awakkan. .Siapalah saya tanpa awak kan.” Saya tahu awak baca blog saya kan. Jadi bila cakap kat telefon dengan saya janganlah marah-marah mcm tadi - huaraaghhh. Tak suka tau. Aku malas nak elobarate korang bagi aku idea dan kaedah bagaimana aku nak control diri ketika sedang marah.
Aku kan sedang berusaha menjadi isteri yang lebih mithali dari MR kita kena baiki diri kita dari hari ke sehari. Aku nak jadi ibu yang lebih kewl tapi tegas…bukan senang tau nak mencapai tahap itu kerana aku masih muda, darah muda aku masih menggelegak hebat lagi pulak dicampur darah pahlawan Tun Fatimah. Lagi pulak background aku ni yang memang dah biasa memberi arahan dan memang sentiasa ingin orang ikut arahan sedangkan cik abang dan deena aku pulak jenis yang memang tak suka terima arahan. Kecuali adik Man aje yang memang dengar cakap mama. Sayang adik Man muaahhh I lap you darling. Baru setahun lebih dah faham bila mama kata jangan.
Tetapi sesungguhnya kedua anak beranak itu memang berkomplot untuk mengenakan mama (padan muka mama asyik marah-marah aje kerjanya). Itulah yang kadang-kadang tekanan darah mama terus malambung tinggi sampai ke peringkat ultra ubun-ubun. Bahaya ni sebab tu aku nak cari jalan penyelesaian segera. Aku nak cari kaedah atau cara macam mana aku nak tuned semuanya supaya bila aku minta tolong atau minta buat sesuatau dari hunny atau deena, dan sekiranya diorang refused nak buat aku tak de nak meluap2 secara tiba-tiba. Oh tolong lah daku. Kadang-kadang dalam kelembutan tiba-tiba jadi keributan. Apa itu apa bising-bising iteewww..rupa-rupanya mama sedang marahkan deena.
Tak best bila marah
- Aku tak cakap ngan hunny dan of course hunny akan buat dek aje ngan aku 2-3 hari
- hati aku sentiasa sakit dan semua benda tak kena di mata. Ada aje yang tak betulnya– ala korang pun pernah rasa kan
- Cakap pun nak marah aje. Tanya sikit pun tak boleh nak jawab dengan baik.
- Kalau nak ajak hunny pi mana-mana aku pun takut nak cakap – padan muka aku
- Nak meleser2 mcm biasa pun takutt- takut kena reject heehh hehehh
Jadi kesimpulannya marah itu memang tak bagus untuk kesihatan suami isteri dan anak-anak.
ok itu sahaja kisah marah aku pada hari ini. Kan best kalau boleh senyum aje walaupun hati tengah marah meluap-luap….tapi sekarang ni dah kira occay sikit sebab banyak yang dah di kewl kan…kalau dulu…usah diungkitkan..bantal pun melayang-layang di udara
note: Mak kat opis ni tak keluar pi mana-mana pun. Ni semua pasal minyak mahal..padahal MV tu sekangkang gorilla/big foot aje dari opis mak ni...tamatlah riwayat waktu berfoya-foya mak setiap Jumaat :(
9 comments:
Siot ko...sepohon kayu tu zaman aku jahil...Sekarang Mak dah jadi isteri mithali...Mak tak pernah marah..kalau mak marah mak cuma diamkan diri mak jer..Sampailah org kat rumah tu jadi serba tak kena...Yang mak ingat minggu ni ada ada skali mak bersuara@ tengking balik..pasal dah tak tahan...Mithali ker mak?muahahahaha...
Jangan marah MR kerana buat masa ini sepohon kayu itulah sahaja yang bisa buat mak senyum2 kambing tak kering gusi...muahhh muaaahhhh
kira kita ni mithali sama level occcayy....
ce cuba bila marah tu masa berdiri duduk,masa duduk baring( jgn tengah jalan pula.hahhah)
gurau ye zira..
bila zira nak marah cepat cepat beredar dr tempat tu..pi kat tempat lain..cam bilik air, amik air sembahyang, mandi.xpun luahkan melalui tulisan
hehehe cam usatajah la..
kalau IV marah mmg diam..kira diam sampai jarum jatuh pun dengarla.
zira jadi mai umah!!!
kopi suam, cam manalah nak bagi advice sedangkan diri sendiri pun sedang mengelegak ni, tak settle settle lagi masalah kat office ni...selalunya cepat-cepat istifar atau solat...tu je
Kak sya kalau dulu memang cepat marha tapi bila kena buli dgn penuh berhemahnya oleh bekas suami dan MIl maka segala marah hilang ntah ke mana..
kalau bejot lak selalu sedih aje jarang cepat baran.
KS kak sya cadangkan bila time nak marha tu pi tenguk muka kat cermin mesti tak jadi marah punye
Jangan tanya aku macam mana nak bantu. sedikit waktu lagi, aku pun nak kena berdepan dengan orang macam akak KS. Nak tanya your hunny la.. mintak tips skit..
akak kalau marah akak kemas rumah...kalau dok kat ofis, akak kemas meja...kalau meja dah kemas, akak pi cari meja orang yg bersepah kakakkakkakak
AM,
saya saja kata camtu..sebenarnya saya tahu diorang tak niat pun cenggitu..tapi mungkin sebab saya ni cepat sangat melenting deena pun malas nak layan saya kot...muaahhh siapa tak sayang suami weeeii..saiapa tak sayang anak...
Hubby saya memang kaddanag-kadddang atau jaraang-jarrrang marah tapi sejak kami berkahwin saya pernah tengok sekali aje yang tahap marah dia memang tidak terkawal terkawal..tobat mak tak buat lagi :) Itu dulu masa baru2 kawin lum kenal sgt. Sekarang alhamdulillah. Semakin hari semakin ok...
IV,
Kalau saya marah kira cam ribut aaa..tapi bila kena marah huaarrgghhh diam aje...tak berani nak lawan...
nanti2 saya cuba2 ikhtiarkan apa yang patut. Umah IV tak janji ok..nanti tanay2 kroni blog kalau ada yang nak pi..
Juita,
ahahh lah awak tak yah bagi nasihat awak pun tgh hot sekarang ni kan :) cool baby cool...
Kak Sya,
InsyaALLAH akan saya cuba praktikkan petua akak ittewww occayy
Gitartong,
Awak jangan silap species macam kami ni bukan suka2 nak marah sebenarnya. Actually marah tu sebab nak betulkan keadaan nak ajar sesuatu. Mungkin method dan caranya yang salah...wahhh tak lama lagi nak makan nasi minyak ke...anyway kalau nak marah bagi chance sorang2 tau..satgi kamu marah itu orang sorang lagi pun marah runtuh semuanya :)
boleh jumpa hunny menuntut ilmu..ilmu pekakkan telinga :)
AL,
akak kalau marah tangan tak boleh bergerak...mulut aje yang bergerak...keehhh keeekkk...
Post a Comment