Friday, March 03, 2006

Bye Yang - kami nak balik kampung

Aku memang macam dah buntu ni. Apasal lah aku seolah berperang dengan perasaan sendiri waktu ini. Tiba-tiba semuanya rasa tak enak dan tidak selesa di hatiku. Rupa-rupanya aku ni terlampau kenyang makan bihun soto yang diorang hidang untuk majlis kesyukuran kat opis ni sedap sangat. Petang semalam aku dan deena singgah ke rumah hunny untuk kutip sewa. "Kakak tak boleh bayar sewa harini la"…rayu mamat siam yang elok bahasanya.."Gaji 7hb lah akak" tambah dia lagi. Alamak apasal tak bagitahu awal2. Kata aku. Apasal kawan yang sorang tu suruh datang hari ni. aku yang mati kutu berfikir sebab aku pun baru dengan sakannya menyetelkan segala benda dengan duit belanja aku bulan ni termasuk duit yang aku patut allocate kan untuk mak. Ni lah bahana dulukan duit belanja punya pasal. Kat ATM tinggal 2-3 puluh inggit aje. Kat dalam wallet aku ada seratus aje. Setakat nak balik melaka petang ni memang lah lepas. Tapi duit mak macam mana. Hmm nampak gayanya terpaksalah aku bagi duit mak lambat sikit. Aku sms hunny, yang pinjam RM*** nak bagi duit mak, nak petang ni jugak. nanti dapat duit sewa saya ganti lah. Hunny balas. Duit tinggal *** aje ni nak beli susu anak petang nanti, gaji tak masuk lagi. Hmm ok lah tak pe lah. Memang la aku dulukan bayar duit kutu dengan duit belanja aku (duit kutu tu sepatutnya datang dari portion duit umah sewa). Pastu adik aku lom masukkan duit kete ayah, pastu penyewa yang lama belum bayar lagi RM200 baki duit sewa bulan lepas. Semua tertunggak tu RM800 untuk aku belanja bulan ni. Leceh lah mcm ni kan.


So petang ni kami bertiga beranak nak berangkat balik Melaka dengan adik aku Ana. Aku ingat naik kete dia aje lah lagi pun aku malas nak drive..tapi selalunya kalau balik ngan kete dia pun aku jugak yang kena drive kami balik dan tongtong bayar tol dan minyak. Bye yang awak jaga diri baik-baik ok…Tinggallah cik abang kita kat umah sengsorang. Tak pe dah biasa lagi pun hunny kerja esok dan dia pun dah biasa ditinggal-tinggalkan oleh kami. Dan dulu aku pun biasa ditinggalkan sendirian oleh hunny sebab dia kena balik kampung muar untuk ambik kelapa sawit (seawal 5.00 pagi dia dah kuo rumah naik motor jaguhnya untuk balik Muar). Actually kalau ditinggalkan bersendirian maknanya dapat lah hunny berehat lebih sikit memandangkan anak bujangnya yang sorang tu memang lah tak boleh nak berenggang dengan addynya yang tercayang (sayang suami tinggal-tinggal kan – heehh tak applicable langsung). Dan sebenarnya selama aku berkahwin ngan cik abang ni aku rasa kalau ada apa-apa family occasion dia memang kalau boleh lebih suka tak nak campur tapi bukan yang belah akunyer aje yang belah dia pun sama mungkin sebab sifatnya yang pendiam so dia memang malas sikit kalau ramai2 berkumpul ni rimas kot kawan tu dah le jenis berat mulut.. Tapi aku ni orang Melaka tu lah dia silap kawin ngan orang Melaka. Jadi setiap aktiviti keluarga suku sakat perut2 mak atau ayah memang paksa rela suka derita aku mengheret cik abang aku tu. Suka atau tak suka pun kena ikut juga lah kan. Tapi aku tak de lah sampai tahap memaksa..ada masa bila dia kata dia malas nak pergi aku faham dan aku ok aje sebenarnya…Cuma tak tahannya bila sedara mara dok bertanya..laki kau mana…laki ko kerja ke..kau balik sorang aje ke..jadi pandai2 le aku menahan telinga.


The worst part ialah bila raya. Aku rasa hari yang paling memenatkan hunny sebab berkahwin dengan aku ialah di hari raya. Kami ni pulak kalau jalan raya memang lah berkonvoi 7-8 kereta serentak menyerbu rumah saudara mara. Tak hengat dunia langsung beraya sakan (yahoo tahun ni raya Melaka yeaahh yeah). Memang dia mati kutu di heret ke serata negeri melaka, dari Kuala, ke Masjid tanah, ke Menggong, ke Bemban pastu patah ke Duyung dan ke rumah saudara mara yang sekitar. Penat tapi hunny langkahlah jugak kaki tu kan nak buat macam mana (lagi pun MIL and FIL ada ikut sama, kenalah jaga hati diorang kan) ni lah namanya commitment. Saya tahu Yang kalau boleh awak rela tidur atau duduk umah tengok astro dari ikut kami bertandang sampai jauh-jauh malam kan. Tapi nak buat macam mana masa ni lah saja peluang kita nak berkenal mesra dengan saudara mara yang memang jarang-jarang dapat jumpa. Kalau raya kat Muar tak yah cerita lah..duduk aje rumah..Pastu jalan satu rumah (umah bibik) aje dah….pastu bergolek gelantang depan TV beramai-ramai dengan anak sedara.

6 comments:

lempoyak said...

thn ni pun turn hubby raya kat melaka (1st time) tp nampaknya aku tak pat lah nak raya sakan, mungkin dlm pantang kot. insyaallah kalo ade rezeki due date 25/09/06.. wah balik kg... sonok nya... kita nextweek baru blk melaka..so drive tu berhati2.. ingatlah org tersayang,

aNIe said...

Kopisuam orang Melaka jugak ye...patut arr...pandai sayur turi masak asam rebus....heheheh...sekapal lah kita...hati-hati balik kampung tu...tahun ni kalau raya jom kita raya sama2 kat Melaka

Kopi Suam said...

AM,
heehh pandai dan pick up nampak...memang betul hubby saya every saturday dia kerja. InsyaALLAH doakan saya selamat sampai kampung dan selamat balik KL semula. Anak-anak dok dalam kereta pakai belt sekejap aje.lepas tu mula melasak2. tapi tak apa cik Ana dia ada tolong tengok kan.

Lempoyak,
Nanti boleh jalan raya umah kamu yek...insyaALLAH...saya akan sentiasa berhati-hati ketika memandu

Kak Lady,
Harus masuk dalam agenda jalan raya di rumah penulis blog negeri melaka. Setakat lauk kampung cam daun turi masak asam, ppucuk manis dengan keledek, ikan tongkol masak cincuan, ikan duri masak lada..alamak tetiba aje kecur plak air liur ni..itu semua lauk-pauk semasa saya bebudak dulu. Membesar ngan lauk2 camtu laa

NONIE AZIZ said...

Selamat bayar duit minyak, Selamat bayar duit toll, selamat segala2nya...MR semalam baru balik Muar...

Sayuti said...

selamat berangkat dan selamat kembali.

Kopi Suam said...

MR,
so setelah dikira dan hitung nampaknya sekarang ni pergi balik melaka duit minyak dalam RM30...hmm boleh lah lagi kot....

AM,
actually masakan melaka ni memang sedap kalau kena pada kedainya..jangan le serik nak datang melaka lagi ok...

Sayuti,
terima kasih