Monday, March 27, 2006

demam oh demam

Sebelum ambil darah - kena balut ngan blanket dulu takut meronta2

Jumaat tu dalam pukul 11.30 pagi handphone aku berbunyi. “ini mama Irdeena Maisarah bte Ishak ke?’ tanya suara di talian. “iye ni mama deena, kenapa?’ tanya aku lagi. “Saya panggil dari Taska ni. Kak ni nak bagitahu badan deena panas sangat. Baru aje ambik temp suhu badan 39 darjah cel”. Alamak panasnya. Aku bergegas ke bilik boss. “Saya nak ke taska anak saya demam panas”. Kata aku ringkas dan bergegas.”ok go ahead”. Balas boss aku. Aku memecut kereta ke taska deena. Terus ke despenseri. Sampai klinik pembantu doctor check apa yang patut dan check temp sekali lagi. “Panas sangat ni dah berapa hari demam?’ Tanya En. Harun. “Dah 3 hari sama hari ni, tak de batuk atau selsema tapi demam yang berulang-ulang”. Balas aku.”OK ambil GL kita refer ke Hospital Pantai”. Hati aku berat berbelah bagi sebab dah sedia maklum kalau gi PMC sure kena ambil darah mesti dioarang samada akan suspek denggi atau virus seangkatan dengannya. Aduh tak sanggup nak tengok anak aku nangis tangan kena cucuk. Nak tak nak aku kuatkan juga hati. Ambil GL terus di refer ke bahagian Kecemasan.

*Lepas ambil darah - mata bengkak sebab nangis* ******* * Dah boleh senyum dah*

Sampai PMC nurse datang ambil temp sekali lagi. 40.9 darjah uishhh panas giller.Lagi panas dari suhu kat luar tu. Nurse bagi ubat peluru dan mula mengelap seluruh badan deena dengan air suam. Cik kak pun mulalah start menangis. Puas aku memujuk untuk diamkan deena. Sebelah katil deena ada sorang mamat dalam tingkat 4 yang dok berbalut tangan. Mungkin jatuh motor, atau jatuh main bola kedengaran merengek2 dengan emaknya sambil marah2. Mungkin silap aku juga sebab jangkakan deena dah ok pagi tu. So aku bagi ubat disebelah pagi tapi tak bekalkan ubat pada taska.. Selang 10 minit kemudian temp dan turun sikit. Doktor datang untuk ambil darah. This time aku kena kuat. Dulu masa deena kena jangkitan cb dan muntah-muntah kat taska aku nangis tengok anak aku kena cucuk dan drip. Kesian sebab dia budak dan tentu tahap kesakitan adalah extreme bagi mereka.

*Kat The Mines nampak dah sihat* ************* *Orang demam gaya camni ker?*

Lama juga kami bertapa kat PMC sementara tunggu keputusan ujian darah. (Habis plan nak shopping hari Jumaat aku heeh hehh) Bila doctor datang sekali lagi aku sedikit lega dengan keputusan ujian darah. Maknanya aku tak perlu bermalam di PMC walaupun adakalanya terasa mcm tidur kat hotel kalau dok PMC ni :) “Tak de denggi, tapi ada sedikit jangkitan bakteria”. Kata doctor. Panas deena dah turun sikit. Sementara tunggu doctor siapkan ubat deena dah boleh berlari2 mcm orang sihat. Kejap keluar masuk bilik dan timbang. Setakat Jumaat berat deena is 13kg. Menang sekilo aje dari berat adik Man. Lepas dapat ubat hari pun dah petang jadi aku terus aje bawak cik kak balik rumah. Sebenarnya waktu tu perut pun dah lapar semacam. Jadi dalam perjalanan balik kami singgah The Mines untuk isi perut.

Sampai umah melepek semula

Panas dah reda cik kak ni pun ligat semula cam biasa. Berlari sana-sini kat dalam the Mines. Kami makan di Domino Pizza sebab deena nak makan mushroom soup dan petang tu kami balik rumah tengok addy dah tiba dulu padahal waktu tu beberapa minit sebelum jam 5. Aikk awalnya addy balik mungkin terkejut dengan sms yang aku hantar tadi. Sampai rumah deena dah start melepek semula mcm tadi. Terus bagi ubat demam dan antibiotik. Tiba-tiba aje temp badan naik semula. Aku pun mulalah aktiviti mengelap badan dan segala yang patut. Dah reda sikit aku mandikan deena. Begitulah aku bertarung dari Jumaat sampai semalam memantau keadaan suhu badan anak dara aku. Setakat hari ini dah 6 hari deena demam tapi pagi tadi masa gi taska kira cam dah kebah walaupun belum berapa ceria seperti selalu.

Dan demam kali ni bukan yang pertama. Hari sabtu tu dah start nampak bintik-bintik merah keluar di sekeliling badan. Hmm betul jangkaan aku, kena demam campak pasir rupanya. Nasib baik bekalan calamine lotion masa demam campak yang dulu masih banyak lagi. Lidah pun start putih2 dengan ulser akibat demam yang terlalu panas. Kesian deena nak makan pun sakit. Aku dok pantau juga Ilman sebab sekarang ni kan tengah sibuk kes sakit tangan kuku dan mulut. Jadi aku berhati2. Lepas cek lidah aku cek tapak tangan dan tapak kaki. So kira cam aku mengesahkan sendiri yang putih2 dalam mulut tu adalah ulser akibat badan yang terlalu panas. Dan kebisaaannya anak dara ni kalau demam hidung mesti berdarah. Kalau asyik nangis aje lagilah darah tu keluar makin banyak. Nasib baiklah demam kali ni anak dara tak muntah-muntah. Sebab tu memang trend depa berdua adik beradik.Dan sepanjang hari demam tu jugaklah macam2 kerenah cik kak aku ni, aku yang kurang sabar ni terpaksalah menyabarkan diri sabar tahap dewa...huaaargghhhhhh nak menangis aku di buatnya melayan kerenah anak dara yang sungguhlah pandai demand itu dan ini ketika sakit.....kalau tak dapat dia akan nangis sampai satu taman boleh dnegar suaranya yang power itttewww...iskkkhh lahh cobaaannn...

18 comments:

NONIE AZIZ said...

siannyer....moga deena cepat sembuh!!!itulah contoh ibu mithali...berkorban masa utk anak2...(saja jer puji ko sket!!!)

Anonymous said...

Moga kak Deena cepat sembuh & ceria selalu

Anonymous said...

get well soon deena!!!

Anonymous said...

siannya cik deena kita,

semuga cepat sembuh..

-auntie zareen-

Kopi Suam said...

MR,
Memang dah lama dah jadi ibu mithali saja malas nak bagitahu kau..kuang...kuang...kuang..kuang..

Idlan,
Thank you Idlan...amin...mudah-mudahan

An,
Thanks...insyaALLAH lepas ni sihat

Zarin,
lamanya tak dengar khabar berita kau ni..mana menghilangkan diri ekkk..email kelas pun kau tak balas...dah tambah sorang lagi ke?

y@tipruzz said...

sian deena, get well soon deena..mama nyer kena kuat bersabar hehe..biasala kak anak sakit sure dia manja lebih sket!

WRA said...

memang tu...anak sakit kita la selalu yg tak cukup rehat...tak pe, asalkan anak cepat sihat...

moga Deena cepat sembuh tu...

maklang said...

Biasanya kalau orang tua2 suka guna daun bambu buat alas tidur ubtuk hilangkan gatal kena demam campak ni. Kalau gatal sangat kebas2 kan daun tu kat badan, hilanglah sikit gatal dia sebab daun ni tepi2 dia tajam2 sikit. Kalau orang putih panggil daun Neem.

zino said...

biasa nya kalau baby demam zino mandi kan yg penting temp kena turun kan segera..bahya tu kalau temp terlampau tinggi..

biar je dia berendam sampai temp. back to normal.. tak de nya sakit ambil darah tu.. hehe takut yg lebih tu pasal tu meraung.. yg mama dia pegi nangis buat apa.. lagi le budak tu takut hehe

Kaklong Syikin said...

siannya deena..moga cepat sembuh. baik2 ngan suhu panasnya tu, jgn sampai tarik...risaunya. ks..pernah cuba kool fever or bye bye fever? dia tu pelekat bergel sejuk utk bantu turunkan suhu panas demam..mmg very helpful..blh lekat kat badan or dahi..tempoh antara 6 - 10 jam ikut jenamalah. anak2 saya kalau demam panas mmg guna tu esp. tengah malam.

cubalah bagi deena minum air jus timun campur sikit ngan gula, itu elok utk tekak. sian kat dia ulser mulut, kita yg dewasa ni pun takleh tahan.

Anonymous said...

kasihan deena. harap2 kejap je. budak2 nak membesar camtu laa.. macam2 sakit. kita sebagai parent kena prihatin la ye. macam anak saya yang sorang tu.. bla bla.. sakit.. bla bla.. sihat.. bla.. bla..

Anonymous said...

secara seriusnya, saya kesian kat deena.. jgn melarat sampai ke hari kenduri saya! nak tengok deena! ye!

aNIe said...

Moga deena cepat sembuh...anak2 kalau deman camtulah...kejap elok...berlari kesana ke mari...petang nanti...badan mula panas balik...kadang berhari-hari...memang kalau layan anak deman ...kenelah lebihkan sabar...

Kopi Suam said...

Terima kasih pada semua yang mendoakan deena supaya cempat sembuh....amin

untuk Zino..memanglah mama dia menangis naluri keibuan namanya mana leh tahan tengok anak dalam kesakitan. Biar mama dia yang sakit tak apa....

wahai lah deena cepat lah sembuh ye..kalau demam petang nanti kak tak leh main basikal kat taman..camner kan tak bessshhh.... :)

Anonymous said...

saya kalau anak2 demam mmg cepat risau krn takut bukan demam tapi benda lain....

semoga anak u sembuh sprt sediakala

ibuVouge said...

moga tabah selalu ye mama deena
terserlah kemithaliannya...
mama deena ni mmg tabah dan kuat
deen dah besar jaga mama tau!!!

Anonymous said...

Get well soon Deena...Mama Deena pula kena banyak sabar layan kerenah anak demam ni..demam campak mmg cam ni le, selagi tak keluar panas, selagi tu le demam...try le bagi minum air barli, badak atau kelapa..take care ye....

kasutVINCCI said...

mmg tension sgt kalau anak demam dan payah nak ok. Kesian kat anak satu hal, nak layan ragam dia satu hal jugak. Penat usah dikira la. Moga deena cepat2 sembuh.Take care