Alamak aiii cepatnyer masa berlalu kejap aje dah nak lunch. Aku dok sibuk clearkan barang2 dalam drawer yang lama ni. Semak pulak aku tengok banyak benar statement CC aku yang lama-lama tu. Sejak pindah haritu baru hari ni aku nak kuokan segala benda tok nenek dari dalam kotak. Bukan banyak sangat pun barang yang aku angkut dari bawah. Actually barang aku ada tertinggal lagi satu drawer kat tingkat bawah. Dah setahun dah terperap kat sana. Biarlah barang2 tu beranak pinak kat sana dulu. Nanti bila rajin2 aku angkut bawak naik atas. Bila An tanya mcm mana aku leh kenal dengan hunny, aku rasa mcm eh ahah lah mungkin le aku boleh flash back semula mcm manalah aku boleh terberkenalan dengan itteew mamat :) Semuanya bermula begini pada hampir penghujung tahun 2001
Pada suatu petang di dalam sebuah opis. “Zira kau tengoklah gambo mamat ni”. Is bestfren aku tunjukkan gambar seorang mamat yang tersangatlah kurusnyer pada aku. Gambar tu dia jumpa masa dia dok surf kat www.cari.com.my. “Hmm not bad gak” kata aku “hensem tapi kurus”. “Kau berkenalan aaa is” kata aku lagi. “Hmm malas laahh tak sesuai kurus sangat, kau lah berkenalan”. Lepas dari peristiwa ittew lah maka aku menghantar email yang pertama kepada mamat yang kurus itteww. Aku memang ada ramai kenalan melalui cari.com ni. Jadi selok belok berkenalan di alam maya ni kira aku agak arif dan berhati-hati. So from the description actually kita boleh kenal orang yang hantar tu memang ikhlas jujur nak berkenalan atau pun saja2 nak menggatal dan mengambil kesempatan.
Email aku straight to the point, cakap nak tambah kenalan suruh dia cerita sikit tentang latarbelakang dan butir2 tentang diri dia. Dan bila aku mendapat balasan email dari dia I was really shock. Iskhh rugi aku tak simpan email tu kalau tak boleh gak aku kongsi ngan kamu MR. Jangan ternganga tutup sikit molot tu occay. Nanti masuk pulak lalat hijau.
Email dari mamat itu sangat panjang sangat details dan I can smell sincerity in that. Ntah tujuan utama aku hanya nak tambah kenalan aje (waktu ni aku tengah kawan ngan sorang mamat lain yang diarrangekan oleh keluarganya) tapi aku amat tertarik dengan penulis email ini yang menceritakan kisah mak, abah dan 11 adik beradiknya yang lain. Memang isi kandungan email itu terang jelas nyata dan kisah benar seorang budak kampung yang tak malu nak mengaku mak dan abahnya bekerja sebagai penoreh getah. And masa tu aku tak tahu pun yang this mamat was an engineer sebab dia tak mentioned in the email.
At some point of view email tu memang tak menarik sebab mamat ittew memang tak pandai bermain bahasa, tiada unsur2 mengorat yang diselitkan, tiada kalimah pujian atau bahasa pujangga dan dia menulis email itu memang hanya sekadar untuk memaklumkan aku bahawa dia adalah seorang budak kampung yang tak tahu nak mengorat awek , yang ada 12 orang adik beradik dan pekerjaan setiap orang secara details. Tak de yang menarik langsung. Tak pandai nak tackle langsung. But at other some point of view aku tetap tertarik dengan penampilan pelik penulis email itu. Beribu2 email yang aku terima dari kenalan aku selama ini dah inilah satu2 nyer email yang paling biasa tapi mampu menarik minat aku. Begitulah kisahnya dimana jodoh pertemuan ittew di tangan ALLAH.
Selepas beberapa kali bebalas email kami akhirnya bersetuju untuk keluar makan. Maka waktu itu aku, Is dan mamat ittew pun berjumpa di Endah Parade buat pertama kalinya. Kami main bowling dan makan di kedai mamak di tepi jalan. Namun perjumpaan pertama membuatkan aku hilang minat terus pada mamat yang sesungguhnya memang tersangat pelik itteew. Aduss camner le boleh jadi hunny bunny bunch aku ni..iskhh…iskh….iskh musykil lah…heehh heehhh. Begitulah ceritanya bagaimana aku mula-mula berkenalan dengan hunny dan keluar makan dan gaduh-gaduh dan keluar makan lagi dan akhirnya memutuskan untuk bertunang hanya selepas 2 bulan berkenalan.
Hmm jodoh ni, kita kena redha kita kena percaya kepada Qada dan Qadar ALLAH. Dan sebab jodoh jugak lah aku tak jadi kawin dengan W*ra walaupun pak ngah dan makngah bersusah payah nak menyatukan kami sampai W*ra kena balik Malaysia dan berjumpa family aku. Sebab jodoh jugalah aku tak jadi kawin dengan Abg M yang aku dok puja dan cinta selama 8 tahun. Semuanya adalah ketentuan ALLAH dan sebagai hamba aku pasrah redha dan syukur Alhamdulillah. Ini yang terbaik buat aku. InsyaALLAH aku akan berusaha sehingga hunny menjadi jodoh aku dunia akhirat. Untuk chapter jodoh ini apalagi aku aku inginkan? Tepuk dada tanya selera.
19 comments:
wah..kiranya ni temu jodoh melalui tenet lah ya..teringat kisah wardina n asben dia tuh.
itulah namanya jodoh. Kalau tak de jodoh, cinta bertahun2 pun takkan ke jinjang pelamin.
Allah lbh mengetahui yg terbaik utk kitakan. Moga KS bahagia ngan asben dunia akhirat...amin
Zira: baru mak tersedar dagu mak dah terjatuh kat keyboard!kagummm...nanti aku buat kisah cinta aku ngan baba plak!!Tapi yang paling lawak...berani betul ko anto email kat dia eik!!!
semoga hingga hujung nyawa hendaknya..Aminnnnnn
kitorang pon cinta telnet hehe..telnet kat mmu melaka...tp nak citer malu la plak :p
tu le di katakan jodoh.. benci cam mana pun kalau dah jodoh ... jodoh jugak.. semuga berkekalan bahagia.. sehingga ke akhir hayat..
cam sama plak entri kita, citer pasal jumpa ngan hubby the then mamat ntah sapa hahahaha.
Sama jugak membuang masa dan tenaga menchentai(k) sorang mamat 5 tahun tuh.. buang karan sungguh!
Angah pun kenal 2 bulan terus tunang. Hubby pun kurus gileerrr sampailah skrg. Cam dayabumi ngan pejabat pos!
Tapi itulah jodoh, biar kurus biar tak hensem, tetaplah dia pojaan hati ku..
Syikin,
ahhaahh lah syikin kami temu jodoh di alam maya..heehh insyaALLAH mudah-mudahan kekal...amin
MR,
tulah kan mak dah cakap tadi jangan terlopong sgt kalau baca n3 mak occay. lenkali jangan buat lagi tau!
Hehh aku kan macho..ko ni tak kenal2 lagi ngan aku ke iskhh iskhh..hantar email aje pun apasalahnya...nak tambahkan kenalan kan..tgk2 jadi hubby mak heeh hehh tu lah ada hikmahnya
Bat,
thank you thank you sambil melambai2kan tangan ala-ala ratu gitewww..heeh hehhh
Yatie,
ala malu2 kucing konon. Ramai jugak geng2 akak yang kawin jumpa pakwe kat internet. Kalau dah jodoh
Tapi tu lah nak nasihat gak kat adik2 yang dok cintan-cintun kat internet tu berhati2 selalu...
Zino,
tu lah mula2 jumpa tu saya memang tak berkenan langsung ngan mamat ittew, malah saya takut dengan perwatakannya yang pelik..tapi chemistry kami kuat pulak..selepas tu occay dan alhamdulillah hingga hari ini.
Angah,
heehh 5 tahun gak..lama tu...kita 8 tahun tapi besa lah first love ni manalah leh nak lupa kan...mcm dayabumi ngan pejabat pos beza tu...heehh saja lawak...
KS.. mengingat kenangan lama ek?? jodoh pertemuan hanya Allah sahaja yg mengetahui
...pun kat forum www.cari.com.my jugak? hehehe....banyak betul jasa forum tu ....hehehe.....
sudah tersurat sejak azali...kalau lari camana sekalipun, tetap akan bertemu jua hehehehehe
jumpa N bukan kat maya.. tapi kat program realiti.. baru la macho, mata bertentang mata..
Tahniahhh.... Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat....
Jodoh dah ditentukan sejak azali, cuma kita perlu mencari dan baru berjumpa..
contohnya jumpa di cari.com.my
:-)
benarlah apa yg dikata, kalau dah jodoh tak kemana.
asam di barat ikan di laut dlm periuk bertemu jua.
semoga bahagia. hehe
jodoh pertemuan di tangan Tuhan...
Aku pun mmg tak sangka gak ko menjadi ngan hunny bunny ko nih hehehehe
:)
Kak Sya,
itulah mengimbau kenangan lama..ingatkan yang beria kita cinta itu jodoh kita, rupanya ALLAH lebih mengetahui segalanya :)
BP,
kita satu geng tapi cari.com ni jugak pernah mengecewakan saya. ALLAH ada agenda yang tersendiri untuk saya kat cari.com sebab kat situ juga saya pernah tertipu dengan lelaki durjana yang dah kawin tapi mengaku bujang sebelum saya jumpa my hunny bunny. Jadi berhati-hati..
Kak Wan,
itulah jodoh ditangan ALLAH kita manusia berusaha dan bertawakal semoga dapat jodoh yang baik.
GT,
itu lebih real kan..lagi lah syok sebab jantung pun boleh dub dap dub dap :) bila mata bertentang mata. tahniah jangan lupa jemput kami semua.
Jamri,
kita kena mencari dan berusaha, kalau gagal jangan putus asa cari lagi yang lain...
Atok,
salam dan selamat datang :)
Heiii rajuuuuu....suparjooo..
"ikan dilaut asam di darat"
Juita,
memang syukur juga sebab rasa mcm gamble aje masa decide nak bertunang tu sebab tak kenal sangat hati budi masing2 but alhamdulillah :) Saya sentiasa ingat ALLAH kata sesungguhnya wanita yang baik itu kan untuk lelaki yang baik juga. Jadi sama-sama jaga diri dan peribadi :) kita
Ina,
kalau korang semua tak sangka aku lagilah sejuta kali tak sangka :)ingatkan W*ra tu yang final dan confirm tapi bukan jodoh aku nampaknya. Paling kesian kat pakngah kan dia yang paling sedih dan teramat kecewa.
it's funny how the the things worked out - guess the Divine One up there knows what's best in store for us :)
kak saya ingat lagi citer2 nih akak tulis dulu2...
Mama Rock,
Hmm memang pun dan selalunya yang terjadi itu memang diluar batasan akal pfikiran kita. Tahu2 aikk mamat ni ke jodoh aku dulu....ntah mana ntah datangnyer kan
Elin,
heeh elin malu bila dibaca semula entry dulu dulu dulu dulu tu dari 1998-2001....hmm macam2 rahsia cinta kat dalam tu kan...iskhhh..
cam tu lah jodoh.. ada yg baru kenal terus kawin.. ada yang dah lama kenal baru kawin (cam diri aku ni ler..) dan ada yang dah kenal luar dalam tapi tak kawin kawin..muaahaahaaa. itu bukan carik jodoh, tapi carik nahas namanya. apa apa pun semua nya dr ALLAH yg ESA..
Post a Comment