Monday, March 13, 2006

Mari bergumbira :)

Aktiviti memerap di rumah pada hari sabtu - abaikan tarikh gambar tu yek lupa nak set kan. (Kalau teror spot trade mark family kami pada gambar deena ittewww :) )

I’m more than happy today *wink* coz I’m not alone (actually I’m alone in the office ramai yang tak de sekarang ni)…heehh thank you friends. That what friends are for *Just to make me happy* - muaahhh big hug and kisses (virtual) for all of you.

Weekend kami dihabiskan dengan segala aktiviti yang tak habis-habis. Saturday was a very mandom day hujat lebar giller. All plans tak menjadi. End up aku menghabiskan sisa2 waktu petang dengan mengemas, mengemop, menidur, melipat baju, memasak, menidur lagi, memakan dan perkara yang sewaktu dengannya sehingga aku rasa Sabtu itu rumah aku sangat bersih dan kemas. Apakah lagi tugas yang lebih sesuai untuk seorang isteri mithali selain dari perkara yang aku sebut di atas? Melayan anak-anak dan suami sambil bergolek gelantang di tengah rumah (bahasa melaka ni). Ikut hubby main helicopter kat padang then naik motor dan ronda-ronda sekeliling TS sambil bermesra-mesra – Di sebelah petang sangat bila hujan dah berhenti. That’s how I spend my quality time for Saturday evening sambil menjimatkan poket. Oklah tu at least something right.

Lepak kat Alamanda dulu

Hari ahad seperti yang aku selalu impikan untuk berhibernasi sehingga 10 pagi memanglah tak akan menjadi kenyataan. Seawal 7.00 pagi deena dan ilman dan siap mandi walhal waktu itu mama baru 15 minit cuba menyambung semula mimpi-mimpi indah. Addy ni memang rajin lah..muaahh thank you yang, kalau nak tunggu saya bangun mandikan bebudak tu mesti pukul 9.00 baru siapkan. Mcm mana nak tidur ni sorang nak main tong to dak mayang jambu sorang lagi dah duk ke duk ke duk kat perut mama. Malas-malas pun bangun jugak la…

Inilah gambar suamiku yang mithali ittewww..sayang awak muaaahh :)

Lepas buat breakfast kami melepak-lepak. Oleh kerana tengahari ada jemputan makan nasi dagang di rumah M maka secara rasminya aku mengisytiharkan hari Ahad tu hari cuti masak bagi aku. Sebelah tengahari kami berempat bersiap. Kerumah jiran yang selama ni aku kenal melalui email TS sahaja, so haritu dapatlah berkenalan dengan M dan isterinya yang kebetulan adalah kakak ipar kepada sorang kawan aku. Uisshh amatlah kecil dunia ini. Pusing-pusing kat situ jugak. Disamping tu dapatlah juga aku berkenal-kenalan dengan jiran-jiran lain dari lorong pokok pain (lorong orang kaya sebab depa lorong pokok pain). Lorong belakang lorong pokok getah…macam-macam lah diorang ni.

Jom main basikal...

Balik dari umah M aku bersiap-siap. Ni nak bayar semula janji dengan deena nak bawa dia ke Alamanda dan naik basikal di dataran Putra. Lepas solat aku siap-siapkan bekalan makanan, susu, minuman, jajan dan segala benda yang perlu diangkut. Kalau keluar dengan hunny bekalan makan kena cukup. Kami meronda Alamanda, keluar masuk kedai beli food dan air kat carrefour dan melepak seketika sementara menantikan hujan reda. Selepas Asar kami bertolak semula ke dataran putra dan aku menghabiskan masa melayan Deena mengayuh basikal dan hunny plak menjaga Ilman yang suka ronda sana ronda sini. Bila hujan turun semula cepat2 kami berlari masuk kereta. Tunggu sehinga hujan reda dn kami sambung aktiviti di dataran putra. On the way balik dua budak bijak sudah keletihan yang amatzzz sehinggakan mereka tidur dari jam 6.30 petang sehingga 6.30 pagi tadi…..memang sah letih bangeet

7 comments:

WRA said...

Dok area Putrajaya ke? Dah dekat dah tu ngan Bangi hehhee

Kopi Suam said...

AL,
Bukan Putrajaya tapi Kajang...jiran aje kita ni..heehh bila leh buat gathering ni...dah dekat sangat dah ni :)

aNIe said...

Kopisuam...amboi seronoknya aktiviti bersama anak2 di alamanda...walaupun hujan tapi bila bersama permata hati...penat pun tak terasa...

Kaklong Syikin said...

bestnya dpt keluar jalan2...

cik easy said...

family day out!...

kasutVINCCI said...

bila tgk anak gembira, automatik kita pun rasa gembira. Tak terkata lah.

Sya said...

Kak sya pun suka gak ke Alamanda and memalam lepak kat Dataran tuh.. sejuk aje. Dari rumah ke sana kalau lalu jalan Sg Merab tu tak sampai pun 20 minit.