Wednesday, March 01, 2006

Meeting and cubical baru

Tengahari ni nak kena pi Crystal Plaza standby untuk tender committee meeting. Hmm dah beberapa hari ni melangut aje dok tunggu TC approve kan report kami. Aku ada apply nak gi course haritu tapi boss aku plak tak approve takut time aku gi nanti kerja plak banyak. Tapi tengok2 dah rugi masa at least kalau aku gi haritu dah selamat sikit KPI aku. Lepas ni harus dah busy sebab implementation dah nak start. Jadi sementara belum tertekan dengan workload yang banyak baik aku gunakan masa yang ada sebaik mungkin. Aku dok surf Internet cari free software berkaitan budget planner. Aku rasa budget planner yang aku buat sendiri ni tak berapa practical. Sebab minyak dah naik semalam maka perbelanjaan aku dah short banyak sebulan, so I need more details planner untuk aku plan budget dengan betul. Korang ada any free software for me. Please let me know ok.


Botol susu cantik kakak, botol susu yang ada koala bear tu talah pun ditemui. Terselit dicelah odometer/tank motor biru adik Man. Sabar ajelah melilau mama dengan addy mencari botol tu seluruh umah. Ini mesti kes deena lepas minum susu campak kan botol dari atas..atau mungkin adik Man yang memang suka baling-baling barang punya kerja. Addy yang jumpa masa dia dok baring kat tengah umah semalam.

Dalam kereta semalam aku dok sengih sorang-sorang sebab teringat entry si Sayuti pasal benda yang terjaga. Sabar ajelah aku menahan kegelian hati tahap cipan sampai deena pun macam pelik asyik tanya mama kenapa..kenapa mama. Pastu aku pun teringat kat hunny…kehh…keh…kehh…pastu satu peristiwa lucu menerjah kotak fikiran aku...haru-haru wei MR kau jangan nak sengih-sengih pulak…sure ingat kat baba tu…hampeh laaa…aku ni terinfluence plak dengan entry MR and Sayuti yang ada unsur-unsur panazzz dan ganazzzz gitewww.


Lepas makan sekampit kopok sira yang aku beli dari Is (supplier aku kat opis sebab dia pun selalu gak balik Ganu) bukan dari Elin tiba-tiba perut aku memulas-mulas dan bisa. Alamak aku ni kena keracunan makanan ke. Oleh kerana tak tahan dengan sakit perut yang amatzzzzzz (mungkinkah kopok sira tu dah expired – kat situ tak de tarikh la…) Rasanya pun tak sedap sangat ada cam tengit-tengit compare ngan kopk sira yang aku kirim kat Elin (dah makan sekampit yang kirim kat Elin). Aku berlari ke toilet memuntahkan segala isi perut aku. Memang mak dah tak tahan sangat masa tu…Bisa perut gua memulas-mulas macam nak beranak rasanya. Kopok sira yang aku kirim Is bukan sikit 10 kampit semuanya…Selepas uwek beberapa kali perut aku berdenyut-denyut macam ada butterfly kat dalam tu. Pelik rasa mcm peknen 5 bulan bila baby start gerak-gerak. Aku mintak kak Zah minyak panas sapu banyak-banyak dan lepas tu perut aku ok sikit walupun tak berapa selesa sangat. Inilah bahan hantu kopok sira. Ada 14 kampit lagi semuanya di dalam simpanan aku…Ayu camner kau masih nak lagi ke kopok sira tu


Wokeeyy till then nak chow pi CP. Weekend ni balik Melaka yahuuuu..


------- sambung lagi dah balik dari meeting

Finally tepat jam 4.00 aku pindah ke cubical baru yang lebih happening sebab jauh terperuk, jauh dari tempat lalu lalang orang dan belakang aku hanyalah dinding putih yang tak faham bahasa. Uishh dalam dok-dok angkut monitor ngan CPU tu tetiba rasa cam sakit plak dadaku ini. Nampak sangat lah ketidak fittan aku ni. Camner nak meronggeng main netball and volleyball ni


Tadi punya standby alhamdulillah, kami dipanggil masuk dalam meeting room pada pukul 1.15. About 15 minit dok menerangkan itu ini pasal tender projek kami dan lepas dapat beberapa komen dari ahli panel dan pengerusi maka depa pun setuju untuk approve kan technical report kami. Yesss sebab aku yang prepare the report jadi aku happy lebih sikit laaa. At least user aku tahu yang aku boleh buat kerja. Lagipun user aku memang tak banyak kerenah, very supportive and open minded. Habis meeting aku dengan agenda tersendiri menuju MJ kat sek 14 sebab ada sales tapi tak best pun. Pastu ingatkan nak renew raodtax kat post office tapi lupa plak nak bawak grant kete. Habis semua agenda…

3 comments:

NONIE AZIZ said...

asal ganazzz jer mak...Mak ni isteri mithali tau!!! Dah aku terpengaruh jadi mak hayam mcm Si Bat plak....

Wahhhh...lagilah ko bersukaria macam aku eik...duduk kat ceruk dinding..pastu buat2 sibuk muahahahah...hah apa lagi kalau tau tak fit gilah jogging macamana nak lawan mak ni....

uDA said...

melaka kat aner ek? uda org kg serkam pantai. hehe.. best wo ramai blogger org melaka ni. kaksya, kaklady, datin, lem, mas..sapa lagi ek. hehe. meriah la raya sok. dah ok ke perut?

Kopi Suam said...

MR,
Mak dah target mulai hari ini selama 9 bulan mak akan mengefit, mengempis, mengurus dan membuang apa2 yang tak patut dari body mak ni...sebab lepas sembilan bulan itu mak nak peknen pulak....lepas tu diet lagi nak bagi kurus balik... alang2 nak kena kurus balik tahun depan jadi mak tunda ajelah rancangan mak untuk 9 bulan tu heehh heehh

Uda,
Ahah le orang kampung tapi kita kat tangga batu..tahun ni kita raya melaka..harus kita round2 jumpa geng2 blog kat melaka....

Am,
Jangan lah camtu...bukan blog ni untuk org melaka aje..kebetulan ramai plak geng blog kita asal orang melaka...blog ni org US and UK pun baca tau