Thursday, March 16, 2006

Renungan di pagi Khamis

Harini aku nak share sedikit ilmu untuk direnungkan bersama..I'll write later.
APA PUNCA ANAK DERHAKA

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran) dimana yang nak dipukul tu? Tapakkakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah...

Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka. Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.

Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...


DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekormata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.


BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa. Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita.


HUBUNGAN DENGAN BAPA

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."


USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantunya berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismail berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Any comment...amat dialu-alukan :)

5 comments:

aNIe said...

yeehaa....first one...

Kopi...thanks for sharing ....kak lady pernah terbaca bagaimana mendidik anak2 mengikut peringkt umur masing2...kerana lain peringkat umur lain pendekatannya.

Anak2 kak lady memang semua rapat dengan kak lady...hingga ade masa ayah mereka berasa diketepikan...tapi kak lady tak membiarkan keadaan tersebut berlarutan...kak lady lah yang menjadi orang tengah antara anak2 & hubby...biar mereka tau dalam diam ayah mereka amat menyayangi mereka...dan pada ayah biar dia tau bahawa bukan mereka tak sukakan ayah mereka cuma rasa hormat yang tinggi membuatkan mereka kurang bergurau yang bukan2 bersama ayah...

Dan jgn derhaka pada mertua..sebab kalau anak2 lihat kita melakukan yang tak elok pada orang tua2...maka itu akan menjadi contoh teladan dan rasa hormat mereka akan hilang....takut nanti perkara yang sama akan terjadi pada kita bila kita bermenantu nanti. Biar apa jua keadaannya...benarkanlah suami melebihkan ibunya dahulu...kerana hati ibu yang terluka sukar diubati dan setitik air mata ibu yang tumpah suami akan dikira anak derhaka....

Kopi Suam said...

kak lady,
jeles tau dengan kak lady yang sangat rapat dengan anak-anak. Saya pun nak jugak mcm tu dengan anak-anak saya...akak turun2kan lah ilmu pada kami ibu2 muda ni. Doa-doa yang akak amalkan ke...any petua. Kadang-kadang kita rasa cara kita corakkan anak ni dah betul..rupanya pendekatan tu mungkin salah.

Buat masa sekarang ni anak saya yang kecik lebih rapat dengan addynyer sampai tidur pun nak tidur kat perut hubby saya. Si kakak tu rapat dengan saya. Tapi dah besar nanti tak tahulah, saya takut anak renggang dengan hubby sebab hubby pendiam.Harap-harap tidak laa.. masa kecik ni nampak ok...

pasal MIL tu saya memang hormat sangat mak ngan abah tu. Kekadang saya rasa saya pulak yang terlebih care kat MIL dengan FIL berbanding hubby. Pasal hubby nak dulukan keluarga dia memang saya tak pernah menjadi halangan. kadang2 kita pulak sampai tahap memaksa ajak dia balik kg jenguk orang tua dia.Walaupunmnetua level diorang kan sama dengan mak dan ayah kita.

Kaklong Syikin said...

ks..thanks for the tazkirah..memorized balik apa yg dpelajari dulu...

setakat ni saya bersyukur sbb anak2 mmg rapat ngan saya wlwpun saya ni kategori tegas n garang gak ngan anak..tapi itu time depa tak dengar cakaplah..
bukannya tak pernah pukul or kena cubit or kena titik or kena tepuk..semua tu pernah..pernah menangis gak sbb saya rasa saya garang ngan anak..

tapi selalu saya berdoa saya dpt kawal marah saya, saya lebih penyayang ngan anak2..dan selalu saya doa agar anak2 saya menjadi anak2 soleh n solehah..

rupanya bila anak dah ramai ni, secara tak langsung kita belajar lebih sabar n tolerant ngan anak..
kalau saya marah anak, bila hati saya cool balik, saya akan panggil dia semula, terangkan ngan dia apa salah dia...dan dia terima penjelasan saya..

saya selalu cakap ngan anak, jgn bagi umi marah, sbb ummi tak sabar..senang marah..

tapi satu, saya ni cepat marah anak, cepat sejuk, bahkan kalau lepas saya marah..saya blh terus cakap terima kasih ngan anak yg kena marah tu, katakan saya marah dia pasal dia wat sepah, tiba2 dia dtg bgi pada saya barang2 saya blh terus cakap terima kasih ..

kalau saya marah ngan anak, dlm hati terus saya doa, moga anak2 saya dengar kata..

saya mmg tabik dengan ibu yg leh soft spoken ngan anak wlwpun anak tu banyak kerenah...itu kelemahan saya..tapi,saya masih peringkat baiki diri supaya lebih sabar ngan anak2..

saya juga bagi anak luahkan perasaan dia kalau dia tak puas hati or defend diri dia..dan bila saya tau akhirnya saya yg bersalah spt tersalah marah anak..saya tak malu cakap..ok..ummi salah, sorry..

anak2 pun rapat ngan ayahnya, even dia lebih soft spoken drp saya...tapi,sekali marah..ha..kecut anak2 ngan umminya sekali..heheeh..cumanya, entah.anak2 lebh rapat ngan saya, mungkin sbb saya duduk rmh..mengadap depa jer..

tulah, bila dah jadi mak ni, baru kita tau..punyalah susah nak dpt title ibu solehah..

ttg mil n fil, saya beruntung sbb dpt family in law yg ok..bkn jenis suka busybody hal rmhtangga anak..mil tak de anak pompuan, dptlak saya, menantu pompuan jenis selamba kodok (pinjam istilah kak sya rasanya nih)...tak reti masak, saya cakap terus terang tak reti..tak reti jahit, saya cakap terus terang..tapi saya suka berborak..kenalah ngan mil yg suka berborak..lps tulak, setakat ni saya satu2nya menantu pompuan, my only bil lum kawin lagi..jd..saya bawak diri seadanya diri saya..kekdang tu, saya rasa my mil lebihkan saya drp my hubby sendiri..hehe.syukurnya..

NONIE AZIZ said...

tetiba aku tergamam...kagum ngan ko zira...Thanks zira..psl sekurang2nya benda ni jadi contoh pada aku utk didik anak aku!!

Kopi Suam said...

Syikin,
samalah saya pun memang tabik spring roll kat ibu2 yang boleh the very soft spoken dan teramaaattttlah penyabarnya dengan kerenah anak-anak. Kalau saya 1, sabar, 2, sabar, 3, sabar, masuk kali ke 6 terus hilang sabar :)

Memang bukan senang nak jadi ibu ni..

Wah untung badan yek syikin..kira menantu feveret lah ni...kita tak de le nak dapat kategori tu sebab kita ni dah menantu hujung2..adik beradik hubby 12 dia anak ke 8 tapi oklah as long as kita layan mak mentua dan abah dnegan baik tanggungjawab kita sebagai menantu dah selesai. Yang penting kita kena hormat diorang mcm kita hormat mak ayah kita sendiri kan...

MR,
iskhhh baru tahu ke...laaa iskhhh bukan ke aku memang camni selama ni *ada unsur2 riakkkkxx di sittewww*...heeh sajalah MR biasalah kekadang kita pun kenalah ingat mengingati antara satu sama lain kan. That what friends are for. rite