Monday, March 06, 2006

Tengah training


*Awek GP Joran - Berita Harian *
* Adik Man yang encemmm gitewww*



Aku sekarang sedang bertarung dalam kepanasan seperti cacing didalam bilik training kat Subang jaya. Jangan tak caya sanggup makan cepat-cepat sebab nak update blog punya pasal. Kemaruk betul. Aku ada training harini. Last minute training sebab email pasal training ni aku dapat pada hari Jumaat. So lunch time kami round cari kedai makan. Mulanya dah stop kat Secret Recipe untuk makan tapi tak jadi plak budak berdua ni, akhirnya kami makan kat restoran Rafi. Cuaca panas yang amatzz tak tahan mak. Ni pun berpeluh-peluh dibuatnya walaupun dalam aircond.



Weekend kami di kampong memang lah sesuatu yang indah sebab dapat tengok umah dapat tengok kebun. Kampong aku best laa. Cuma kurang bahagia sikit sebab hunny tak de disamping kami untuk meronggeng bersama. Aku suka aje kalau balik kampong. Petang-petang kami 4 beranak naik motor kriss ngan hunny sampai pantai cari port yang redup, bentang tikar dan melepak anak beranak sambil mendengar deruan ombak syok sangat. Kat kampong walau tak buat apa sekali pun memang seronok. Lagi seronok bila tengok kebun aku tu dah terang benderang di kemas oleh mak dan ayah. Last weekend mcm dah janji2 plak. Semua balik umah mak termasuk adik lelaki aku yang kat trengganu kecuali adik lelaki yang kat hostel aje tak balik.



Hari ahad tu kebetulan Berita Harian buat GP Joran kat pantai Puteri. Selamat datang ke Pantai Puteri…kalau korang sesat ke Melaka..singgah Pantai puteri untuk mandi-manda pastu pekena Yong Tau foo sup yummy….So pagi tu lepas kemas rumah dan masak (mak dengan adik aku Ana yang masak) aku basuh baju dan sidai baju serta kemas rumah. Lagi sorang adik pompuan aku tu dia ada malesss sikit so dia buat dek aje bila orang buat kerja biasalah tu. Kami pun pack2 makanan, kebetulan haritu mak masak lada…memang le feveret kami… then berangkat 2 kereta ke Pantai puteri. Makcik dan pakcik memang dah ada sebab pakcik masuk pertandingan GP Joran tu. Kira cam berkelah bila ramai ke sepupu sepapat aku serta makngah anak beranak pun join sekali. Kira cam best lah jugak melepak pasang khemah, makan-makan sambil tengok orang ramai dok memancing. Nanti bila sempat aku masukkan gambar masa GP joran nanti.



Entah apalah yang best sangat balik kampong aku pun tak tahu…hunny pun sama berebut2 nak balik kampong dia sampai kekadang tu bermasam muka gak kami sebab selisih pendapat berapa hari nak balik Muo berapa hari nak balik Melaka. Lagi-lagi kalau jumlah cuti tu ganjil. Yang peliknya tu balik kampong pun bukan buat apa sangat. Hunny selalu balik kampong pagi kalau hari tak ambik kelapa sawit dia akan tolong mak atau abah gi noreh. Aku plak balik Muo memang kena jadi chef. So kerja aku memasak mengemas rumah selain dari menguruskan Ilman dan Deena. Selebihnya mengadap ASTRO. Cuma belah petang kami ronda-ronda kampong naik motor, pi tengok lombong yang airnya kehijauan. Atau pun kami pi pekan kundang makan aiskrim bawak deena dan Ilman gi taman mainan dan tengok sungai.



Kalau kat Melaka camtu jugak cumanya Melaka ni best sikit sebab nak gi shopping tak lah sejauh berbanding dari Kundang Ulu nak ke bandar muar. Kat Melaka di selain dari tempat macam mahkota Parade tu kami suka gak ke Melaka Central atau pun kalau korang ke Melaka jangan lupa singgah ke Cowboy atau Sakan di masjid Tanah. Rambang mata dibuatnya Cuma sediakan pulus aje. Tahu2 duit kuo macam air.

8 comments:

Anonymous said...

akak pon suka banget balik kg!!!! lagi2 kalau mak akak masak mee bandung...uih....

NONIE AZIZ said...

aku pun sengal gak kalau balik Muo tambah2 sejak MIL meninggal...sunyi jer...Tapi baba kalau balik kg dia selalunya 2 hari satu malam jer...tak de apa nak buat!!kalau balik kg aku...yahoooooo...seminggu mmg sah dlm tangan...

dzirhans said...

mood petrol naik dah okay ni ... bile lak nak buat entry permulaan pertemuan ngan hunny tu ...

lempoyak said...

aku ni kalo blk melaka jrg dpt beronggeng.. masa byk habis dgn family, maklumlah jrg blk. Jgn tak tau melaka central tu dr bukak sekali je aku masuk tu pun pasal sesat nak carik kedai kek tak silap sebelum puasa lepas.

Kalo blk kg huby aku boring sgt.. tak de apa2 aktiviti. kalo blk kg dia aku jd janda sebab masa dia byk dgn kengkawan, mlm pun pi tido rmh kawan. Aku....pandai2 lah bwk diri.

aNIe said...

Balik kampung...errmmm...balik umah bapak best!!!...tapi jarang dpt balik sana....huhuhu...sedihnya

kopi suam...Yong Tau Foo kat Pantai Puteri tu memang best...kak lady kalau balik Melaka lama sket mesti ajak hubby pegi makan Yong Tau Foo sup kat sana...hingga menjilat jari....bestttt....

Kopi Suam said...

dd,
insyaALLAH kalau ada rezeki adik aku jadi le orang BP pulak..so nanti boleh le aku shopping sakan Osh Kosh Bgosh kat sana

MR,
apa sengal-sengal...sakit tulang ke hikk hikkk....len kali balik Muo tu calling le..kot le boleh kita gi berkelah kat gunung ledang

Dzirhan,
hmm mood aku makin teruk le lately... :( tunggu le bila aku rasa rajin dan terpanggil untuk bercerita...ko pun excited nampak :) kenapa ekkkkk

lempoyak,
sesekali balik kampung tu panjang2 kan langkah..rugi melaka makin lama makin membangun...banyak tempat yang nak kena lawati

kak lady,
lenkali kalau akak ngan kak sya balik umah bapak akak pastu ada plan nak pekena yong tau foo..tepon laa saya..dari umah saya 5 minit aje....

dah lama pembaca blog setia tak hantar komen..mana dia ekk....

Anonymous said...

Saya pun suka la sesangat balik kg lelebih lagi kalau kampung sendiri. Tapi jauh sikit la dari tempat akak. (Sg Rambai).

Kalau balik kg x singgah di umbai memang ralat. Balik pun sebulan sekali je. Tak tau dah nak ke mana sebab tak berapa familiar dengan area m'ca.

Lepas ni boleh minta tolong akak KS guide ke tempat2 menarik sekitar m'ca. Balik2 kalo pulang ke kg, gi mahkota parade, umbai, mahkota parade, umbai, makcik dah buhsannnn...

Kopi Suam said...

Bird :)

boleh2 tak de hal punya...sungai rambai tu kan dah sempadan muar..akak dulu nak balik ke sekolah memang lalu kat situ...


sekarang ni kat dataran kesang tu best jugak dah ada mainan jeep, kereta dan motor untuk kanak-kanak...

selalu kalau kami balik muo rumah MIL suka ikut jalan lama dari ikut highway...