Semalam aku training kat Subang tetiba cik abang aku call. “Free ke nak cakap ni. Boleh tak teman saya pergi Subang Jaya petang nanti?” . Aik apasal plak ni tiba-tiba aku tersyakwasangka…panjang lebar mukadimah cik abang aku pasal kenapa dia nak gi SJ tu sambil beria bercerita dalam phone.”ala pergi sekejap aje kita tengok dulu, betul kali ni lain. Ni bukan gores dan menang tu”. Penat dan berbuih gak aku nasihatkan dia. “Malas lah yang, tak payah pergi lah tu semua tipu aje sama macam yang kak Zaharah masuk tu”. Aku dengan alasan aku yag tersendiri. “Tak payah bayar”. Kata hunny lagi. “Dapat kete, ada kancil, ada V6, paling cikai duit RM8000”. Aku kata lagi “mana ada orang yang kaya dengan senang mcm tu yang”. Memang pelik betul hubby aku kali ini tak pernah-pernah dia buang tebiat macam ni.. Segagah-gagah dan secerdik-cerdik dia tu tertipu juga dengan jurual yang baru berusia 17 tahun.
On the way balik kerja aku singgah SCP. Tengah-tengah shopping tiba2 aku dapat 4 sms berturut-turut dari hunny
- balik awal sikit tolak 6.45 sembahyang Maghrib kat Subang Jaya. Nak sampai sana 8.30. Tolonglah kali ni aje, saya nak rasa mcm mana tertipu – ini arahan ke ni kata aku dalam hati.
- Dia suruh pakai cantik2 untuk ambil gambar masuk surat khabar. Check pemenang utusan 11/2. The Star 18/2. Bukan nak kaburi mata
- Hadiah yang tinggal Perdana V6 x 2, TV Sony Wega 42” x 5, Kanacil x 5, Microcomputer Stovex x 1 (yg ni kalau dapat terus balik) dan RM8000
- Last sekali tak nak pergi tak apa.
Aku memang suka option yang last tu…aduh Salihah, tapi aku sungguhlah kasiannkan suamiku yang tercinta yang sungguh sangat beria-ia nak menang itu ini bagai dan nak cuba menjadi jutawan dengan cara yang mudah. Memang aku ingin menjadi isteri mithali mengikut segala kehendak dan mematuhi segala arahan suami. Aku ingin menyokong segala keputusan hunny . Jadi dalam hati yang memang berat yang amatzzz maka aku gagahkan juga kaki ini menemani cik abang aku ke USJ just for the sake untuk bagi dia puas hati. So kat dalam kete tu mula lah kami berlawak bodoh mengangan kan benda yang aku pasti memang tak akan berlaku. Hunny kata mungkin kete kancil kot..aku kata taik kancil pun dia tak kan dapat percayalah dan kami gelak2 lagi. Mula tu dia kata kedai tu kat Summit. Lepas sembahyang Maghrib kat Masjid USJ dengan langit yang mendung dan hujan renyai-renyai seakan tidak merestui langsung keputusan kami malam tadi kami ke Summit USJ. Sampai sana kedai tu dah tutup. Hunny memang fail bab planning ni. Bila dia check balik resit actually kedai tu kat USJ 10 Taipan. Mak dah bara dah time ni u oals tahu tak. Perut pun dah berkeriok kelaparan.
Oklah mak malas nak gaduh mak ikut ajelah apa kehendak hunny..kesian sungguh mak tengok hunny yang memang beria benar nak pegi dan mencari kedai tersebut. Peliklah I never saw him like this before. Kami sesat kat USJ 9, dan akhirnya kami jumpa kedai mangkuk tu di USJ 10/1D bersebelahan The Chicken Rice Shop. Take note ye u oals semua. Supaya lepas ni jangan jadi mangsa seterusnya.
Mak kata kat hunny, “yang saya tunggu awak dalam kete, malas saya nak naik”. 10 minit hunny masuk kedai tu lepas tu dia turun semula bersama jurujual yang menjual pada dia. Rupany tanpa pengetahuan aku cik abang aku yang sungguh cerdik itu telah pun mendepositkan RM100 kepada budak hingusan itu pada hari Sabtu yang lepas. Hmm nasib baik aku tak de rumah masa tu sebab aku balik kampung, kalau tak harus budak iteeww mendapat maki hamun free dari mak. Lepas tu hunny pujuk. Jom lah naik kejap. Kejap aje. Aku ni memang lah dah tak selesa dengan baju kerja bagai. Oklah sekali lagi isteri mithali yang tak pernah ingkar arahan suami. Kami berempat naik atas. Aku masuk kedai tu aku dah dah terasa tak sedap hati sah this is the same scheme yang ayah kena tipu RM2900 untuk kerusi massage yang buduh itu, and also makcik Ida yang telah tertipu dengan water filter bagai RM3500. I don’t know how much kak Zaharah dah kena tipu.
Kami dibawa masuk ke satu bilik kecik yang konon2nya digantung gambar pemenang2 dengan replica kunci motor dan kereta. Ada sorang apek yang muka pun mcm penagih dadah , dengan mamat jurujual yang mcm tak lulus SPM.”Duduk kakak” . Apek penagih dadah menyapa. Aku dengar aje dia cerita kat hunny. Pastu aku kata, bukan saya dengar benda ni banyak tipu orang ke? Direct aje aku sound. So itu apek penagih dadah pun bagi lah berbagai alasan yang sungguh menjijikkan telinga aku mendengarnya tergagap2 nak menjawab. Oh ya ALLAH aku nampak rupanya hunny dah sign form tu nak bayar RM3000 untuk 3 barang bodoh dan membolehkan dia membuat cabutan untuk hadiah2 grand seperti yang dinyatakan.. Malas aku nak tunggu aku mesti bertindak sekarang aku capai tangan deena dengan selambanya aku keluar dari bilik ittewww dengan machonyer.
Dan alhamdulillah nasib baik I’m the one and only CC holder, dan alhamdulillah jugak en hunny bunny bunch tak bawak cash yang menimbun. Malas aku nak layan aku tunggu cik abang di dalam kereta dengan hati yang meluap2 tahan volcano aku harus control marah supaya perang tidak berlaku di dalam kereta. Ohh sungguhlah menyedihkan kejadian malam tadi dan memang aku tak akan lupa sampai bila-bila. Oh lah en hunny bunny bunch..lain kali tolong lah convince timbalan menteri kewangan awak ni dahulu sebelum awak nak sign apa-apa form. So u oals kat luar tu jadikan lah iktibar perkara yang berlaku pada kami malam tadi. I wasn’t good at all buang masa and quality time kami anak beranak, buang duit minyak, buang tenaga kami. End up hunny rasa menyesal duit RM100 terbang mcm tu aje belanja aku makan lagi bagus, kami pun perang mulut sekejap dalam kete tapi knowing me very well aku ni kan penyabar yang amatzzz jadi berdiam diri tu adalah lebih baik. Demi awak yang..apa-apa pun boleh…tapi ni sekali aje lah yek….lepas ni ya ampun…
16 comments:
hmm....sabar kak.saya dah bace sume post akak.saya tertarik dgn topik akak.very interesting...boleh buat jalan cite.kalo create a novel i think boleh laku...hehehe jgn mrh.hmm whatever...teruskan menulis.menulis atau mencatat cara terbaik yg boleh luahkan perasan...bagi sestgh orang la.....teruskan usaha...chayo...chayo...n ganbatei kudasai.....
sabar ajerlah..dah nak kena tipu..
mak aku hari tu kena dekat dua ribu lebih tak dpt kereta pun yang daptt filter air, mesin urut badan!jahat betullah dewang ni!!
Hai camnela akak nyer husbn yg tepelaja camtu bole temakan pujuk rayu jurujual tuh.. Akak kata akak nyer husbn tuh berat mulut, ble lak berckp dgn org tuh. Kan lebih baik borak dgn jiran tetangga ke, kengkawan ke lebih bnyk paedah..
setiap orgada kelemahan diakan..sib baik menteri kewangan ni tegas
cayala!!!
inilah namanya MARKETING, derang ni dah siasat sumer manusia nyer behaviour dan gunakan kepakaran untuk memasang jerat. manusia pendiam guna skil type A, manusia melawan guna skil type B. so walau dah byk citer org kene tipu kuar paper still akan ada org kene tipu lagik.
Anonymous1,
terima kasih sebab sudi baca blog akak...jenguk2 selalu occayyy :)
************************
Bat,
nasib baik baru bayar RM100 aje...kalau 3000 mahu nak kena pancung cik abang kita tu
*******************************
MR,
aku rasa dah banyak kali sindiket mcm ni kena serbu dengan KPDN kan...apasal diorang ni still wujud lagi ekk..mak kau pun dah jadi mangsa jugak...sama cam ayah aku...
*****************************
Anonymous2,
itulah pasal akak pun pelik. Selalunya kalau jurujual datang dialah yang paling tak suka nak layan atau buka pintu. Mungkin dia boring kot sebab kebetulan masa tu kitaorang semua tak de balik kg. Tu lah akak kata kat hubby "yang agaknya awak ni dah kena pukau kot"
************************
IV,
sib baik aku blah cepat2 kalau tak ngan aku2 sekali kena pukau. Kelemahan hubby ni kot nak dapat benda ngan cara mudah iskhh tak logik langsung...aku ni timbalan menteri kewangan aje...cik abang tu yang menteri kewangan penuh mcm Pak Lah...syukur alhamdulillah
Ya Allah, suspen nyer dgr. Satu yg baik yg saya nampak your husband mmg beria ajak zira, instead kalau dia pergi sorg? Things will be even worst tak ke? Ke sbb zira yg pegang cc ? bagus jugak share benda2 ni dgn semua org, tapi kan zira, kadang2 ada terfkir, zira citer panjang lebar ttg your financial state, your whereabout, gambar dlm rumah etc, kalau ada org nak buat apa2 yg tak baik, dia blh dpt maklumat terperinci just from your blog dan fotopages, sorry, but I thot this can be very dangerous. Tak ke?
just a thot.
Macam tulah dunia ni sekarang. Kalau tak betul2 memang kena con aje....
Kak Lady & hubby pernah terkene dulu....mulut jurujual tu bukan main manis lagi bila menyapa kita & memuji2 kita masa memula kitorang sampai...kak lady dah tau ni mesti kene beli barang walaupun pada mula dia kata diorang bagi barangan percuma sebab nama hubby terpilih antara mereka yang bertuah...
Seb baik tak tertipu banyak...sebab sempat bagi signal kat hubby supaya balik aje masa tu...
Macam-macam sekarang ni...
En.Dzirhans,
tu lah aku ckp kat hubby aku that's how they do bussiness. Kalau tak dak janji manis mcm mana pelanggan nak terpengaruh..aku kena belajar gak cara marketing nak racun2 hubby ni..kotlah duit tu leh di channel kan pada aku kan lagi berkat :)
note: MR ajar ni, jgn mareee MR :)
*****************
Anonymous,
Memang pun sebab hubby pun cakap..tu sebab dia beria nak bawak akak...
tentang citer panjang lebar tu hmm memang akak terfikir pun...lepas ni akak ingat fotopages akak letak password..kalau awak nak tgk gambar awak email kat akak ok...
blog plak lepas ni akak akan lebih berhati2. Kita pun tak tahu siapa baik dan siapa jahat dalam alam ciber ni. Thanks sebab ingatkan akak.
*********
Maklang,
memang betul pun kena lebih berhati2. Prinsip saya satu aje..manalah ada orang senang sekelip mana dnegan gores dan menang ni. Baik le tukang jual tu buka kad gores tu dan ambik kereta tu untuk diri sendiri..kalau betul le...secara logiknyer la kan...
********************
Kak lady,
Tu lahh mcm2 tektik depa ni...saya ni kekadang kesian pada yang dah tertipu dok kumpul duit beria2 nak bagi cukup 3000 bukan sikit tu kan..tapi kena macam ni senang2 aje duit tu nak kuo...sebab ayah saya pun dah kena..sanggup kuo duit tabung haji pasal nak beli benda2 yang dijanjikan...itulah pasal saya ni anti sikit kalau jurujual datang dari umah ke rumah nak wat survey dsbnya.semua tu memang ada udang disebalik meee...
kalau udang sebalik mee makan memamng yummmyyyy
My hubby pernah ecxperienced, itu pun dia sekadar nak pergi lihat hadiah yang ditawarkan sbb dia org kata we all dah menang lucky draw....dia org pujuk hubby beli barang, bila hubby tak mahu, dia org paksa juga. Nasib baiklah hubby ni jenis yg fikir panjang, tak mudahlah termakan pujuk rayu gadis2 comel yg dihidangkan oleh syarikat ittew...My friend pula, nyaris nak jadi police case sebab syarikat tu tak mahu pulangkan IC dia org selagi tak bayar. Sampai malam dia org pegang IC tu, bila my friend ugut nak buat police report, barulah dia org pulangkan IC, itu pun dia org macam gangster. Pastu, satu hal pula my friend meredah malam dengan wife dia sebab lupa parking kete kat mana...sejak tu, dia serik dan tak mahu percaya bila org kata, "Encik telah memenangi percutian di Bayu Beach Resort"....
Tahun 2002, X pernah kena... tapi kak sya bagi dia idea cuba bagi chek 200.00 kalau masa scratch menang kita masukkan lah duit tu kalau kalah kita cecepat cancel cek tu. Pastu bila scratch dapat ler ntah barang harga 2000 (kata mereka lah) dan kata kami leh bawa balik bila cheque clear. Gasaklah cheque kami cancel barang kami tak amik
Skrg ni kalau ada org mcm tu lalu dan nak masuk rumah kak sya kata .. kawasan sini kalau jumpa orang mcm u dia orang nak pukul. terus depa larik
la..saya pun kena ngan grup ya samalah ni...tapi, amoi tu dtg rmh (adalah 10 minit dia terpacak kat pagar tu, tak kuasa dijemput masuk)..siapla dia perayat ngan saya, dia kata saya blh menang keta itu ini..samalah, siap suruh p tpt awak n suami p...tapi, saya ni maleh nak percaya..biarkan amoi tu abih ayat dia..dan saya kat tq sajalah. tak kuasa melayan. nampak frust muka si amoi..yg maleh tu sbb awal2 dia kata saya kena bayar sekian sekian utk dptkan keta kancil tu..tau dah, penipu haprak
Juita,
diorang tu memang very convincing...hmm kalau tak betul2 memang kita senang sungguh terpedaya dengan cakap mereka tu. I pun pernah dengar jugak worst case sampai tak nak pulangkan IC...for my case mamat cina tu keep smses my hubby siap kata camni "abang sembahyang dulu banyak2 ok, nanti mana tahu boleh menang itu kereta".
Kak Sya,
Saya dah lama anti dengan jurujual dengan survey door to door ni
Syikin,
Nasib baik awak tegas syikin..padan muka amoi tu...
lps baca entry ni tringat citer kami nak smbut anniversary kat carrefour subang...kuar dr kete, cina poyo datang serbu kami...konon just nak mintk tolong tmpl sticker product kat kete kami...dia bg kad gores n menang..sben punya TERIMA KASIH...aku punya TAHNIAH...so melonjak macam beruk kena belancan cina 2 ekor tadi..masa tu mengandung anak kami yg sulung...ONG la aku masa tu katanyer....
pendek citer dia ajak kami pegi ofis dia...siap suh kami blanja lagi bila dpt kancil @ perdana...huuuhuuu...kami cam org bodo jer ikut..
pendek citer..kami kt x der cash 3000 tu..dia mntk kad kredit..sben senang je bagi..sbb igt just nak check jer..tau2 dia dah swap duit 1500..just tambah lam 1500 je lagi...pendek citer lagi..dah baya seme baru gores...tau apa dapat..urut kaki, mesin jahit kecik, filter water...aku masa tu rs nak nangis sagt...esoknyer sben kol ugut dia nak buat report kalo x bg tukar barang....so dia bagi...tulah...aku pon bodo sgtr masa tu kn tipu....len kalo korang kena libey hati2..sbb skrg tren gores menang tu da stat xtive balik...
Post a Comment