Wednesday, April 05, 2006

7 weird habits

Yati penat akak dok fikir apa le 7 perangai pelik (tabiat canggung) yang akak selalu suka buat ek…buntu gak nak cari idea ni tau :). Fikir jangan tak fikir

  1. Suka sangat dengan lagu2 rock melayu specially yang jiwang2.Tak kira dari kumpulan apa pun So setiap kali buka Retro sinar kalau keluar lagu lama2 tu sure volume radio sampai 30. Kalau kat TV buleeh melangut tak jadi kerja kalau keluar si Amy Search menyanyi lagu2 lama. Pastu yang tak tahan tu siap ikut nyanyi jugak volume suara sama kuat dengan suara penyanyi dan boleh hafal lirik lagu2 rock yang lama tu. Laayaaannnn janji rawk (tiru Uda). Hunny diam seribu bahasa tak terkata dan faham sangat perangai wife dia yang rock karat ni. Iskhh kekadang bila kelakuan camni rasa macam tak matured langsung aku ni.

  2. Setiap kali balik kg mesti nak pergi pantai samada mandi laut atau berkelah atau just lepak-lepak atau sekadar lalu aje kat situ. Kalau tak turun pijak pasir pun tak apa tapi lalu tu memang satu kemestian. Dapat tengok air laut kat kampung tu memang dah bagi satu ketenangan yang tak boleh dapat kat mana-mana sebab terlalu banyak memori indah dan imbasan sejarah yang boleh menerjah benak secara tiba-tiba bila berada di pantai itteww. Yang peliknya mesti nak laut kat kampung jugak baru feeling tu boleh datang.

  3. Dalam banyak2 kerja kat umah menyapu sampah dan bakar sampah kat laman paling digemari. Bagilah sapu seluruh kawasan umah pun sanggup lagi-lagi kalau daun yang disapu tu kering dan banyak. Lepas tu suka bakar sampah timbus2 banyak bagi asap2 putih keluar berkepul2. Pastu berangan dari asap tu nanti akan keluar jin. (Tu sebab aku jadi main contractor sapu sampah kat umah MIL kerana ianya adalah sebahagian dari hobi pelik aku). Tak payah suruh pun tak apa…memang aku geram tengok daun yang berguguran kat laman umah.

  4. Suka cium Ilman setiap kali dia baru bangun tidur. Suka cium air liur basi anak bujang aku…baunya memang syiookkk sekali….heeh hehhh boleh jadi ketagih dibuatnya. Tak percaya korang cubalaaa…tapi air liur anak lelaki aje lah bau dia lain sket dari air liur anak pompuan…(yang baby aje tau)

  5. Suka tarik hidung hunny kuat-kuat specially kalau dia tengah dok berbaring tengok TV. Selalunya tangan aku memang sempat kena tepis tetapi kekadang berjaya jugak keehh kehhh kehhh kekadnag hunny malas nak layan dia biarkan aje :) – Saja suka nak kacau.

  6. Tabiat ni sejak aku sekolah lagi sampai le ke hari ini. Aku ada satu stage perasaan geram kat orang dan suka menggigit tangan depa specially budak2. Kekadang bila tiba hangin tak betul tangan hubby pun aku gigit sekali…sekuat hati occcayyy..Geram betul. Yang selalu jadi mangsa tangan deena dan peha Ilman yang mcm Michelin ittewww… geram mama sampai merah2 tangan anak aku bekas gigi aku ni…heehh hehhh..zalim betul

  7. Last but not least sejak kecil bila lepak sorang-sorang tak de kerja atau tension aku suka berangan-angan menjadi anak orang kaya atau jutawan. Masa kecik katil tingkat kayu tu aku buat macam khemah. Dalam tu aku pun akan memulakan aktiviti berangan aku ittew. Jadi anak orang kaya yang rumahnya ada bilik bawah tanah, bilik bacaan yang ada fridge penuh ice cream dan chocolate yang lazat-lazat dan enak-enak belaka. Di hari ini pulak selalu beranganr kalau jumpa duit kat tengah jalan berjuta-juta…dah tahu apa nak buat berapa amount nak simpan, siapa nak kasi. Dan angan-angan yang sama memang tak pernah pudar sejak aku sekolah rendah sehingga hari tua. Tapi kan best kalau jadi jutawan betul tak…angan2 ajelah dulu manalah tahu ALLAH nak kasi rezeki kan. Tak salah angan-angan…


*wonder apa yang hubby angan2kan masa dia kecik-kecik dulu sampai dia begitu obsess sangat dengan helicopter, kapal terbang dan permainan remote control. One thing for sure cita-cita hubby dulu memang nak jadi pilot pun.

Ok mangsa seterusnya ialah:

  • MR
  • Kak Lady
  • Ayu
  • IV

12 comments:

zino said...

kalau tak de baby kat mana nak cari air liur basi tu hehe..

Kopi Suam said...

Zino,
tu baby yang dah besar sikit kan ada kat umah...heehh takut zino aje tak larat nak cium air liur basi baby besar sorang tu :)

NBK466 said...

Biarlah daku sebagai dr. physiocology yg tak berdaftar nie membuat satu huraian dari 7 habitat2 yg ditulis:

Sifat 1 & 2 - tandanya pn seorang yg jiwangz karatz tahap manja gitu
Sifat 5 & 6 - tanda pn nie seorang yg brutal tahap Undertaker WWE
Sifat 3 & 7 - tanda kuat berangan
Sifat 4 - yg nie den pun tak paham lah...

He..he..he.. just joking...

WRA said...

aik...nama blog akak ada kat line warna purple tu eheheheeh....

waah...ramai gak mama rock kat blogworld ni ek?

Anonymous said...

i'm rockin also! ye yeehh! teringin nak berduet dengan papa rock!

Kaklong Syikin said...

takutnya ks suka gigit lengan org..hehe, biasalha geram.mcm masa anak saya AIman kecil, dia suka sepuk muka org yg tenguk dia dekat2..hehe

Sir Mute Key Chicks said...

lawatan sambil termenung.

Kopi Suam said...

nbk466,
Terima kasih doktor nampaknya ramalan doktor semuanya benar belaka :). Sifat no 4 tu aku rasa specific untuk kaum ibu aje kot :)

Kak Wan.
heehh saja bagi glamer blog kak wan..patut saya letak link kat situ kan..ok nanti saya buat :)

GT,
hang teringin nak duet ngan Amy, aku plak teringin nak duet ngan hang lagu jangan pisahkan...ada berani ke...heeh hehh lama dah tak layan karaoke ni...

Kak Syikin,
heeh hehh part geget geget ni memang tak dapek nak menolong diri sendiri heeehh geram aje tgk...hmm anak kita nam hampir serupa ALMAN and ILMAN


Semut,
Apa yang engkau menungkan ni hah ? heehh hehhh semuanya macam pelik tapi benaaarrr belaka

aNIe said...

alamak...jadi mangsa nampaknya...hehhe...nanti esok kak lady buat....nampaknya yang 1 & 3 tu kita sama lah...tapi kak lady minat kumpulan Exists...& Spring...lagu diorang jiwang2 semua...

tee said...

yang #1 tu samala kite... esp. Search... mau drop everything n melangut kat depan TV .

kasutVINCCI said...

waaa..best la layan rock ni. Tp yg tak tahan tu bab gigit anak tu. Tak sakit ke dia org? hak hak. Mmg pelik tol.

Ayu Mohamad said...

zirap,
ko lupa ke nak citer ko suka suh aku urut ko hahahahaha saje je,.. nanti eok aku sambut tag ko.ari ni kene tag dgn aidura jugak.. eosk ek.. nak balik dah/byeee