Monday, April 17, 2006

CP, Hi Tea and Wedding - Blast!

Rajin betul abang ni lepas buat kerja siap tolong sapukan rumah :)

Kerja-kerja pemasangan center panel (yang putih bulat tu) sedang dijalankan


Aku masuk kerja pagi ni dengan keadaan yang begitu fresh dan bersemangat sebab weekend aku baru ni amat menyeronokkan. Kadang-kadang walaupun perkara itu memenatkan tapi seronok membuat aku jadi lebih bersemangat dan ceria ditambah pulak dengan mood hunny yang sporting dan ok sepanjang weekend. Thank you yang muaaahh I love you. Projek center panel telah pun selesai dengan jayanya (ni gambar untuk tatapan Kak Lady, syikin dan kawan2 yang tak tahu apa itu CP). Alhamdulillah walaupun Sabtu tu aku tak leh nak concentrate sangat dengan kerja diorang (aku memang jenis yang suka monitor kerja orang) terpaksa bertungkus lumus masak kemas rumah, buat washing secepat mungkin sebab selepas Zohor nak ke umah Shima sebagai ketua pasukan projek memasak untuk Hi Tea.


Lepas hunny balik kerja aku dan deena pun memanjangkan langkah ke umah shima. Hunny dok umah jaga adik Man. Main menu petang tu ialah bihun sup tengkera (Kak Lady and Kak Sya tentu tahu ni). Lepas habis tolong masak dan buat apa yang patut dengan 5-6 orang geng TS aku balik untuk bersiap sebelum majlis bermula. Hi Tea memang blast and happening giller dengan kawan2 TS yang kebanyakannya first time jumpa tapi semuanya memang sporting2 belaka. Makanan pot luck banyak dan sedap2 belaka dan yang best kehadiran ramai kawan2 baru kat TS memang superb. Lebih kurang 40 orang yang hadir untuk majlis Hi Tea kami sabtu tu. Dan majlis petang tu yang bermula jam 5.00 tamat pada jam 7.30 petang dengan semua makanan habis licin termasuklah bihun sup tengkera yang kuahnya dah habis terlebih awal dari isi2nya. Dalam dok sibuk2 tu aku terlupa pulak nak snap detik2 indah kami beramai-ramai sebab aku yang sibuk handle majlis. Seronok sakan bersembang dan berbincang. Aku sampai umah 7.30 aikk bersihnya umah aku. Alamak baiknya abang yang pasang CP ni dia siap sapu segala habuk bekas kerja dia tadi. Thank you macam tahu2 aje aku dah keletihan. Memang keletihan yang amat sangat.


Ahad pagi nak kena bangun awal. CP ada dua buah lagi yang belum siap pasang kat area yang nak kena hack kipas dan lampu untuk bagi center. So pagi tu aku dan hunny sibuk menyusun perabot tolak jauhkan dari that area supaya senang depa sampai tak perlu nak tolak2 lagi apa yang patut. Kerja tu nanti pasti mengundang habuk yang banyak jadi kalau letak jauh sikit tak de le berabuk display and TV cabinet mak….Jam 9.30 abang yang pasang CP tu tiba dan teruskan kerjanya. Aku plak lepas aje buat breakfast buat pisang goreng siapkan air untuk orang yang bekerja. Pastu eko plak tiba untuk selesaikan baki kerja dia tempohari. Pastu sibuk calling Ayu dan Ina untuk gi wedding Nizam di Bandar Tun Razak. Maka sekoyong2lah kami bertiga ni 2 mak dara dan sorang anak dara yang sedondon berbaju merah bersama Deena menuju rumah pengantin. Sekali lagi hunny kena tinggal jaga Ilman..thank you yang (actually CP tu tak siap lagu so rasa berat plak nak biar orang tu buat kerja, pastu tanya hunny dia memang redha tak ikut kalau aku berkonco2 ngan member2 aku…heehh thank you yang) Kami tiba waktu tu pengantin memang tengah nak berkompang. Jadi dapatlah kami berkenalan dengan saudara Gitartong kita secara realitinya. Bersalam-salam dengan isteri pengantin dan bergambar juga bervideo cam. Komen ayu, hmm hensem gak GT ni..komen aku uishhh besar orangnya segak dan tampan…heeh heehh manis sungguh pengantin berdua pada hari yang cerah awalnya. Pengantin as usual busy lah melayan tetamu dan saudara mara…(faham kita pun dah lalui saat2 itu dulu)

Tu dia pengantin kita yang segak bergaya (budak gemuk yang pegang cawan tu yang suka cuit2 pipi deena geram mak)

Makan beradap

Kami makan tak hengat dunia…betul aku makan banyak sebab sambal daging tu sedapnya pastu lawan ngan rebung masak lemak dengan perut (jawa kata babat) yummmyyy pastu ada sambal tempe goreng kicap dan ada KFC…pastu bila aku nak ulang semula tambah malu pulak…heehh. Rasa mcm nak mintak berkat(kalau orang jawa kawin dapat berkat-tapau) aje dari nizam semalam…heehh tak malu sungguh aku ni. Malangnya makan dah habis minum pun dah habis hujan pun dah nak turun tapi kelibat orang yang kami dok tunggu2 tak kunjung tiba. Sekali tepon baru bertolak dari Shah Alam. Dua kali tepon kat Jalan Kelang lama. Apalah MR ni lama kami menepek muka kat situ sambil sembang2 menunggu MR tapi masih tak kunjung tiba. Sampai Deena pun sempat masuk toilet 2 kali menunggukan mamanya. Nasib baiklah lagu2 yang berkumandang semalam semuanya best2 belaka. Nostalgia betul lagu2 mamat exist…lagu masa aku form 5 dulu. Lepas tu dapat plak sms dari Zino kata dia dah balik. Alamak….huaraaghh hajat hati nak jumpa Zino gak tapi tak dak rezeki. Call IV kata mungkin lambat sebab hubby tak balik rewang lagi (aikk geng jowo lagi) teringin nak jumpa IV gak. Tunggu gak kot Kak Wan muncul sebab ada mentioned haritu teringin nak join. Akhirnya bila hujan mula turun, bila orang rewang mula kemas kerusi, bila kendarat start packing2 lauk dalam plastik.. kami berempat pun naik tebal muka menunggu, maka kami pun berangkat pergi dengan hati yang berat. Tapi masih tak putus asa nak jugak jumpa MR. Ishhh kuat betul aura MR ni. Dalam hujan yang rintik2 kami tunggu MR dalam kete. Alang2 menungu berjam2….hee apalah salahnya tunggu lagi setengah jam. Pastu MR tiba ngan hubby dan syaya sambil sengih2 dari jauh. Sempatlah kami menyapa bersalam dan berkenalan tak sempat berpeluk pasal hujan….ringkas dan padat sebab MR sure dah lapar giller.

Kenangan bersama pengantin baru nizam atau gitartong.blogspot.com

Begitulah kisahnya 2 hari weekend aku yang agak memenat tetapi menyeronokkan. Dan dua haritu jugak aku berjaya menambah lebih 40 orang kawan baru dalam dairi hidup ini. Dan yang paling best
dapat jumpa kawan yang kenal hanya di alam cyber. Semoga persahabatan berkekalan.

Delinn, Ayu and Deena

Mama and Deena

31 comments:

Ayu Mohamad said...

Zirap ,
nanti ko buatla gathering kat umah ko weiii.. buat pot luck.. leh ajak kengkawna blogger hehehe aku nak pindah dah ni.. mungkin minggu depan.. kalo aku dah pindah nanti..leh la kome dtg lak umah mak aku yg baru tuh hehehe

Sya said...

kopisuam kalau buat potluck blogger.. kak sya akan join, maklum le kira2 dekat le ngan rumah

Kopi Suam said...

Ayu,
nanti aku boleh masukkan dalam agenda..tapi dengan syarat kau ena datang tolong aku lah..kalau mak sorang2 mau patah pinggang. mak ni dah tak ligat mcm bujang2 dulu :)


Kak sya,
kalau blogger buat pot luck akak ngan kak lady saya wajibkan datang maklum le nak berkenalan dengan orang kampung :)

ibuVouge said...

wah bestnya baca cite kenuri GT ni
rugi sesangat..
MR asyik kena je ..hahahhah lenkali kalau nak gi mana mana korang amik MR kat umah..
nak jointy la pot luck

Kopi Suam said...

IV,
of course le kena join...ayu baru merancang KS baru dok fikir bilakah masa yang sesuai nanti le KS bincang2 kan...kita pakat ajak geng2 blog buat pot luck kat umah KS..insyaALLAH

Anonymous said...

buleh aku join?

Kopi Suam said...

oren,
tentulah bullleeeeehhh heehh heehh tapi belum tahu bila tau...huarghhh mcm ada gesaan aje nak suruh aku buat blogger gathering....heehh tentu aku akan fikirkan secara seriussss...

kasutVINCCI said...

jelessssssss nyer!!!Hik hik hik.Best aaa boleh jumpa bloger2.

Kopi Suam said...

KV,
Jomlaahhh pakat mai KL boleh le buat gathering dengan geng blogger

Anonymous said...

terima kasih! pada yang KS, ayu , Deena dan deena kecil kerana hadir. kasihan pada MR yang lost. tapi dapat juga jumpa dia, baba dan batrisyia.

tapi kenapalah tunggu dalam kereta? duduk sajalah bawah kemah yang memang dah tak ramai orang. saya ingatkan anda semua memang betul2 dah balik?

wuahaahahaha! seronok sangat dapat jumpa secara realiti itu! saya turut berbangga kerana dikatakan hensem. hahaha! salam dari orang rumah.

NBK466 said...

Oh...itu ler dia CP & GT..... Tahniah KS sempena complete project CP...pas ni project gapo dio pulak?
Kalau bloggers buat port luck, den kirim 'mangkuk tingkat' jer buleh?

Ayu Mohamad said...

ZIrap,
ko kan suka buat gathering nih hehehe apa lagik.. sebelum depa semua tu meletup, baik buat cepat... Oren dengan kak wan peknen tuh hehehe.. zirap kalo dah nama nya pot luck takyah le tuan rumah bersusah payah.. bab basuh membasuh kan aku ade... ko jgn risau leeee hehehehe.. harap2 b4 aku move to melawati la.. tapi takpe.. hubby aku kompom pindah mindef so anytime is a gud time la yer hehehe

eh I wonder mana la pegi nya si MR ni senyap jaaa.. aku sms pon tak reply

blackpurple @ jowopinter said...

rumah mirip2 istana la...hehehe

GT... sejak bergaya...ngarang kata orang jawa...

DeLinn said...

zira
mana lagi gambo2 lain? ada lagi kan?

Kopi Suam said...

Gitartong,
Huaargghh aku masih teringat lagi sambal daging semalam :). Terima kasih kerana melayan kami..hajat hati nak tunggu lama sket tapi malu...heeh heheh. Hensem memang hensem dah namanya raja sehari...satgi raja murka matilah rakyat jelata...salam gak untuk org rumah yang sweet itteww

ayu and ina mamat yang baju purple semalam mcm mana ? heehh hehh


NBK466,
hhee itulah menatang yang namanya center panel..dan itulah juga gambar jejaka hensem malaya en Nizam kita...lepas ni tunggu pulus dulu laa..pastu batu leh fikir nak wat projek apa plak...
kalau kami wat gathering kau datang le sekali dengan mangkuk tingkat tu lagi banyak tingkat lagi bagus hikk hikk bukan jauh bona...umah den kek kajang yo..aku ni beria aje..isskhh ayu ni memang tau!

Ayu,
kau sudah pukul canang seantero internet yaaa..takpe takpe...heehh hehh nanti le aku diskusi ngan kau..iskh ko ni..bab basuh pinggan memang aku tak risau ina pun ada kan :)...weii hang biaq betui...before hang move malawati..hang nak move next week kan..ini dah kira cam short notice aje ni...iskhhh iskhh iskhh ni buat aku tensii ni :)

blackpurple,
Iskhh jangan tertipulah BP...umah KS tu kat syiling aje cun...hehh lain2 hampeh.

DeLinn,
Nanti aku masukkan kat dalam fotopages aku occay...nanti kau ambik kat situ la :)...boleh ke tolong aku basuh pinggan time gathering nanti?

Anonymous said...

heh heh itu j\ker yg dinamakan CP..? ala ala brady ceiling lah yek..baru ku tahu..hikhik tau takpe..

*wink*

Anonymous said...

sungguh besaq ragam gitartong ittew..patut la nama gitartong...ekekeke...

jgn marah aaaaa.....

WRA said...

itu la Zira...akak terpaksa kensel sebab kena mengadap anak2 dan kerja rumah kakakakkakaka...tak pe la, insyaAllah ada rezeki berjumpa la kita...kurang2nya Delinn tu akak dah pernah jumpa kekekekek...2 kali lagi tu kekekek...

Kaklong Syikin said...

KS: cantiklah cp tu :).cornice pasang tak?

seronok tul dpt merias rumah sendiri ikut kehendak diri.tinggal sediakan duitnya je, ye dak?

mihun sup tengkera..blh mintak resepi tak?

bestnya hi tea..TS tu stands for what?

saya tak dpt dtg rmh GT tu, suami ada urusan,kebetulan baby Alia di penghujung demam (ari ni baru keluar campaknya).

Tengok gambar kengkawan blog ni..hisyy happening2 belaka orgnya ya :D

GT lak, tersasar drp bayangan saya yg saya ingatkan kecil, kurus n tinggi.ahaks. Isterinya, alahai..come lote :)

KS, jumpa LInggopoh tak? dia ni salah sorang blogger gak n adik GT.

Kopi Suam said...

Anon,
laaa ingat kan awak tahu CP yang mana satu...yang tengah nama CP yang kat keliling tu namanya cornice

oren,
memang besar orangnya lagak pahlawan Melayu Melaka

Kak Wan,
Saya pun memang lah dok tunggu kak wan kot nak muncul..tak pe nanti kita jumpa occaayy


Syikin,
Terima kasih biasa2 aje projek tu. Cornice dah pasang dah lama dulu..nak hias umah memang syok..tapi kenalah kumpul sikit2..

Syikin nanti kalau kita wat gathering awak datanglah ok. Linggopoh yang mana satu ek..alamak awat nizam tak kata apa...

ayu,ina linggopoh kita tak dan ak jumpa...yang mana

NONIE AZIZ said...

hahahahah...maks dah kembali mengganassss...Betul cakap IV tu...korang kalau nak ajak aku area2 KL ni hangpa kena jempaut aku dari rumah...baru tak sesat...muahahahaha...

Ayu Mohamad said...

MR byk la cantik muka hang hahahahaha.. tp yg pasti kan.. syasya mmg tomeiiiii.. aku sukak lesung pipitnya hahaha...

alaaa zirap.. rugi le kite tak jumpa liggopoh tuh.. patut le kau baca komennya gaya2 dia mcm ade kene mengena dgn si GitarTong tuh kat blog GT..
rugi eks.. :P entah2 pompuan y pakai spek baju biru yg peknen tuh tak?

Kopi Suam said...

MR,
manalah kau ni menghilangkan diri..semua lambat..nak jumpa kat umah pengantin pun lambat nak mengganazzz pun lambat gak ke keeehh keeehh keehhh


Ayu,
En linggopoh tu lelaki....adik nizam..dah kawin dah..aku ingat mamat yang duduk kat tempat hadiah sambil memegang handbag wife dia kot...yang pasti bukan mamat baju purple itu *wink*

NONIE AZIZ said...

Yang aku tau GT bagi tau aku Linggopoh tu adik dia...kaki dia retak...Terpelecok...heheh tapi aku tak jumpa dia pun!!!

tee said...

eh, jangan lupa jemput kite ye... teringin gak nak jumpa in real-life...:)

zino said...

kopisuam

perasan tak baby zino (baju biru) inteframe belakang pengantin tu..tapi yg baju kuning tu bukan zino hehe.. kami tiga2 pun biru hehe

tapi bila dah tengok gambar2 tu.. memang tak perasan pun.. agaknya masa zino ambik gambar kopisuam pun ada kat sebelah menyebuk ambik gambar sama hehe

Kopi Suam said...

MR,
kami pun tak jumpa gak


TEE,
InsyaALLAH kalau jadi harus dijemput sihhhh...

Zino,
La masa tu kami dah agak lama gak sampai..habis makan dah kot time pengantin makan tu..iskhh ishkk ishkk...camner ler leh tak jumpa ekk

Sir Mute Key Chicks said...

owh..patutlah orang kata bagai pinang dibelah empat.haha.rupanya si cikgu seorang pemain bola keranjang.haha.

anyway, memang meriah.


p/s: komen pasal kawan makan kawan di http://www.eisz.blogspot.com

Ayu Mohamad said...

zirap,
betul le tuh liggopoh tuh yg jaga adiah tuh.. isteri dia yg pakai baju biru yg peknen tuh la gamaknya sbb asyik dok kat situ jer hehehehe...

zino said...

cuba cek balik gambar2 yg lain entah2 ada terselit gambar dalam tu.. hehe

kaezrin said...

cantiknyer akak cp tuh sume...cayalah