Happy Anniversary yang ke 4 untuk kami berdua. Semoga ALLAH merahmati rumahtangga kami, memanjangkan kasih sayang kami berdua dunia dan akhirat. Semoga ALLAH menambahkan lagi rezeki kami dengan anak-anak yang soleh dan solehah. Yang semoga awak sentiasa dilindungi dan dirahmati ALLAH dimana jua awak berada. Semoga kasih sayang yang kita semai dan baja selama ini akan berkekalan selamanya. Saya tahu disaat saya menerima lamaran awak sebagai insan yang ingin bergelar isteri saya berjanji InsyaALLAH awaklah suami saya yang pertama dan yang terakhir di dunia ini. Awaklah pilihan saya yang tepat dan awaklah lelaki terbaik yang telah ALLAH jadikan untuk saya. Saya juga tahu disaat awak melafazkan akad nikah satu beban tanggungjawab yang besar telah terpikul di bahu awak. Yang saya berjanji akan cuba yang terbaik untuk mengekalkan kebahagiaan rumahtangga kita. Yang saya tahu dalam banyak perkara memang saya adalah punca segala masalah kita. Saya tahu dalam banyak perkara awak akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi hasrat dan kehendak saya. Saya tahu awak memang sayangkan saya dan anak-anak dan saya amat menghargainya. Yang saya minta maaf diatas segala kesalahan dan sikap yang terhadap awak selama ini. Memang saya tahu saya banyak kesalahan pada awak dan awak memang seorang suami yang sangat penyabar penyayang dan bersikap tenang dengan karenah dan sikap saya itu. Tapi Yang ketahuilah..saya terlalu menyanyangi awak, terlalu menyayangi anak-anak kita melebihi segalanya. Saya ingin awak dan anak-anak disisi saya selama-lamanya. Ya ALLAH peliharakan kami sekeluarga dan selamatkan lah kami didunia dan diakahirat.
Disaat aku menaip kata-kata ini airmata aku tidak putus-putus berjujuran. Aku teringatkan wajah DK(kawan Is masa kat UK) yang begitu tabah dan tenang disaat menghadapi kematian suaminya yang tersayang. Aku terbayangkan wajah anak lelaki mereka yang baru berusia 1 tahun 8 bulan yang belum sempat mengenal erti kasih sayang seorang ayah sambil melambai-lambai tangan ke arah wajah ayah yang tenang terbaring. Aku terbayang wajah mama Udan yang kerap kali menggeleng-gelengkan kepala disisi sekujur tubuh seakan tidak percaya anak lelakinya itu telah pergi menemui Ilahi. Dan hatiku tersentuh melihat wajah Udan yang tenang dan bersih menemui Ilahi. Al-Fatihah semuga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Ya ALLAH tabahkan hatiku ini. Sesungguhnya jika perkara ini yang berlaku pada diriku aku tahu aku tidak mampu menghadapinya. Ya ALLAH aku belum bersedia untuk kehilangan mereka2 yang terlalu bernilai didalam hidup ini.
Petang semalam selepas course aku dan Is terus bergegas ke jalan Gurney. Hari hampir senja sebab course kami habis pukul 6.00, Walaupun agak letih dan penat aku teman jugak Is melawat kawannya yang telah meninggal dunia jam 3.00 petang sebelumnya. kelihatan ramai saudara-mara serta kawan-kawan yang hadir. Ada beberapa orang yang sedang membaca Yaasin. Aku memerhati mencari DK tapi kelibat dia tiada sebab dia pulang ke Kg Baru untuk tukar baju (aku tak pernah jumpa DK sebelum ni). Bila DK tiba dengan ibu arwah suasana dalam rumah menjadi sunyi dan sepi. Semua yang hadir terasa begitu pilu dan hiba melihat DK menatap wajah suami yang telah tiada dengan begitu tenang dan tabah tanpa setitik airmata yang gugur. Lebih memilukan bila melihat anak kecilnya di dalam pangkuan melambai2 pada ayah yang telah kaku. Dan wajah seorang ibu yang menangis hiba diatas pemergian satu-satunya anak lelaki beliau.Aku sempat melihat wajah arwah yang begitu bersih dan tenang.
Balik dari melawat aku cuba menilai semula perspektif hidup ini dari arah yang lebih bermakna. Balik dari melawat aku peluk hunny kuat2 sambil menangis (kami masih honeymoon sekarang) dan malam tu memang aku mahu tidur dalam pelukan suami aku selama-lamanya aku memang takut akan kehilangannya. Resah gelisah aku untuk melelapkan mata bila terkenang apa yang aku lihat disebelah petang tadi. Ya ALLAH mudahnya untuk kita kehilangan orang yang tersayang dalam sekelip mata. Mungkin kita perlu ubah cara kita berfikir dan melihat kehidupan ini dari sudut yang lebih berbeza. Mungkin kita perlu lebih menghargai dan meluahkan kasih sayang pada orang-orang disekeliling kita. Mungkin kita perlu ubah sikap kita supaya lebih tolenransi dengan orang lain supaya matlamat kita untuk bina hidup yang bahagia dan bermakna dapat dicapai. Hidup bukan hanya sekadar untuk mencari keseronokan, kesenangan dan kekayaan hidup bukan sekadar harta semata-mata tapi hidup adalah tempat persinggahan sementara buat kita sebelum menuju alam yang lebih kekal. Soalnya berapa lama masa yang ALLAH beri pada kita untuk singgah dibumi ini. Berapa lama masa yang kita ada untuk menghargai orang yang masih ada. Berapa lama masa yang kita ada sebelum mata kita tertutup. Semuanya adalah satu persoalan dan teka-teki yang memang kita tak tahu jawapannya. Marilah pakat-pakat sayang suami dan isteri kita, sayang ibu ayah dan anak-anak kita, sayang kawan-kawan adik beradik serta saudara mara kita sebab kita tidak tahu bilakah masa kita dan juga masa mereka akan tiba. Ubahlah diri ke arah kebaikan kerana kita mampu melakukannya. Yang penting hati kita.

17 comments:
happy 4th anniversary zira
wishing you the very best in your marriage and for your family
semoga berkekalan kesihatan, kenikmatan, kesejahteraan di dunia & akhirat, insyaAllah
=)
*wink*
err.. satu lagi tazkirah hari jumaat yang begitu berkesan sekali disampaikan oleh KS...
thank u for the reminder... memang terasa sesuatu kalau terlupa nak cium tangan cik abang sebelum gi kerja... niway, marilah kita saling sayang menyangi sesama manusia...
i luv u too, KS.... he he he...
(reminder : dah gi berubat ke belum ? )
Anon,
Thanks...muahh insyaALLAH amin mudah-mudahan kekal hingga akhir hayat.
TEE,
heehh luv you tooooo...berubat alamak belum lagi...sabar yek..busy sikit beberapa minggu ni..kalau dah gi nanti sure akan dicerita dlm blog :)
sadis! saya masih mempunyai janji dengan isteri. insyaallah akan cuba dikotakan. bagus tazkirah pagi ini. insaf saya.
semoga apa yg di bina akan terus kukuh
terkesannya entry zira..rasa nak balik peluk huby dan anak anak sekarang juga..
happy annivessary kak zira & hubby
tak terkata camna rasa kehilangan org tersayang. tp deep down inside i am learning to prepare myself for the worst.
Happy Anniversary Zira...semoga Zira dan hubby akan sentiasa bahagia dan ceria hingga ke akhir hayat...
Sayangilah seseorang kerana Allah, bukan kerana harta atau paras rupa...insyaAllah segalanya akan baik :D
Semuga kebahagiaan BERGANDA2 dimasa2 mendatang...
aku lama dah nak letak lagu kat blog, ko ajar sket bleh?
Gitartong,
kalau sudah janji jangan lupa kotakan cepat :). Saya pun menjadi insaf juga
IV,
Sebab semuanya berlaku depan mata kita sendiri.Ok balik cepat peluk hubby
Elin,
You're really strong baby :)
Akak tengah belajar belajar jugak ni...
Kak Wan,
thank you...ya sayangi mereka kerana ALLAH...kita akan temui ketenangannya di situ
NBK466,
InsyaALLAh amin..kamu juga begiteeww
ontahsapo,
boleh nanti aku copykan codingnya..hmm kodroi untuk anak aku jangn lupa ok
selamat ulang tahun yg ke 4.. semuga terus bahagia.. sehingga ke akhir hayat ..
Selamat Ulang Tahun....
selamat...selamat...selamat...
Semoga terus diberkati Allah swt.. amin
DK ni sapa? dia YTN scholars jugak ke? Kalau bukan tak pe, tapi kalau yea, I want to know, mcm berita M yg meninggal Ramadhan lalu, YTN scholars. I wish we could have an alumni forum utk my batch, SPM92.
Tetiba aku rasa macam nak peluk baba...anyway Happy Anniversary. Semoga dimurahkan rezeki, berbahagia hingga ke akhir hayat!!
KS, mula2 saya baca entri awak ni hepi sangat..sampai saya aminkan setiap ayat yg awak berdoa tuh..
tp bila dah perenggan seterusnya..Allah, awak berjaya menumpahkan air mata saya...
DK tabah sbb dia dah bersedia akan pemergian arwah suaminya dan dia redha. Dia juga masih dlm keadaan terkejut. Tapi..lama2 dia akan mula terasa ketiadaan suaminya. kat situ dia kena betul2 kuat n tabah.
KS..MOGA AWAK BAHAGIA BERSAMA SUAMI DUNIA N AKHIRAT.
happy 4th anniversary zira. Moga terus dirahmati dan bahgia selalu.
zino,
terima kasih 4 tahun ni masih mentah darah masih muda banyak yang kami berdua perlu pelajari :)
BP,
InsyaALLAH semoga kita semua kekal bahagia bersama pasangan masing2 amin.
Anon,
DK bukan YTN scholar dia geng Is masa kat Nott dulu. M, Is memang YTN scholar. You mesti kenal dengan diorang...kalau you join NETS sure I kenal you sebab kita SPM sama batch and I pun YTN scholar tapi I study dalam negara.
MR,
peluk jangan tak peluk... :)
kekadang bila time kita gaduh2 tu manalah kita nak ingat benda2 ni semua kan. Itulah orang kata bla kita dah kehilangan benda yang kita sayang barulah kita mula nak menghargai tapi mungkin waktu u segalanya sudah terlambat. Kita belum terlambat lagi kan..
Syikin,
DK memang tabah saya kagum betul dengan sifatnya malah dia pulak yang tenangkan mak mentua dia. InsyaALLAH semoga kita sama2 bahagia hingga akhir hayat
KV,
amin..amin..semoga kita semua bahagia
Post a Comment