Pernah main mainan jambatan sudah runtuh tak masa zaman kanak-kanak dulu.Tempo dan lagunya sama seperti London Bridge.
Jambatan sudah runtuh sudah runtuh sudah runtuh
Jambatan sudah runtuh my fair lady - then orang yang ada bawah tangan tu kena ngap.
100 Juta sudah lebur sudah lebur sudah lebur
100 Juta sudah lebur, oh anak Pak Badawi (rakyat sekali lagi ke ngap)
100 Juta ringgit nilai pampasan yang perlu dibayar kepada kontraktor jambatan yang tak jadi dibina Gerbang Perdana. Satu jumlah dan nilai yang sangat tinggi terpaksa rakyat korbankan demi satu kesilapan yang memang tak patut berlaku. Aku memang sakit hati sangat bila perkara yang sama berulang, sama seperti kenaikan minyak tempoh hari. Silly mistake! By number one man in Malaysia. Still my question here is siapakah penasihat peribadi the no one man in Malaysia ni yek. Masih tertanya-tanya hari ni. Kenapa dan bagaimana TNOM in Malaysia boleh setuju nak gadaikan ruang udara negara dan memberi pasir kepada negara jiran demi sebuah jambatan. Hmm bukankah dulu lagi rakyat tak setuju berpiket ditambak Johor sebab tak setuju dengan langkah kerajaan itu tapi kononya mereka semua tu bijak... Desyummmm nah ambik penumbuk aku sebijik. Biar pengsan 8 bulan. The decision was made after taking into consideration the views and sentiments of rakyat jelata. Ya ALLAH apasal lah baru sekarang, why don’t you think about this before you start implement the project! Desyummmm nak lagi satu penyepak dari kaki kiriku ini.
Mandom sungguh negaraku ini. Hancur luluh hati dan perasaan rakyat dengan tindakan yang diambil oleh pemimpin negara. Hancur juga hatiku ini bila mengenangkan nasib kita yang kian hari kian ditindas.Bilakah semua ini akan berakhir agaknya. Tak habis lagi panas hati pasal harga minyak, tak habis jugak lagi panas hati pasal MRR2 40 Juta (kan elok duit pampasan tu digunakan untuk memperbaiki infrastruktur dalam dan luar Bandar). Janganlah kita terlalu berdiam diri kalau keadaan semakin kronik seperti ini. Atau alasan kita manusia biasa tak lari dari kesilapan. ALLAH kurniakan kita akal dan fikiran. Banyak bijak pandai dalam negara ini yang buah fikirannya jauh lebih maju, yang lebih layak diguna pakai dari pemimpin yang hanya lebih memikirkan perut, kantung dan poket masing-masing. Atau mungkin ada dalang disebalik segalanya. Suasana mandon kat opis pagi ni pun seakan mengerti perasaan aku yang tidak keruan ini. Benci sungguh dengan senerio kesilapan bodoh seperti ini.
Ok of course aku tak nak terlalu emotional but dalam kereta bila di sebut jumlah pampasan yang terpaksa dibayar kepada kontraktor rasa mcm nak sondol aje belakang bonto* iswara hijau yang bawak terhegeh-hegeh di lane kanan kat highway Besraya pagi tadi. Get out of my sight and out of suddent tanpa aku sedari bertalu talu aku sebut perkataan bodoh sampailah aku ditegur oleh anak dara yang bijak itteww…aduuussss geram betul. Sorry kakak mama bukan cakap bodoh…tapi mama cakap hodoh…sakit jiwa betul.Dan pagi ni selepas menerima email dari TEE yang amat mendebarkan perasaan dan hati aku aku menjadi semakin gelisah. Hmm mungkin itu juga satu punca aku sakit jiwa, jiwa memberontak, baran dan sebagainya. Aku akan ikhtiar juga apa yang patut. Thank TEE and abah.
14 comments:
Bila baca hal bodoh macam ni.. sapa agaknya yg bodoh.. pemimpin? tapi kita gak yg bodoh pilih depa?
hmm..tak heranlah kalau2 ini petanda keruntuhan kerajaan..
100 juta...blh menaikkan taraf hidup fakir miskin, perparitan n sungai yg penyebab banjir di negara nih..bla bla bla
untungnya kerajaan msia sbb rakyatnya kalau wat demo pun tak merosakkan rete..cuba kat luar negara tuh, habih rosak segala rete benda masy. mcm bakar keta, pecah kedai dsb..hmm jgn main2..lama2 angin amuk keluar...masa tu menyesal tak guna..jgn menangis kalau pilihanraya akan dtg tukar pimpinan kerajaan baru..baru padan muka tuh..sapalah penasihat yg tak bijak tuh?
kak Sya,
Dalam keadaan sekarang ni kita ni pun dah tergolong samalah kan dengan diorang yang buduhh itu..biasalah pemimpin sebelum mengundi hebat memancing lepas dapat kuasa lupa pulak kita2 yang tersepit ni....lagi menindas ada lah. tunggu aje lah election akan datang saya pun nak try gak pangkah logo lain rasanya.
Syikin,
Itulah G masih tak sedar rakyatnya memang berbudi bahasa, buat piket secara aman. Tak de pun nak rosak kan harta benda awam...Tapi jangan sampai terlalu menindas..diam buat kalah banyak strategi tengah difikirkan tunggu meletup aje ni...
pernah gak terfikir bahawa kenaikan rega minyak ari tu dibuat sebab nak cover cost pampasan ini.. arrgghhh... tipah tertipu lagi...
or is it, penasihat Pak Lah tu sebenarnya musuh dalam selimut or gunting dalam lipatan ?
pernah jua anda terfikir bahawa semua ni jadi masa Pak Lah memegang tampuk pemerintahan ? dan bukannya masa MM jadi PM?
pernahkah jua anda terfikir bahwa bencana alam yg menimpa Malaysia ada tersirat dalam tersurat ?
pikir jangan tak pikir....
KS, selagi bole tolong kite akan tolong... alaaa... sikit je tu... tu pun mujur kite tak charge consultancy fee... he he he...
Tee,
KS pun fikir benda yang sama kenapa masa MM dulu tak de pun terasa mcm ni padahal MM dulu lagi banyak yang benci banyak yang bangkang. PL ni kira mcm popular by demand...aduhhh apakah ada konspirasi disebalik tabir yang tak didedahkan. Kenapa dia nampak alim warak tapi terusan diuji. Apa petanda tu ek..kita yang silap menilai ke..atau memang sahaja ALLAH bagi ujian yang maha hebat pada dia ke untuk uji keimanan dia...wallahuaalm
Tee nak kena bayar consultancy fee ke? heehh awat tak habaq awai2 no.... :)
akak diberitau, salah satu punca G sekarang menang masa PR dulu tu sebab diangkut berbas2 pengundi hantu...ini dari sumber2 yg amat berbangga kerana mereka merupakan diantara supplier kepada hantu2 ini...dan mereka mendapat pulangan yg banyak kerana ini...wallahualam, kalau tipu org tu tipu lah akak.....
tu satu hal, ni SIQ tu nak jadi apa? memang la katanya akan berjalan jugak, tapi apa lak fungsinya tu? lama lama tak jadi gajah putih gak ker..? tak pun beruk putih....
Kak Wan,
Itu bagai senerio biasa setiap kali pilihan raya. Mungkin dah tiba masanya untuk kita semua bertindak.
ontahsapo,
SIQ tu lepas ni memang sah jadi projek gajah putih..hmm beruk putih kecik beno....projek dinosour putih....nak halalkan ke tak nak duit kita yang diorang dah salah gunakan ni.
Lain kali cakap DOH jer jgn BODOH...Ha...pangkah lagi pangkah...hehehe..ayat yang baba selalu cakap kat kwn2 dia bila bab minyak naik...
huh "Org kita yg mudah lupa".. dah berkali2 terkena..
Berakhirnya riwayat sebuah jambatan so-called 'scenic bridge'...(kununnya)
Kerajaan tak rugi... Singapore tak rugi... 'Semi Value' tak rugi.... Gerbang Perdana tak rugi....... RM100 juta pampasan tu rakyat yang rugi.....
Selalunya apa yang terjadi banyak yang tersirat dari yang tersurat...macam permainan dlm politik...apa yang tersurat tak sama dengan apa yang tersirat....
Yang pasti rakyatlah yang menanggung segala kerugian dan musibah yang timbul akibat dari permainan politik mereka....
"Tak banyak pu...100 juta shaja".
Sakitnya jiwa, dia kata tak banyak...Memanglah pada dia tak banyak agaknya...harta dia aje berbillion gaknya... Kita yang dengar nih...kesian rakyat...duit kita lebur begitu je....
kadang2 nic terfikir.. Pak lah nampak islamic and apa perkataan tu.. lupa plak. Tapi, tak takut ke paklah jadi pemimpin yang mcm nie.. ke dia tak tahan kena pressure sampai dok coming out with stupid decision.. tengoklah, sepanjang dia jadi PM, semua decision seems to be so wrong..
I totally hate it much more bila najib plak tak abis2 ckp suh ubah gaya hidup, jimat keperluan harian.. tgk sket diri sendiri tu.. eiiii.. Im not a fanatic in politic, tp bila keje dlm bidang teknologi, and yet.. masih ramai org takleh make use of the technology because of high price.. I rasa benci sangat. Di sebabkan mende2 lain kita membazir, byk facilities yg kita tak mampu nak rasai.
nic
Post a Comment