Aku dok bertungkus lumus menyiapkan user requirement untuk CSI project kami. Dokumen pun dan siap cuma nak final review ngan team member dan insyaALLAH by Friday aku present pada user kalau diorang ok terus sign off sekali dan part kami selesai. Projek yang satu lagi dengan Logistik tu baru nak aktif semula. Tadi dapat email kata Khamis ni kami start meeting semula untuk project implementation. Huarhh lepas ni ntah busy atau tidak. Kalau busy sure tak boleh nak update blog mcm selalu.
Malam tadi aku terjaga masa hunny terjaga. Kebetulan masa tu adik Man pun terjaga sekali dan menangis. It’s about 1.00 am. Rupanya malam tadi hunny duty meronda. Oklah aku lelapkan mata semula. Setengah jam kemudian aku dengar hunny buka pintu. Aikk tak duty ke harini. Rupanya depa dah tukar jadual meronda baru. Kami tak dapat pun jadual baru tu. Atau diorang masukkan dalam post box sebab aku tak check dah lama dah ni. Kesian kat hubby aku. Anyway bagus gak at least dia bangun dan nak join the team. Itu satu pencapaian yang sangat memberansangkan bagi aku…..big clap for my darling yang tak berapa nak reti bersosial. Mungkin pelik bagi orang lain but for me..itu menunjukkan yang hunny ni beretanggungjawab orangnya. Dia buat atas dasar rasa tanggungjawab walaupun aku tahu dai tak suka.
Orang kata hunny pelik…aku pun kata macam tu masa mula-mula kenal dia. But actually hunny tak pelik Cuma dia tak pandai nak sembang2 macam lelaki2 yang peramah kat luar sana. Aku jadi tukang ajar untuk dia bersembang. Selalu aku pesan kat dia kalau awak tak nak sembang tak pe lah tapi kalau nampak orang tu senyumlah sikit jangan serius sangat. Nanti orang kata awak sombong. Hmm kekadang dia ikut kekadang dia buat dek. Memang perwatakan hubby aku camtu tak reti nak senyum tak pandai nak beramah mesra tapi kalau orang bersembang ngan dia akan balas balik lah..tapi sepatah orang tanya sepatah ajelah dia jawab J Aku melihat suami aku pada aspek yang lebih positive. Lantaklah orang nak kata suami aku apa, macam tunggul ke apa ke alhamdulillah… I accept that itu diri dia character dia itu kejadiaan ALLAH jadi kalau kita mengutuk kejadian ALLAH berdosa. Sama jugak kalau kita kutuk orang yang mukanya tak cantik, hodoh, hidungnya pesek, matanya besar sedangkan itu adalah kejadian ALLAH. Dulu2 susah gak nak terima character hunny yang agak pelik tu sebab aku ni dah le jenis sosial suka berkawan ramai kawan suka nak bergather2 ngan kawan-kawan tapi hubby aku plak sebaliknya. Nak ajak ke majlis memang satu masalah bagi diri aku. Sekarang2 ni dah oklah sikit
Apa-apa pun bagi aku dah cukup baik ada seorang suami yang begini, bertanggungjawab terhadap anak-anak, tak naik tangan, tak naik kaki. Bukan pemarah, tak tinggal sembahyang. Kalau gaduh pun tak de lah sampai porak puranda jadinya. Kalau gaduh kami lebih suka berdiam. Diamlah sehari dua hari masuk 3 hari aku yang selalunya kalah. Memang isteri kena mengalah dalam banyak hal...Kekurangan yang lain tu aku tutup mata ajelah sikit2 .Yang mana aku boleh tanggung aku tanggung walaupun dalam hati mungkin ada yang masih tak puas hati. Mana ada manusia yang sempurna dalam dunia ni kan. Aku sendiri pun tak sempurna. Kalau nak ikutkan puas hati memang semua benda tak puas hati. Hunny pun tentu banyak benda yang dia tak puas hati dengan aku tapi mungkin kami ni agak give and take .Tapi syukur alhamdulillah sesekali bila balik kerja tu hati terdetik bila tengok hunny tangan sebelah mengendong Ilman sebelah lagi dok sibuk basuh beras kat sinki untuk masak nasi(petang semalam). Thank you yang. Semoga ALLAH merahmati kita dunia akhirat. I love you. Walaupun awak tak pernah mentioned perkataan tu pada saya tapi saya tahu awak memang sayangkan saya. Aku nak jadi isteri mithali...
18 comments:
Yey..aku first lagik hahaha..
Zirap..
mmg kene byk give and take..
biasak la tuh.. aku pon selalu mcm tuh biasanya aku selalu mengalah..
sbb aku tau ade masanya hubby pon mengalah jugak dgn aku hehehe..
pasal hubby ko, hmm en ishak tuh bukan pelik tp pada aku dia jenis yg pendiam ituuh jer
*tingat zaman kami gi umah ko masa kenduri kawen ko dulu hehehe kat dlm bilik pengantin hehehe ade sorang lelaki..dgn jujurnya kami tanya mana pengantin? hahahahah
I hope certain ppl yg baca ur blog ni amik iktibar cara menguruskan rumahtangga bukan setakat baca nak compete "what you have, i can have too". Bkn nak kata ur marriage shuld be an example for others cuma certain ppl tu patut belajar camner nak handle asam garam manis pahit perkahwinan. Bkn hanya reti marah2 pastu expect org lain yg mengalah. Ye dak?
sememangnye, memang kena give n take... kalau dia marah kite diam, kalau kite marah , dia diam... jadi tak dela perang besar... tapi satu aje kelemahan kite, tak bole tengok hubby buat lawak (ala-ala memujuk gitu), pas tu mesti nak ketawa.. ha ha ha... last-last marah tak sampai pun 10 minit... :) :) :)
so, we have to accept for who he is, kalau tak takkan sanggup jadi soulmate.. tak gituuu...
Ayu kau saja buat lawak laa..kih..kih..berderai pecah gelak aku petang2 buta ni :)
Alhamdullillah dpt hubby camtu kopi...daripada yang suka cakap i lap u...u lap me...tapi bila naik angin...semua naik...kaki..tangan...semua hinggap kat badan...sumpah seranah toksah lah cakap....
Zira, saya jangankan kata gaduh 2 hari, dua jam pun tak boleh, cepat rasa bersalah...dan mengalah je...
lelaki mmg ego la kan..selalu saya mengalah..
Anon,
Marriage life aku biasa2 aje..hehh orang lain nya lagi besshh lagi romantik cam kak lady tu..sampai nak jadikan kak lady isteri idola heehh ye lah kak lady ni tak pandai nak marah...aku ni kih kih kih...sib baik dapat suami yang memahami..alhamdulillah. Bagi aku apa-apa pun kalau nak kekal kalau nak bahagia..both side kena give and take..yang penting isteri...dah tanggungjawab isteri kena sentiasa berada disisi suami..jadi emmang isteri 70% kena mengalah banyak dari suami.
TEE,
awak ni kira bertuah sebab hubby pandai buat lawak..saya nak tunggu hubby buat lawak tu rasanya memang sebulan sekali ajelah kot...heeh hehh. Hubby saya kalau tgk senerio setakat senyum2 kambing..kita ni ketawa bagai nak rak pecah2 perut....iye yang penting sebelum nak terima jadi soulmate tu kita patut dah fikir kemungkinan yang berlaku dlm rumahtangga.
Kak lady,
Selain dari naik kaki tangan yang sumpah seranah tu yang saya paling pantang dalam keluarga kami nauzubillah...
memang alhamdulillah kalau hubby marah2 pun tak pernah keluarkan kata2 kesat...isskhhh sure sakit hati kalau kena sumpah ni kan.
PNUT,
bagi saya orang yang banyak mengalah ni sebenarnya emang boleh bertahan lama...mengalah bukan beerti kalah..kalau mengalah demi kebaikan apa salahnya kan :)
KS..suami kita serupa..mereka serupa (bunyikan ikut lagu zainal abidin tu ek. ihiks)
tpikan saya suka jer dia pendiam camtu, sbbnya nanti susah pompuan nak ngorat.muahahaha.
alamak samalah pepatah awak ngan saya: mengalah bukan bererti kalah.
betui, cara camni lagi menawan hati suami tau..ahaks.
off coursela dia sayangkan KS..tgk tu punyala dia susah payah tolong jaga adik man, tolong wat keje rmh..drp sini kata sayang, kat luar pun kata sayang..lama2 melayang sbb kena terajang.
lelaki cam suami kita susah nak ungkapkan i love u, tapi dia tunjukkan melalui tanggungjawab dia. romantik apa camtu.ahaks.
Zirap, aku setuju dgn si anon tuh.. aku rasa bila berblogging ni baca pengalaman org aku byk amik ikhtibar.. mana2 yg baik tuh aku ikut.. yg penting aku pon nak jadi isteri mithali and nak buat yg terbaik untuk suami dan keluarga kite kan... harap2 kite semua akan diberkati oleh Allah...
syikin,
kita serupa ke...yeahh yeah ada gak geng heeh heehh...suami saya pendiam tahap gaban...ada bagus dan ada tak bagusnya pendiam sgt ni...communication tu agak terhad kalau terlalu pendiam..payah nak dapat ramai kawan. kalau nak luah perasaan saya banyak guna sms atau email..saya sekarang ni kira cam dah teror baca body language hubby...heh hehh sebab dia kan kurang bercakap.
Ayu,
marilah kita bersama-sama merebut gelaran isteri mithali dari puan Jlost kita tu heehh heehh
Kak Juita,
betullah tak kira apa character pasangan kita...yang penting kita bahagia...
akum..kunjungan balas ni..
biasalah akak, nobody perfect..dah character dia pendiam nak wat cemana..lagi baik pendiam rasanye..hehehe senang citer tak yah nak kecoh2..mcm saya ni laki bini kecoh..kdg tu berebut2 nak bercakap..hehehe..give n take ok..
......
*emoticon malu-malu kucing*
aku pendiam..
......
KS,
kadang kadang perbuatan juga menggambarkan betapa org tu syg kita. Mungkin dia segan nak berkata kata. My hubby pun cam tu jugak. Very very caring. Tapi jenis tak romantik mana. Kalau kv nak nyakat dia, kv akan tanya "syg mama tak?" pas tu dia akan tanya balik "kenapa?". Hik hik hik. walau pun dia tak ucap, mesti kita tau yg dia sygkan kita, kan.
Zira, Aku rasa suami hang ni lebih kurang sepesen ngan biras aku...pendiam gila!! Dekat setahun lebih jugak aku ngan baba bagi dia gila macam kami berdua...La ni dah oklah...nak sembang, nak senyum dah pandai nak mengena aku!!Aku pun tak reti nak merajuk lelama...paling kuat sehari!!
Alhamdullilah...Berpuashati dgn apa yg Allah bagi.. itu adalah yg sebaik2nya.
terbalik lak ngan MM. kalo kat kawasan umah hubby lak yg ajo suh tegur2 jiran. xpun senyum. senyum tuh mmg ler MM senyum tp kengkadang dorang buat dono jerk. MM ni bukan x peramah... cuma kengkadang x reti nak berbual. tp bila dah dapat berbual.. hah x berenti! amik kau
eh, hubby kite tu buat lawak utk kes-kes tertentu jer... sebenarnya dia ni kalau nak nengok di a gelak ala-ala ha ha ah sampai nampak anak tekak tu cam susah bebenor... tapi kalau ngan member satu sekolah , fuh, rase cam tak ingat dunia... maybe control macho ngan kite kot? he he he...
mawar,
ni dulu nick nama akak..heehh kalau dua2 kecoh mau runtuh rumah dibuatnya :)
en. Semut,
malu-malu kucing pulak...oo pendiam rupanya dia ni..
KV,
kalau saya tanya hubby,"yang awak sayang saya tak?" dia akan diam jugak heeh tak dak jawapan..suamai saya kan pendiam heeh hehh tapi saya tahu dia sayang saya kalau tak mesti dia takmo tolong saya buat kerja kat umah tu specially jaga anak...
MR,
Suami aku lain dia pendiam tahap datuk gaban...biras hang pendiam tahap anak gaban aje..aku rasa sampai tua pun aku tak kan berjaya ubah suami aku jadi huha huha cam biras hang tu...tapi kalau setakat nak suruh dia bercakap banyak sikit tu insyaALLAH mungkin boleh lah kot
Kak Sya,
Alahamdulillah syukur mungkin ini yang terbaik buat saya...
MM,
Oklah dapat suami peramah nanti senang nak berurusan dengan jiran2...hidup berjiran memang kena tegur menegur dan senyum2 selalu
Tee,
dengan wife pu nak control macho gak ke? heehh heehh
Post a Comment