Tuesday, May 02, 2006

Cerita dari kampung



budak chicken pox yang dah tembam semula, pakai baju no 21 comot bangeett baru lepas makan sweet
(deena, farish, farisha and Ilman)


Dua hari lepas Aqilah anak saudaraku menyambut hari ulangtahun kelahirannya yang pertama 30 April dan semalam Aqilah dapat adik perempuan pula. Alhamdulillah semalam adik ipar aku selamat bersalin di hospital Melaka. Adik lelaki aku dapat anak perempuan yang kedua dan tarikh lahir mereka dua beradik beza selang sehari. Kebetulan cuti baru ni aku balik kampung untuk ambil Ilman dan deena yang dah seronok sakan duduk dengan mak. Mana tak seronoknya…heeh kita dulu2 pun kalau duduk ngan nenek mesti suka. Dan semalam tambah lagi sorang cucu mak dan ayah so dah ada 6 orang cucu sekarang. Tengahari sebelum tu masa mokde datang dok jahit langsir untuk perkahwinan Nadia hujung bulan ni mokde tanya aku “kau bila lagi nak tambah long” aku sengih-sengih aje..”nanti lah dulu….mega projek tahun depan”. Jawab aku. Wah ilman dengan deena memang suka habis duduk Melaka. Mama dia pun kalau dah balik kampung tu aura nak balik ke KL semula memang tak de tapi apakan daya kena balik jugak sebab nak kerja.


Kebetulan masa balik kampung baru ni tv ayah yang satu lagi tu buat hal pulak. Aku ni cam biasalah kesian kalau keperluan mak dan ayah tu berkurangan walaupun zahirnya aku pun sama sengkek banget heehh hehh takpe aku leh cari duit lain.. tapi naluri anak yang bertanggungjawab tu memang tak leh dipisahkan…aku susah tak pe..mak ayah aku tak boleh le susah depa dah lama rasa susah sejak dulu lagi. Dulu masa tahun 98 aku belikan mak tv Samsung 29” tu sebagai hadiah hari raya iyeelah tak pernah nak merasa dapat pakai Tv besar camtu. Tv tu dah lama dan dah rosak pun. Hantar kedai sehari dua aje ok lepas tu rosak semula. So sekarang ni kat umah tu pakai lah tv Panasonic 24” milik adik lelaki aku untuk disambung pada astro dan satu lagi tv national yang lama untuk kat depan. Tv national tu lah yang mcm nak meletup masa hari ahad tu. Malam tu aku ajak le ayah survey2 tv yang dia nak. Last2 dapatlah jugak tv yang ayah berkenan Philips flat screen 29” 1.2K. Mulanya nak guna CC aje senang sikit lagipun aku mana ada cash yang banyak sekarang ni, tapi mesin kat kedai tu plak rosak. Last2 ayah plak yang kena bayar muka RM300. Balancenya aku masuk dlm akaun ayah hujung bulan ni. So sukalah ayah dapat tv baru walaupun ayah kena bayar sikit…heeh heehh


Balik kampung baru ni juga aku dikejutkan dengan berita kematian salah seorang kawan hoki aku (khamis 27 April 2006) masa kat Sekolah Menengah Seri Tanjung Melaka. Aku panggil dia Blues tapi nama sebenarnya Norliza Muhammad. Al-fatihah semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 orang2 beriman. Amin. Kesian anak-anak dia yang 3 orang tu. Semoga ALLAH melindungi mereka bertiga beradik.


Haritu masa aku gi kursus 3 haritu rasa mcm banyak sangat benda nak cerita. Pastu bila dah masuk opis rasa beku plak. Cumanya rezeki kami dari bank rakyat tahun ni alhamdulillah maintain 15% dividen (hunny suka bangeet aku kena claim sikit pada hunny sebagai hadiah heeh heeh). Dan duit dividen aku tahun ni nampaknya memang 100% aku manfaatkan untuk cuti-cuti Malaysia kami ke Kuching yang dah banyak kali bertangguh. Tiket flight untuk 11 orang pergi balik termasuk Ilman ialah sebanyak RM2300 (aku tolong bayarkan dulu tiket later aku akan claim dari mereka semua). For Ilman masih lagi RM40 pergi balik tapi for deena tiket dah sama macam tiket mama dan addy. Walaupun tarikhnya masih jauh lagi tapi kalau dah beli tiket flight Air Asia kat internet tentulah nak kena bayar segera. Silap-silap nanti kena bayar interestlah pulak. So CCM kali ni seperti biasalah dengan kroni2 plus paklong dan maklong (abang ayah) yang dulu memang duduk kuching almost 10 years. Plan asalnya nak ke Kuching selama seminggu tapi terpaksa dipendekkan selepas paklong kata tak de apa yang best sgt kat kuching tu. Ceh terus terbantut keseronokan yang aku gambarkan heeh heeh. Plus dok fikir ohh CCM kali ni lupa yang kami kena duduk hotel heeh heehh heeh. Tak macam masa CCM ke Kota Kinabalu dulu hotel kami free. Other than that CCM kali ni adalah untuk meraikan birthday Ilman yang kedua. Plus mungkin meraikan adik Ilman lah pulak kot :) InsyaALLAH.


So now aku dah kembali untuk membusykan diri dengan projek kat opis yang dah pun bermula plus projek bowling Taman Sutera yang akan berlangsung pada hari Ahad ini. Tak sabar nak baling bola bowling aku yang dah bersawang dalam kabinet plus kasut bowling aku yang ntah apa cerita…padahal ada satu haritu aku main sampai 5 games sebab kemaruk yang amat lama banget ak tak main…pastu kalau sekali dah start memang le every week nak turun gelanggang..malam tu tangan aku rasa bisa2…uisshhh lupa daratan sungguh yang aku ni dah lama meninggalkan zaman bujang ku ittewww.

17 comments:

WRA said...

bestnya dapat bercuti-cuti malaysia...dengan family lak tu...hmmmm...

Ayu Mohamad said...

Zirap, aku nak order tikar sarawak bleh tak weiii heheh bila ko nak g hehehe

Kopi Suam said...

kak wan,
dah lama tak bercuti bawak anak naik flight..last sekali bercuti pergi Bandung pastu tahun lepas setakat pergi PD aje...tahun ni balas dendam..simpan duit banayk sikit baru best nak gi shopping

Ayu,
aku aku tak berani nak janji weii sebab aku sendiri plan nak beli tikar palembang yang kayu tu aje 3-4 helai dah tu berat plak tikar tu...kat umah aku ada satu tikar sarawak yang belum buka dari sarungnya hang nak beli tak yang besar...tapi ada kat umah melaka..aku beli tahun lepas masa adik aku outstation ke sana.

NONIE AZIZ said...

aku nak kuching jer...muahahhaha...aku pun sama..merasa jugak dividen ni muahahahha...aku suka sangan tebgok bebudak laki pakai baju macam anak ko ni...pinjam anak ko bleh...

kasutVINCCI said...

ks...bestnya makan angin ke kuching. Kv tak pernah sampai sana pun. Sedih. Tgk la kalau ada masa dan rezki lebih sikit, mmg plan nak gi sana.

CmaNis said...

Kunjungan balas....

Wah..CCM, lama dah tak bercuti rasanya. Dua tahun yang lepas CCM ke Sarawak jua. Jangan lupa berkunjung ke Kg. Budaya nyer.
Tikar Sarawak...tak sah kunjungan kalau tak membelinya. Kalau rasa2 maleh nak pikul, suruh jerk depa pos ngan POSLAJU....he..he...Anyway...selamat bercuti2 Malaysia

Mamamanja said...

wah... cuti sakan nampak? cuti kali ni ramai gak yang amik kesempatan balik kampung atau p cuti2 mesia

blackpurple @ jowopinter said...

Sapa pulak yang duduk di tepi katil itu?
Kenapa tak posing sama..

Anonymous said...

kak zira,

suami saya, rizal kawa sekolah akak dulu, dia kata arwah nurliza tuh satu kelas ngan dia.. dia pun terkejut...

rizal tanya, arwah meninggal sakit ke accident?


insya allah kami pun dah nak balik mesia nih akhir bulan 5..kalau kami di melaka.. boleh singgah umah akak... awal bulan 6 nih kami sah sah di melaka... sbb nak buat aqiqah anak anak.. kalau akak balik melaka.. singgah laa umah rizal ehh.. 4/6 kak ehh..

tape nnati dah dedekat kami contact kak zira balik... rasanya ada cuti agong ataupun cuti sekolah..

inaz - isterinya rizal
fitrifarhah.fotopages.com

Kopi Suam said...

MR,
Hang nak kucing ke...iskhh kala nak kucing tak payah pi sampai kuching sarawak..kat tepi2 jalan kat kampung aku banyak..nanti aku balik melaka hujung bulan ni aku ambik kan untuk hang ok..

Nak pinjam bobot ke?? heehh heehh boleh boleh jadi anak angkat angkat hang 2-3 jam boleh le bagi lekat sikit supaya syasya leh dapat adik lelaki plak lepas ni..cakap aje yang anak aku tu hensem kan senang...berkias-kias plak...

Kopi Suam said...

KV,
Takpelah insyaALLAH ada rezeki sampai le sana nanti...heehh sekarang ni tiket flight kan murah jadi kumpul2 lah duit pastu pakat2 pi satu family. Tentu seronok...

Rina,
thanks sebab jenguk kat sini. Jalan-jalan list masa kat kuching tu memang panjang silap2 boleh sampai Tebedu plak nanti...sebab kami ni ada tourist guide yang expert ntah2 ke pontianak pun boleh sampai gamaknya...sekarang ni dah tak minat sgt tikar sarawak suka pada tikar palembang plus barang kraf and also ikan terumbuk... mesti diangkut punya

mamamanja,
bila ada cuti am memang carik peluang balik kampung. Kalau CCM selalunya budget 2 tahun sekali pi bercuti kalau budget lari sekali pun cukup lah.

BP,
yang dok kat tepi katil tu adik KS...KS yang tkang snap gambo bebudak berempat tu :)

Kopi Suam said...

Inaz,
Apa khabar akak pun lama tak jenguk jenel inaz...rizal dan anak-anak semua sihat ke...wah dah habis belajar ye korang alhamdulillah...tahniah

ahah arwah Blues classmate rizal masa kat Seri Tanjung tapi dia main hoki sekali ngan akak. Member akak kata 2 tahun lepas arwah accident tapi dah baik cumanya 2 minggu lepas kesan accident tu datang semula and arwah lumpuh secara tiba-tiba so kena buat operation banyak kali tapi akak tak tahu detail operate tang mana akak rasa kat tulang belakang lah kot. So arwah meninggal hari khamis tu dan anak dia dah 3 orang.

Ok nanti bila dah nak dekat2 aqiqah tu korang call lah akak ok. InsyaALLAH kalau time tu akak kat kampung akak datang :)

Selamat kembali ke tanahair inaz and family sure tak sabar nak balik kampung. Tn Hj Yaakob sihat tak...lama tak dengar berita sebab last dulu tgk dia kat TV masa pengumuman result exam tu mcm dah tak berapa sihata je mukanya.

Kaklong Syikin said...

syukur ilman dah sihat..

ha ah, kat kuching tu tak de byk tmpt utk dilawat. saya dah kesana sekitar thn 97 or 98 tak salahnya. kalau nak p pun ke taman budaya k apa namanya, muzium kucing, tpt jual pasu (sediakan duit byk2), tikar (juga duit mesti byk :), apa lagi ya?? ha, tpt air pancut warna warni, dataran sepanjang sungai rejang tu.kat situ ada byk gerai.

oh ya, barang2 kat kuching ni lg mahal dr KL..jgn terkejut.

al-fatihah utk arwah kawan zira

zino said...

memang seronok bila balik kampong.. suasana berbeza dengan KL ni.. aman damai je..

Sir Mute Key Chicks said...

comey nya bebudak tuh.ala lalala.

*emoticon jelir lidah sambil tangan mencubit pipi*

Angah said...

tv baru : 1.2 k
senyuman mak dan ayah : priceless

Amir Syafiqah said...

Zira, bila nak ke Kuching, aku pun CCM ke Kuching jugak bulan 8 ni dgn air asia...Tapi 2 ari aje... :(