- Dua hari lepas sedang aku seronok makan nasi sendirian (lauk Sardin cap ayam, goreng cin cuan feveret hunny tu) tanpa gangguan deena dan Ilman tiba-tiba tup aku terasa macam tergigit sesuatu benda yang keras. Aku ingatkan batu kat dalam nasi ke (biasakan kalau kat kampung kita makan nasi tergigit batu) tapi bila dibelek semula alamak rupanya separuh dari gigi aku patah secara tiba-tiba. Hmm kebetulan gigi tu adalah satu2nya gigi aku yang bermasalah. Gigi tu dulu pernah berlubang dan dah ditampal. Pada tahun 2000 aku buat minor operation dan root canal pada gigi yang sama sebab asalnya lubang gigi tu kecil aje tapi sakitnya berdentyut2 sampai demam dibuatnya. Bisa urat gigi ni kalau terkena sampai ke hidung tarik ke kepala terasa sakitnya.
Maka aku sekarang officially dah rongak separuh. Gigi yang patah letakknya di bahagian dalam mulut jadi kalau aku senyum masih belum nampak rongak. Semalam aku dah buat appoinment dengan dentist dan petang ni aku rasa doktor sure akan cabut separuh lagi gigi yang masih bersisa dan actually gigi yang tinggal tu masih kuat dan teguh dan utuh kat dalam gusi. Tu yang mak risau kalau doktor nak cabut sebab doktor kena gerudi dulu tang akar umbinya untuk keluarkan semua anemal gigi yang tertinggal. Lubang yang wujud ibarat kawah dalam mulut memberi satu rasa yang amat tidak menyenangkan. Dah lah aku ni mengunyah sebelah kanan rasa mcm pelik pulak bila aku tukar position mengunyah sebelah kiri.. Aku seriua la dah usia mcm ni baru nak cabut gigi dan tu gigi gerham plak tu dan tunggul gigi tu masih terasa tertanam dalam gusi dengan gagah. Iskhh takut jugak rasanya. Dan lepas ni korang dah tahulah rahsia besar yang aku pakai gigi geraham palsu. Of course le aku akan mintak doc tanam gigi palsu. tak kuasa lah mak nak rongak time mak masih vouge ni...ada yang cik hunny bunny tak mo kissing-kissing ngan mak nanti kih kih kih...tak kuasa you..sorry sensored sket.
Semenjak blog dah kena block ni aku dah macam patah semangat pulak. Pertama tension sebab memang dah tak boleh tinggal komen dan membalas komen korang tapi syukur sebab masih boleh baca blog rakan-rakan yang lain. At least aku tahulah cerita dan berita terkini yang berlaku. Apa-apa pun korang boleh lah personal email pada aku ok atau later aku kena mintak CT adik ayu masukkan mesej box dlm blog aku. Aku dah tak leh nak bukak blogger huaarghhh. At least korang leh tinggal komen kat mesej box dan aku boleh respond.. yahuuuu. Aku memang akan masuk streamyx kat umah nanti, sekarang ni pun dalam proses menggoda dan mengayat hunny untuk belikan aku laptop. rasanya hunny kalau bab laptop dia tak de masalah kot tapi buat masa sekarang service tu belum available lagi kat taman kami. Masih dalam proses. InsyaALLAH bila streamyx dah on aku akan mengganas malah lebih ganas dari MR...muaaahhh....hang balik Changlun kan MR jalan baik2 no aku pun tak sabaq nak tunggu berita gumbira tu MR..aku doakan hang juga ayu..kim salam kat makcik nasik lemak changlun ngan anak dia abang yang pakai proton putra tu tau.Aku ni memang peminat nasik lemak makcik tu. So setiap minggu atau kekadang bila boring petang2 sure aku merayap ngan motor ke pekan changlun. Aduh rindunya ngan UUM..dan kehidupan aku masa jadi student dulu memang rindu yang amaattttzzzz.
Semalam aku dah buat jadual baru untuk sebelah malam aku. Sekarang ni aku balik kerja memang aku memasak. Masak yang simple2 aje. Semalam aku masak ikan cencaru masak pindang (singgang), ayam masak sambal goreng, kobis goreng dan ikan gelama masin goreng, Habis nasik 2 put kami makan anak beranak. Hunny makan banyak tapi tak gemuk2 gak..aku jugak yang macam dapat extra oksigen dalam badan. Semenjak harga minyak naik ni aku masak kat umah aje lah jimat sikit duit belanja aku sebab hunny yang beli lauk dan barang basah, kalau tak masak aku yang beli lauk dah siap...so nak jimat biar le aku masak kat umah. Jadi jadual aku mulai semalam lepas masak, bagi anak-anak makan then aku mandi. Aku sembahyang Maghrib pun dah dekat2 pukul 8.00 memang saja lewatkan sebab aku nak sambung sekali sampai Isyak. Lepas solat Maghrib aku ajar Deena mengaji. Jadi semalam adalah percubaan pertama ajar Irdeena Maisarah mengaji, alhamdulillah nak juga dia ikut dalam ngelat2 anak dara tu tapi sesekali aku bertegas jugak.Jangan main-maian mama deena ni memang garang. Siap anak dara tu boleh cakap "mama deena pandai kan deena tak nangis mama marah". Iyelah sebab masa tu mama marah masih control2 lagi :).
Habis ajar deena ngaji aku plak sambung ngaji Quran. Dok baca ayat-ayat lazim yang belah belakang aku pun dah tak berapa hafal ayat yang lepas wadduha tu. At least bila ajar Deena ngaji ni boleh gak aku refresh balik hafazan aku tu.
4 comments:
sama la kita, kalau rajin tu masak aje, kalau dah penat sangat baru beli kat luar.
Harap2 keteraan bowling KS terletak pada gigi geraham yg patah itu...ada ler harapan sikit nak tewaskan.... he..he..he...
rajin2 berus gigi siang dan malam!..
simpati pada KS kerana di ragut keselesaan.
ps: nak belajar ngaji jugak! ngan ustazah KS. hahaha!
Post a Comment