Monday, May 22, 2006

Osh Kosh RM10

Mak yang pada mulanya kata tak dapat datang umah aku weekend ni tiba-tiba call dari hospital putrajaya. Rupanya mak melawat saudara kami yang sakit kat Putrajaya. Aku menarik nafas lega sebab dalam dok kalut fikirkan tentang mana nak letak deena masa aku gi kursus nanti tetiba dah ada jalan penyelesaian feh lega. Petang tu Hi Tea start jam 4.00 dan aku yang kalut2 siapkan marble kek (beli aje) isi dalam bekas dan hantar ke rumah Ruby. Aku tak sempat join hi tea awal sebab nak kena bawak busu ke putrajaya (mak datang dgn adik-adik iaparnyer busu, mektam, mak cik dan kakak busu ) nak cari anak buah dia yang bekerja di KSM sebab mengadu hilang wallet. Diorang yang asalnya dari Hospital tak tahu mana arah nak dituju sampai sesat2 3-4 kali pusing tak jumpa. Maka petang tu aku yang menjadi pemandu pelancong terpaksa bawa semula mereka ke Putrajaya Parcel D untuk cari anak buah busu. Petang tu mak balik melaka dan angkut Deena sekali. Wah suka betul anak dara tu nak balik kampung. Maka tinggal lah mama, addy dan adik man di rumah.

Lepas mak balik baru lah aku dapat join Hi tea. Datang dah lambat majlis dah mula, penyampaian hadiah bowling pun dah buat. Aku tiba dgn Ilman makan dulu nasi lemak kukus yang ruby masak dgn sambal udang sedap. Ramai yang datang Hi tea kali ni...banyak muka baru...aku pun tak sempat berkenalan sebab sesi memperkenalkan diri dah selesai. Makanan memang cukup banyak sebab setiap orang bawak satu, tapi laksa dah habis...datang lewat dekat pukul 6.00 tak merasa lah. Habis Hi tea balik umah, tapau makanan dan nasi lemak untuk hunny. Bagi dia merasa kalau tak nanti dia tak bagi join hi tea dan aktif-aktif ngan persatuan kaum wanita. Kena pandai ambik hati.

Malam tu aku meronggeng dengan fifah. Wah semenjak dua menjak ni asyik meronggeng aje dengan geng aku tu. Kami keluar membeli-belah. Sebenarmya Jumaat petang yang lalu masa balik kerja aku singgah econsa*e balakong. Wah terkejut badak aku bila tengok Jusco nak bukak sebelah econsave tu... uishh best giller besar betul building tu...yg best dari umah kajang ke situ tak sampai pun 10 minit lalu Cheras Prima memang tak sabar nak tunggu Jusco tu siap maka bertambah lah lagi tempat meronggeng aku lepas ni. Lepas habis beli barang aku tengok kat luar tu ada jual2 baju kanak2 imported mcm Old Nay, Cartier. Pastu aikk nampaklah 3-4 jenis t-shirt Osh Kosh yang dijual pada harga murah... heehh RM10 sehelai t-shirt Osh Kosh memang berbaloi nak beli tapi tak de size untuk Ilman. Malam tu aku bawa fifah ke situ dia yang memborong t-shirt untuk anak dia Afiq yang umur 4 tahun dan anak kecik girl baya Ilman. Malam tu dapatlah baju deena sepasang baju basahan untuk pergi taska.

Pastu kami terus ke SCP. Fifah nak cari cap dan sport shoes anak dia sebab smart kid buat sport day esoknya tapi afiq tak de cap dan kasut. Kami shopping lagi kat Parkson aku tak beli apa-apa pun...pastu masuk butik All the A*e feveret butik aku...banyaknyer koleksi baju baru tiba rambang mata. Specilly baju Petter Rabbit comel-comel belaka pastu ada sales plak tu sekarang. Dah le aku ni memang hantu overall. Ada yang aku berkenan ngan overall petter rabbit tu tapi aku tak grab sebab aku baru aje belikan deena overall baby club dengan overall gap..aku cuma belikan t-shirt gap untuk Ilman sehelai.Tapi hati ni dok terfikir aje tentang baju tu...silap2 balik opis nanti mau aku singgah...bukan boleh percaya aku ni....kemaruk belikan baju anak-anak....

Aku memang jenis yang sebulan sekali belikan diorang baju baru. Tu tak masuk kalau aku jumpa sales yang secara tak sengaja. Kalau tak grand2 pun aku suka belikan anak-anak aku t-shirt senang boleh pakai dengan jean. Ringkas dan cepat. Kalau gaun ni memang kureng sikit. Lagi pun kalau ikut style aku yang tak feminine ni memang lah....suka pakai seluar dari berkain bagai...tak gheti mak..Aku ni ringkas lebih suka pakai t-shirt dari blouse. Selalu aku belikan deena gaun bila tiba nak raya atau kalau ada wedding saudara mara yang close...heeh heeh kalau tak t-shirt dengan jeans ajelah...ringkas dan nak jalan pun senang. Hmm dah terbayang-bayang baju kat ATA..nampaknya memang harus kena singgah balik kerja nanti.

7 comments:

NONIE AZIZ said...

Hari tu aku ada beli t-shirt cartier kat anak dara aku 8 hengget jer wei!!! semalam pi pasar tani Osh kosh punya tshirt berlambak gak!!

Anonymous said...

meronggeng tu, ada muzik yang kuat, DUM! DUM! DUM! dan lampu yang lip lap lip lap eh? hahaha!

Pandang Dengar Diam said...

nowdays dah berlambak tshist oshkosh kat tepi jalan...hm..hm...mana dia orang dapat erk!
merongeng dlm erti kata lain??

kasutVINCCI said...

KS,
kv pun selalu beli baju utk hang nadim sebulan sekali. Walaupun dia tak pi taska lagi, tapi byk baju yg cepat lusuh sbb dia lasak sgt. Lagi pun anak sorang jer, pas tu beli time sale. Suka tgk baju budak2 ni. Tu yg kemaruk membeli tu.

tee said...

kita pun jenis yang tak suka nak membeli gaun tok anak2 dara kita except for raya jer... kalau dak seluar n t-shirt je la, maklumla diaorang tu lasak lain macam jer... macam KS cakap senang dan ringkas..

Anonymous said...

hohoho..jusco plak nak bukak..makin rabak la gayanya nanti...

psstt..aku pun suka shopping baju budak kecik..

Ayu Mohamad said...

aku pon suka jugakkkk...aci dak? hehehehehe.. tp aku selalu beli bg anak buah aku.. camner eks.. aku lg over drp mak ayah dia hehehehehe