area dan master bedroom dengan jayanya.Cayalah tak sangka dua hari tu aku boleh bertahan.Tapi semuanya
tak kan menjadi kenyataan kalau hunny tak tolong tengokkan budak berdua yang lincah dan cerdik itu dari mengganggu mama yang sedang menghias casa impian kami yang tak seberapanya.
kisahnya begini bila kita nak memulakan sesuatu perkara memang berat untuk kita mengambil langkah yang pertama.Samalah macam diriku ini. Balik kerja Sabtu tu lepas masak semua solat dan bermalas-malas di atas sofa. Hatipun berbelah bagi nak mula mengecat ke tak nak ni. Nak ubah katil ke tak nak ni. Kalau ikutkan hati yang malas hmmmm landing atas sofa tidur dan bergolek-golek tu lebih nikmat lagi. Bak kata apek pagi tadi dalam gitu-gitu di era. Lubang apakah yang enak,hangat dan sedap.Heehh ada ke si kiran jawab lubang hidung
kih kih kih aku pun fikir sama plus fikir perkara kotor plak...kah.kah...kah..jawapannya "lubangun pagi lepas tu tarik selimut dan sambung tidur semula" sabar ajelah apek ni.
Maka kalau ikut kata hati yang malas bergolek2 sambil buat taik mata memang lah tak mula projek cat itu.
Ceh aku kuatkan semangat, bukan banyak sangat pun nak cat, feature wall untuk master bedroom aje, colour untuk dinding lain tu aku tak beli lagi. Jadi projek pertama bermula dan sejam kemudian aku siap cat feature
wall colour maroon pinky dalam master bedroom dengan sedikit-sedikit comot di bahagian syiling. Heehh nampak sangat bukan kerja tukang cat profesional.Actually banyak comot di dinding sisi tapi aku touch up balik ngan cat putih colour asal dinding tu dan ok. Lepas tu aku start ubah posisi katil. Actually tak prkatikal sangat buat katil mcm tu sebab jauh sikit dari kipas tapi dari segi space dan susun atur memang menarik dan lebih lapang. Aku tarik meja solek dan letak di tingkap sisi katil. Tada aku suka posisi katilku yang baru serta warna yang buat bilik aku nampak sedikit ceria berbanding dulu. Maka aku rasa berbaloi sejam mengecat dinding. Malamnya aduh tak selesa betul tidur kat katil ni sebab panas. Maka kami berbondong berdua menyibuk kat
tilam anak-anak kat bawah heehh heheh baru boleh tisur. Hmm nampak gayanya nak kena ushar air-cond pulak lepas ni.
Hari ahad, pagi tu lepas buat breakfast, kemas umah masak dan bermalas-malas. Minggu ni memang tak de mood nak keluar berjalan. Mulanya plan nak ke Tesc* membeli barang dapur tapi hunny kata belah petang nanti jadi kami masih bermalas-malas sehingga lepas Zohor. Oh ya tiada sambutan hari ibu dari anak-anak. Anak aku pun tak tahu yang haritu hari Ibu. Call mak bertanya khabar tapi aku tak ucap pun hari ibu kat mak sebab bukan budaya kami dari kecik. For us everyday adalah hari untuk mak dan ayah di mana jua mak ayah berada..anyway tak terlambat untuk aku ucapkan selamat hari Ibu kepada semua para bloggers yang meraikan di luar sana. Semoga kita semua menjadi ibu2 yang solehah dan diredhai ALLAH.
So back to hari ahad's activities. Lepas solat makan tengahari hunny dengan anak-anak apa lagi buat tahi mata aku plak memang tak gheti betul nak tidu tengahari kecuali kalau aku penat teramat. Apa nak buat ni hati masih malas nak meneruskan projek mengecat family area. Finally aku nekad.....uishhh tak leh jadi ni kalau dah start memang kena buat sampai habis. Masuk second wall colour kuning aku dah start give up dan kepenatan. Dua
jam aku berdiri tunggang terbalik sengsorang kat atas mengecat dinding dan aku memang dah kepenatan yang amat. Heehh anak cina makan pengatlah kan..sendiri mau ingat aku yang dah suka nak buat. Tapi bila cat mula mengering aku dah nampak hasilnya. Hmm cantik gak. Tapi feature wall tak cat lagi ni. Nak sambung ke nak
stop ni. Kudrat memang dah berkurang sangat dah ni finally aku gagahkan juga kudrat yang masih bersisa untuk habiskan cat feature wall dengan colour apple green. Uishh 3 jam aku berdiri menghabiskan kerja dan kaki aku dah segala2 malah dah krem pun masa final touch tu. ishh memang krem giller. Nampak sangat dah lama tak
buat benda2 brutal camni dan dah tua lah aku ni. Hehh hehhh. Kiranya aku siap cat dalam pukul 6.00. maka kesian lah anak-anak yang kami janjikan dengan tesco tadi. Lain kali kita pergi ok, malam ni ke kalau mama tak penat. Aku pun dah penat hunny pun dah malas.Tapi hasilnya aku memang sangatlah puas hati...best yahuuuuu maklum le yang mengecat ni pun bukannya pro.
.
8 comments:
tahniah...tahniah...best jugak ek kalau buat sendiri nih...
heheh...asalnya mission impossible dah jadi mission accomplished.tahniah..tahniah.
Cepatlah publish gambo...
ni mesti terpengaruh dengan alex casa impian ni hehe..
tahniah kerana berjaya melakukan nya.. iklan le gambar kat sini hehe
mengecat rumah? ehehehe baguih! kalau aku, sah2 dapat mural percuma ihsan teruna aku..
cat murah tak? ada lubang nih..
pas ni rumah saya pulak!
jom gotong royong cat rumah saya pulak lepas nih ek
comel anak-anak tu suka tengok...
Post a Comment