Friday, May 19, 2006

Semoga ALLAH mudahkan

Kawan-kawan doakan aku yek. Harap kali ni aku membuat keputusan yang betul dan tepat untuk investment kami. Membeli rumah/kondo atau apartment sebagai pelaburan adalah satu perjudian ibarat kata pepatah untung sabut timbul untung batu tenggelam silap2 dengan tuan-tuannya sekali tenggelam. Kalau nasib baik aset yang dibeli memberi pulangan dan pendapatan tapi kalau nasib tak baik membebankan. Hari ni aku dengan perasaan berdebar menerima pamplet kondo SLRC yang aku plan nak beli sebagai investment. haahh macam nak tunggu pinangan plak berdebar-debar. Memang aku terus jatuh cinta bila tgk gambar apartment kat pamplet tu, cantiknya best mcm gaya town house kat cameron highland. 2 minggu lalu masa kawan aku kata nak jual kondo mereka (atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan) memang aku dah berminat nak tahu lanjut. Lokasinya nun jauh di sana di sebuah pulau percutian di utara. Apartment tu sekarang ada orang sewa RM600/sebulan dan kedudukannya di ground floor, fully furnish , mengadap swimming pool dan harga yang ditawarkan pada kami memang sangat berpatutan memang ciri2 pilihan yang baik. Mudah-mudahan ALLAH permudahkan urusan kami amin.

Actually kalau difikirkan secara logik bukan mudah untuk maintain aset yang jauh dari tempat tinggal kita. Iyelah nak pergi kutip sewa nak uruskan agreement dengan penyewa. Nak maintain umah, nak check semua. Tapi aku ada reason kenapa aku nak beli kat sana. Mungkin sebab aku ada orang yang memang aku boleh percayai boleh tolong uruskan rumah tu nanti. InsyaALLAH kawan baik aku yang kat sana tu boleh tolong nanti. Haaa haahh aku ni baru berangan-angan saja.Excited banget aku ni abaikan aje perasaan orang-orang yang berbunga-bunga tanpa asas ni....Bendanya tak confirm lagi ntah jadi beli ntah tidak....heeh heehh tapi tak pe aku memang suka berangan-angan sambil kepala ligat buat planning. Elok berangan-angan nanti kita akan lebih berusaha untuk mendapatkan nya. Kalau ditanya memang aku berat sgt nak beli umah ni cuma sekarang ni tengah tunggu kata putus dari MOF disamping nak dapat real photo rumah tu. Menteri kewangan aku bab-bab camni dia memang tak reti, akulah yang kena dok seek for opportunity, meninjau peluang2 yang baik lepas tu bagi proposal pada MOF. Tugas dia hanya kata ok dan kalau setuju kami berdua sediakan duitnyer aje lah. Ok habis bab rumah dan hati yang berbunga. Mudah-mudahan aku dan korang menerima berita gumbira...nanti kalau nak CCM ke sana boleh le booking2 kondo 3 bilik dengan kami *wink* - marketing strategy. Aku pun mulalah beranga-angan meletakkan diri aku bercuti-cuti sakan di sana sambil mandi manda kat swimming pool...Iskhh udah le tak habis-habis berangan-angan mat jenin aku ni kan.

Harini taska deena buat sambutan hari guru. Sepatutnya ibu bapa kena bawak sorang sikit makanan sebagai sumbangan. Patut aku pelik apasal le aku tgk depa2 ni bawak beg plastik bagai pi taska pagi ni. Aku siap boleh lupa nak bawak apa-apa. Iskhh teruk tul laaa sabar aje lah eeeh heh....nak kuo memang malas dah tahu aje lah parking kat sini kalau dah keluar memang kena cari parking kat luar lah jawab nya. Anyway heehh aku dok ingat Anniversary kami last month sampai lupa semalam ialah wedding day kami.

Citer masa aku kawin ni pelik sikit. Heehh masa aku berkenalan ngan hunny dulu...kami kenal bulan 12/2001 pastu kami bertunang masa raya cina 22/02/2002 pastu kami nikah 27/04/2002 majlis kat umah pengantin lelaki 28/04/2002 dan majlis kat umah aku 18/05/2002. Pelik kan sebab buat umah lelaki dulu baru buat umah pompuan...heehh tapi camtu lah kesnya. Kisahnya sebab majlis kawin aku serentak ngan adik pompuan aku. Kalau ikut kepercayaan orang jawa tak elok dua pasangan adik beradik dinikahkan dalam bulan islam yang sama. Sebab diorang percaya kalau nikah bulan sama nanti panas salah satu pasangan tu akan bercerai. Aku heehh memang lah tak percaya langsung. Kalau tak pandai nak handle umahtangga nikah bulan lain-lain pun boleh bercerai jugak.

Tapi kami ikut jugalah cadangan keluarga hunny tu maka kami pun bersetuju dinikahkan lebih awal, Aiman tak kisah yang penting mak dinikahkan dengan hunny, which was falled dalam bulan Islam yang lain dari adik aku. Masa kami nak nikah tu memang abah FIL tengok kalendar Islam untuk pilih tarikh. Memandangkan abang ipar and kakak ipar semua balik masa kami nikah jadi majlis umah lelaki buat pada hari ahad esok harinya. Bagus lah senang sikit sekali harung diorang balik. Aku memang tak dak objection langsung part ni. Biasalah mak ni flexible suka memudahkan semua orang. Dan 2 minggu selepas itu barulah majlis kat umah aku pulak berlangsung di mana adik aku dinikahkan dan next weeknyer plak umah lelaki adik ipar aku.

Begitulah alkisahnya.

11 comments:

ibuVouge said...

insyaALLAH untung
zira baru dapat tinggal komen
happy anniversary

NONIE AZIZ said...

bagus jugak kalau utk pelaburan!!hehehhe...entah2 hubby tepis tangan pasal hang lupa anniversary hangpa berdua kot!!!muahaha...saja bagi rasa bersalah!!

Kaklong Syikin said...

KS, banyak2lah berdoa jika beli hartanah tu lbh membawa kebaikan pd masa depan ks n tak merugikan drp segi ekonomi, minta Allah mudahkan segala urusan pembelian, tp jika ia lebih mendatangakan keburukan terutama ekonomi KS, mintalah urusan tu tak jd, yelah kita tk tau apa berlaku in future so minta tolong ngan Allahkan tunjukkan jalannya :). apapun..beshnya rmh yg KS berkenan tu, sama test jer ngan saya...

ha ah, samalah kesnya majlis kawin saya ngan suami (dia jawa), kena buat tarikh lain sbb ada clash ngan sedara suami..kita ni ikut jelah.

Anonymous said...

Kalo biasa baca buku Azizi Ali, patut dah tau yg dia tak galakkan beli apt yg jauh dari kita (susah nak maintain semua). w/pon ada org yg dipercayai, tapi org lain mana nak sama dgn diri kita sendiri.
Just my 2 kupang...

tee said...

insyallah kalau dah rezeki tu, akan dipermudahkan rezeki utk mendapatkannya.. :)

NBK466 said...

Moga2 your investmentnya okey...

Kahwin nie kadang2 battle of ADAT & hukum islam sendiri. Selalunya org2 tua yg terikat dgn adat2 nie.. as long tak bertentangan dgn agama kita...it is fine by me..

WRA said...

hehehehe...Happy Anniversary lagi sekali la nih...hehehehehe...
Ye lah, bab2 kawin ni, kalau boleh permudahkan, eloklah permudahkan ya tak?

investment, insyaAllah, kalau memang dah rezeki tu tak ke mana :D

aNIe said...

Kopi...kalau ikut anniversary kv. pada 27/4 kan? sebab dinikahkan pada hari tu....

Kak lady doakan semuanya berjalan lancar...moga niat untuk membeli asset akan tercapai...

Sir Mute Key Chicks said...

semoga impian mu itu tercapai jua hendaknya.haha.kalo dah beli nanti buatlah gath blogger kat sana lak.

zino said...

tentu dah buat kajian mendalam ni sebelum buat pelaburan.. bagus gak tu..

kasutVINCCI said...

bab pelaburan ni kena kaji advantage dan disadvantage dia. Hartanah ni menguntungkan kalau kena cara. Moga keputusan KS memberikan kebaikan kpd hidup KS.
nway, hepi anniversary.Moga hidup ceria selalu.