Esok aku start training 2 hari tak tahu lah sempat atau tidak untuk update blog. kalau ada access internet kat sana nanti boleh lah aku update masa break. Masa hi tea baru ni semua dah sepakat setuju nak buat bacaan Yaasin dari rumah ke rumah setiap minggu. Setiap Khamis malam Jumaat selepas solat Isyak. Memang aku dok nantikan tak sabar pulak rasanya nak tunggu first bacaan Yaasin beramai-ramai dengan geng pompuan kat Taman Sutera. Seronok bila dapat baca Yaasin beramai-ramai ni. Minggu ni kak Nor jadi tuan rumah cepat aje dia angkat tangan masa kami nak pilih siapa nak jadi tuan rumah pertama baca Yaasin. insyaALLAH aku nak book minggu ke-3 sebab minggu ke-2 fifah nak book buat kat umah dia. Iyelah tujuan penubuhan kumpulan wanita TS ni sebab kami nak semua orang rasa manfaatnya dan mendapat kebaikan darinya disamping dapat mengeratkan lagi slitaurahim sesama jiran..
Contohnya dengan adanya Hi tea kami dapat berkenalan dengan semua jiran-jiran. Kalau tak memang tak sempat nak kenal sertakat lalu lalang depan umah (umah aku depan jalan utama) senyum dan angkat tangan. Masing-masing keluar kerja seawal pagi. Aku lagilah sebelum pukul 7.00 dah keluar. Weekend plak masing2 sibuk dengan aktiviti keluarga. nasib baik geng2 kat Taman sutera tu alhamdulillah semuanya ok dan bekerjasama. Jadi memang tak susah kalau nak minta diorang involve dengan aktiviti kami. Tapi at least perkara-perkara yang kami buat bagi balance juga dengan kehidupan kami. Bukan setakat agenda dan perkara sosial mcm bowling, lawan bola atau sukaneka. At least kami ada juga plan nak panggil ustazah ajar mengaji, nak buat marhaban selain dari bacaan Yaasin rumah ke rumah. Semoga penduduk TS hidup aman dan harmoni walaupun kami sebenarnya bengang dengan pemaju sebab keadaan jalan kat taman kami yang masih berlubang-lubang. Tapi apa nak buat sabar aje lah dulu.
Malam tadi dok terfikir, rupanya aku ada satu misi sederhana nak cuba aku capai tahun depan. Aku rasa mcm dah sampai seru aje nak mengadap ALLAH. Bukan kembali ke rahmatullah (semoga ALLAH panjangkan usia aku, kaum keluargaku dan semua umat ISlam di dunia) tetapi mengunjungi Baitullah. Bila difikirkan semula...insyaALLAH kami boleh usahakan dan aku memang akan cuba usahakan. Aku memang teringin nak buat umrah dan aku akan berusaha ke arah itu. Kagum dengan Elin yang dah merancang untuk buat haji masa muda dan sihat aku pun ada niat begitu..semoga segalanya selamat dan berjalan lancar Elin. Semoga ALLAH memudahkan segala urusan kita di dunia dan akhirat....amin. Ada sesiapa yang nak join sama..jom pakat simpan duit pergi ramai-ramai tentu lebih seronok kan.
10 comments:
Zirap,
aku pon tingin nak ke sana.. mak aku pon nak kesana insyaallah thn depan rasanya.. lepas mak aku gi insyaallah le kot aku bercdg nak buat umrah.. kite gi reramai nak?
Macam2 STYLO kenkawan BLOG lepas tensen yek...ada yg mencurahkan dgn menulis N3, ada yg naik moto ronda2, ada yg gi melalak kat karaoke...macam2lah...asalkan tak mencederakan diri sendiri & orang lain udah kan?
Tension datang dan pergi...Lumrah kan..
Cita-cita memang nak pergi buat ibadah haji sebelum umur 40
InsyaAllah....niat dah ada...Alah akan permudahkan...
bab bismillah 5 tu, saja nak share ngan kawan2..kata org salah satu amal jariah :)
insyaAllah, ada rezeki dpt pergi umrah, yg penting niat dah ada dan usaha mengumpulkan duit
bestla duduk kat TS ni, ramai ke penuduknya? sapa punya idea wat perkumpulan wanita ni?
tetiba terpike nak gi haji laks .... takpe niat dulu ...
tetiba terpike nak gi haji laks .... takpe niat dulu ... niat tak salah kan walaupun perginya lama lagik ,,,, dzirhans
Ayu,
Heeh sesekali dapat balas komen lupa daratan plak..aku memang kalau boleh nak pi reramai...kalau gi ngan geng2 kita plus classmate aku mesti seronok punya kan...
nbk466,
At least hubby faham...tapi cam kelakarkan lepas tension naik motor..sebenarnya naik motor tu boleh peluk2...so tension tu menyerap kat badan hubby :)
BP,
Saya pun plan nak buat haji seblum 40..InsyaALLAH ada rezeki kami akan usahakan. Sebelum buat haji nak jugak dapatkan pengalaman dengasn buat umrah dulu...InsyaALLAH mudah-mudahan BP pun murah rezeki dan hajat tercapai
Syikin,
Saya tengah cuba hafalkan bismillah 5 tu...penduduk TS..ramai jugak...cadangan siapa yang nak buat kumpulan..kami2 ni lah AJK ad-hoc...alhamdulillah sambutan memang menggalakkan sangat
En. Dzirhan,
Memang kita kena pasang niata wal-awal baru kita akan berusaha...aku pun sama mcm kau
muahahah..aku tak bleh tension nanti tension aku tu melarat kat baba..aleh2 dia yang tension lagi teruk dari aku...Kat taman perumahan aku ni aktif jugak tapi tak le seaktif persatuan wanita TS ko ni!!
zira,
kv pun teringin gak nak ke sana. Namun masih byk benda yg belum settle. Harapnya Allah permudahkan urusan kita dan penuhi impian kita.
kagum la kv dgn semangat kejiranan KS tu. Rasanya kat kampung pun tak mcm tu.
aku pernah gi umrah..parents support..memang best..
la nih dok pulun simpan duit nak gi haji plak..cadangnya, nak la pi waktu tgh muda dan sihat..
Post a Comment