Bangun pagi tadi perut aku masih bisa lagi. Ya ALLAH merentang-rentang urat kekejangan di dalam perut aku ni berlumba-lumba bagai nak putus dan bisa sekali. Nak bangun pun macam tak daya namun aku gagahkan juga. Aku ke dapur meneguk air suam. Mandi dan bersiap untuk ke pejabat. Kesakitan masih terasa tapi dah sedikit lega. Uishh memang sakit lah senggugut ni. Hmm nasib baik hunny faham. Waktu-waktu macam ni aku ibarat queen, perintah aku usah dibantah silap2 aku boleh melenting tak tentu arah tanpa sebab. Waktu-waktu begini aku ibarat singa betina yang baru saja melahirkan anak tak boleh silap sikit nak marah tak bertempat nak sensetif tak berpunca. Hunny turun siapkan susu anak, tukarkan diaper Ilman, mandikan deena sambil aku bersiap memakai tudung. Thank yang..I love you. So hunny tahu dan dia begitu berhati-hati pagi tadi. Itu yang aku perhatikan tanpa sepatah perkataan selepas mandikan deena, hunny naik atas membawa Ilman untuk sambung tido semula aku pun tak sempat nak bersalam dan mencium Ilman. Deena pun tak sempat nak salam addy. Kami tak gaduh tapi bila aku di saat aku menyinga mcm ni memang kena ada gap. Indahnya ciptaan tuhan terhadap seorang insan yang bergelar wanita.
So kesimpulannya 3 hari ni jangan buat perkara yang boleh menaikkan darah aku. Aku tengah sensetive tahap gaban ni . Waktu ni perut aku masih bisa lagi. Kalau ada iron kat opis ni boleh jugak aku tuam-tuamkan. Dan hunny 4 tahun kami hidup bersama dia makin memahami kerenah isterinya yang tercinta..tabiat wanita yang semulajadi..dan aku juga makin memahami kerenah suamiku yang tersayang.
Deena pagi tadi berlari-lari ke taska, mam dah tarik tangan dia untuk jalan bersama, dia menyentap semula dan berlari akhirnya deena jatuh dekat depan pintu taska bila kakinya tersadung pada lubang di tanah. Lututnya biru bengkak. Aku dlm mood yang garang ni tak berapa nak simpati pada deena yang sedang menangis sebabnya mama dah kata kaka jgn lari. Tapi kesian juga sebenarnya. Lepas diurut2 sikit kaki dan dipujuk boleh lah deena berjalan macam biasa dan berhenti menangis. Tadi aku call taska tanya mcm mana keadaan deena. Su penjaga tu kata elok aje melompat2 dan bermain. Aku dalam hati alhamdulillah...siapa kata aku tak risau itu anak aku dan aku sayang anak2 aku lebih dari segalanya walaupun dlm keadaan aku yang menyinga ni :)
Ilman nampaknya telah mewarisi tabiat pelik aku yang suka mengigit. Mangsanya pastilah addy, mama dan kakak. Hmm maka bila tiba saat geramnya dia boleh tak semena-mena menggigit kita tak kira masa. Semalam aku tgh makan, tiba-tiba Ilman datang pap digigitnya lutut mama. terjerit aku dan le gigi tu tajam. Ada sekali tu aku tgh solat Ilman datang dari belakang memeluk aku lalu pap digigitnya peha belakang, terpaksa stop solat sebab terkejut dan terjerit sakit. Addy yang suka tidur tak berbaju selalu menjadi mangsa dan kakak yang suka digomol pun selalu menjadi mangsa gigi Ilman yang tajam. Adik man adik man manalah belajar menggigit ni...heehh agaknya masa peknen ilman dulu aku suka gigit deena ngan hunny kot. Adik man ni dah le kelakor gaya jalan dah le macam atok muo buatkan kita tergelak kalau tgk dia jalan siap dengan henjutnya sekali tu yang tak tahan tu.
10 comments:
peserta pertama...
mood yg datang bermusim ni yg bahya hehe tak nak komen banyak lah hehe
bejot? skolah kat mana dulu? tah2 sama. kami pun pakai istilah bejot. ummi pun bulan nak mengambang. singa jugak lah la nih.
dah lama tak kena bejot :)
gigi geraham i pun pernah pecah. dia jadi sama rata ngan gusi. makanya doctor buat crown, so da jadi cam normal lah. kalau kat gomen 200 jek, private mahal la sket kot.
Maklang tak pernah dengar istilah bejot. Bejot=period ke?BAnyak2 bersabar!!!
kak lady ni kalau dah nak period pun camtu lah...baran tak tentu pasal...kadang2 awal2 dah warning kat anak2 tu...jgn buat hal....
hehe, mmg majoriti yg nak period tu angin kus kus tiba2.
eh, adik man tu cara jalan dia tu tumit terangkat ya? kalau betul, sama ngan suami cousin...anak dia pun sama stail jln camtu. kata cousin saya, kasut suami dia tu kat bhgian depan haus dulu, sbb stail jln menjengket jengket.
Tuh ler...kesian kat org perempuan nie time2 begini...tapi lebih kasian kat org lelaki kalau terkena dia punya 'side effect'..ha..ha..ha...
Tengah moody ekk....
ada anak pun still senggugut ek? dulu org kata kalau dah kawin & beranak, senggugut dah tak de, so tak leh pakai dah tu teori tu heheheh
Post a Comment