Tuesday, June 20, 2006

Aku dan hobiku ini

Alhamdulillah  dalam dok sengkek tunggu hari gaji (tiap-tiap bulan sengkek tak pernah yang tak sengkek aku ni J) tiba-tiba office boy datang tegur aku yang tengah bersembang dengan En. Lan kat pantry pasal project milestone aku. Kak datang kat tempat saya collect dividen Koperasi akak. Yes tersenyum aku…iyelah mcm tahun2 sebelum ni bulan 6 kan memang bulan menuai dividen dan bonus untuk aku. Walaupun amountnya tak lah banyak sgt tapi siapa nak kasi kan. 8% dividen untuk koop tahun lepas aku dapat RM335.54. Lepaslah belanja aku dan shopping aku untuk minggu ni. Aku go tru senarai nama penerima dividen hmm staff yang dah kerja lama banyak yang dapat 1K plus seronok betul boleh shopping sakan ni. Aku InsyaALLAH nantilah tunggu sepuluh tahun lagi tercapailah target saving kat koperasi aku tu. Simpan sikit-sikit untuk diri sendiri dan masa depan anak-anak. Habis kisah duit tak boleh olah panjang-panjang nanti ada yang tersalah tafsir pulak.

 

 

Kan aku kata yang aku buat financial evaluation dalam masa seminggu ni. Tup-tup semalam evaluate punya evaluate 5 tender siap dalam masa 1 hari sahaja feh terror lah kami berempat dari pagi straight sampai petang non stop tapi nak termuntah jugak semalam melihat figure yang banyak tu. Memang sampai angin-angin badan dan sakit kepala dibuatnya. Last-last tak tahan punya pasal aku turun pi kedai aci beli asam halia. Memerah kepala dengan amount2 yang diletak tak ikut susunan pastu kena buat calculation semula. Pastu nak kena check item2 yang kita mintak, ada yang disertakan tapi yang tak mintak di ada-adakan. That’s the scenario. The worst part was amount pun salah kira. Jumlah short banyak plak tu. Actually it was my first experienced with financial evaluation. Sebelum ni aku pernah jadi secretary untuk technical evaluation for my own project yang aku dok handle sekarang ni. Maka hari ni aku dah kembali ke opis seperti biasa. Tadi update boss dengan progress project last Friday punya meeting. So far so good still on track. Hopefully project aku ni berjaya dan sempat commission pertengahan ogos ni nanti. On evaluation part tunggu team lead prepare report dulu so esok kami akan bersidang semula untuk final review sebelum masuk ke tender committee untuk approval.

 

 

Aku dah pening sekarang ni. Memang lah kitab Anjung Seri aku dah start selak semula. Sekarang ni dok fikir mana satu yang aku nak buat dulu. Nak settlekan bilik bawah (buka kotak-kotak, sedekah baju2 yang tak pakai, buang barang2 yang dah bertukun susun atur semula perabot, transfer baju kerja dari wardrobe bawah bawak naik atas – tak perlukan kos tapi perlukan tenaga yang banyak) atau settlekan mengecat master bedroom dengan area tangga dan cat pagar, arrange frame, beli satu lagi cermin besar - perlukan kos untuk cat dan kena upah indon sebab tak larat nak buat) atau settlekan hal rel kayu dan langsir dulu sebab langsir sekarang ni tak berapa cun di mataku. Ke aku yang saja mengada-ngada pasal langsir tu…at least ada jugak langsir..ada jugak yang kata langsir tu cun.

 

 

Bak kata kak dal kalau bab rumah ni memang pun sampai bila tak kan habis. Haritu aku dah jumpa budi. Dah lama sangatkan projek mengecat pagar tu terbengkalai sejak dari eko siap pasang tiles dulu. Huaaahhh actually aku mengharapkan simpati hunny yang memang tak simpati kat aku pun dalam bab-bab begini. Akhirnya projek cat pagar tu masih terbengkalai sampai hari ni. Sampai hati awak yang takmo tolong saya cat pagar tu penat saya pujuk. Kalau nak ikutkan memang aku boleh cat sendiri tapi mak segan le nak mengecat kat luar tu. Nanti apa lah pulak kata jiran tetangga kan. Lagi pun nanti kalau mak mengecat kat luar tak boleh le mak nak control ayu mak. Kalau kat dalam umah tak kisahlah….sebab orang tak nampak. Tunggu le sampai bila agaknya projek cat pagar ni boleh di materialize kan. Anyway dengan bersemangat waja petang ni aku nak settlekan cengal pond yang dok berpanas berhujan kat luar rumah tu….iskhh ada hiasan tapi buat tukun..apalah aku ni kan…beli aje mahal-mahal.Ni semua gara-gara aku kecewa sebab dulu kolam tu aku letak dalam rumah aku hias cantik2. Aku suka dengar deruan air yang keluar dari guri amat menenangkan ada 2 ekor itik di tepi kolam. Tapi tak sampai dua hari deena masukkan air sirap, vitagen dan nasik dalam kolam tu. Dan part yang paling best dua-dua beradik tu siap berenang dalam kolam ku itewww…aduh kecewa betul Maka aku pun kecewa lalu aku sandarkana je kolam tu kat luar rumah biar berpanas dan berhujan. Nasib baik kayu cengal kayu gred A memang tahan panas dan tahan hujan. Petang ni projek kolam akan bermula semula tapi kali ni aku nak biarkan ianya di luar rumah.

6 comments:

NONIE AZIZ said...

heheheheh...buat zira jgn tak buat...alah bantai jer...baru jiran2 ko terkejut sket...teringin aku nak gi rumah ko...bila nak buat makan2 ni!!!

tee said...

selamat menyiapkan projek yang terbengkalai. buat jangan tak buat... semangat waja aje tak cukup kena tamabah semangat satria.. he he he... :)

zino said...

tak nak jiran nampak buat je tengah malam hehe pagi esok tengok rumah berbelang2 hehe

Anonymous said...

huaarrgghh..boleh lagi nak shopping tgh2 bulan nih???? tensennyaaaaaa.....

Ayu Mohamad said...

zirap, sejak bila plak ko nak kontyrol ayu nih heheheh ko kan macho.. mana bleh malu2 hehehe
alaaa cat aje zira..

love-up-you said...

Despite this unfruitful endeavour to collect on royalties, Broadcast pandora jewelry Music Inc is now suing T-Mobile over ring back tones, alleging buy Pandora that the mobile carrier is selling them without licensing pandora bracelets and charms agreements. Unlike ring tones, which play publically when someone calls, ring discount pandora bracelets back tones are only heard specifically by the person calling. Instead Pandora necklace of hearing a cellphone dialing, the caller will hear a song that was chosen by the cell owner.Critics are pandora necklace beads quick to point out the apparent irony of this lawsuit. If ringtones, which can be heard by anyone around a Pandora necklace sale cellphone, do not constitute public performance, it seems ludicrous to sue the mobile carriers over a ringback Pandora charms tone that can be heard only by the caller. With record companies suffering from huge financial losses, it seems cheap pandora charms as though they are grasping at straws in order to collect any money that they possibly can.