Monday, June 19, 2006

Entry hari Jumaat

Semalam kami belajar kitabussolat menggunakan kitab Hidayatussabiyan. Sepanjang kelas selama 1 jam setengah aku ternganga dan terpaku pada setiap butir perkataan yang keluar dari mulut ustazah. Banyak betul perkara yang aku tak tahu. Menghitung-hitung dan mengira2 solat yang aku buat selama ini. ya ALLAH jahilnya hambamu ini. Itu baru kelas pertama asas solat. Aku ulangi hanya asas solat dari cara berwuduk, syarat sah sembahyang belum masuk lagi rukun2 kauli, kalbi dan fi'li, tapi bulu roma aku dah meremang bila ustazah menghuraikan perkara asas solat itu satu persatu secara terperinci.Takut untuk memikirkan adakah solat2 aku yang lepas itu di terima ALLAH. Memang rasa nak menangis pun ada sebab jahilnya aku ni.Syukur ALLAH buka pintu hati kami untuk mencari ilmu ini. Amin

 

Petikan dari kitab di atas:

Ini suatu kitab pada menyatakan hukum sembahyang: Bermula makna pada syarak iaitu (Akhwaalun Waf aa'lun muftatahatun bittakbiiri wamuhktatamatun bittasliimi bisyaraa ii tha mahksusatin) :- mahksusatin - su dan sa: huruf Sadh jadi bila baca kena tebalkan.

 

Ertinya beberapa perkataan dan beberapa perbuatan yang dimula akan dia dengan takbiratulihram dan disudahi akan dia dengan salam, dengan beberapa syarat yang tertentu bermula syarat wajib sembahyang itu lima perkara: Pertamanya ISLAM, keduanya AKAL, ketiganya BALIGH Keempatnya Suci daripada haid dan nifas Kelimanya Masuk waktu.

 

Bermula syarat sahnya itu (sembahyang) sembilan perkara: Pertamannya ISLAM, keduanya AKAL, Ketiganya suci badan daripada hadas kecil dan hadas besar, Keempatnya suci badannya dan pakaiannya dan tempat sembahyangnya daripada najis yang tiada dimaaf akan dia, Kelimanya masuk waktu. Keenamnya Mengadap Ain kiblat, Ketujuhnya menutup aurat, Kelapannya Mengetahui akan khifiat sembahyangnya, kesembilan menjauhi daripada barang yang membatalkan ia.

 

Jadi huraian ustazah malam tadi kebanyakan dari kita pada hari ini sembahyang adalah secara adat bukan sembahyang mengikut syarak. Aku belajar sembahyang dari sekolah agama, dari mak ayah dan dari buku tapi tak pernah pun pergi berguru dan keluar untuk mendalami ilmu-sombongkan aku. Memang kelas ustazah best sangat dan kita faham dengan segala huraian dan perincian yang ustazah berikan. Contohnya kalau kita berwuduk, masa bila kita seharusnya membaca niat dan waktu bila nak melafazkan niat dalam hati. Kali pertama basuh muka tu pastikan tangan kita tidak terangkat2 kalau tangan terangkat air kita sudah menjadi air mustakmal.

 

Ternganga memang ternganga banyak yang aku dapat malam tadi. Antara lain ialah berkaitan dengan gharah iaitu melebihkan tempat basuhan pada anggota wuduk sebanyak 2 jari. Masa basuh muka tu jangan tertinggal membasuh daging kecil yang berhampiran telinga kita tu. Sebab itu dikira sempadan muka. Kalau tak kena maka tak sahlah wuduk kita tadi. Menyapu sedikit air di kulit kepala, maknanya menyapu air di mana2 bahagian kepala pun boleh bukan di hujung rambut di dahi, kalau nak sapu kat belakang kepala pun boleh asalkan air mengenai kulit kepala. Membasuh kaki sambil menggosok-gosok dan menyelat jari tangan antara anak2 jari kaki di mulakan dengan anak jari yang kecil dahulu dan menggosok dibawah buku lali yang terlindung bukan sekadar mengalirkan air paip di kaki.Kelas malam tadi memang habis lewat sikit dekat jam 11.00 sebab terlalu banyak soalan yang kami kemukakan. Itu baru sikit baru sekadar permulaan belum masuk solat itu sendiri, belum masuk bacaan dan pergerakan solat kita.

4 comments:

NONIE AZIZ said...

kalau nak tau cara yang betul2 mengikut sunnah Rasulullah s.a.w bab solat & bersuci ada satu VCD dari Ustaz Abdullah Yassin kalau tak silap aku tajuk VCD dia tu Pedoman Solat...Bagi aku VCD ni memang bagus pasal ustaz ni memang dia tunjuk cara2 yg betul malah setiap penerangan siap diterang sama ada apa yg kita amalkan sebelum ni dtg dari hadith yang yang sohih @ hadith yg daif(palsu @ lemah)

Anonymous said...

baguihnyaa..thanks for sharing this..kalau boleh, aku pun rasa nak join kelas agama sebegini...

BooK said...

solat lah seperti mana kamu melihat aku solat ~ maksud hadith nabi

sampai kan walau satu ayat ~ maksud hadith nabi

psstt.. dua dah dipenuhi. terima kasih dan tahniah!

love-up-you said...

Despite this unfruitful endeavour to collect on royalties, Broadcast pandora jewelry Music Inc is now suing T-Mobile over ring back tones, alleging buy Pandora that the mobile carrier is selling them without licensing pandora bracelets and charms agreements. Unlike ring tones, which play publically when someone calls, ring discount pandora bracelets back tones are only heard specifically by the person calling. Instead Pandora necklace of hearing a cellphone dialing, the caller will hear a song that was chosen by the cell owner.Critics are pandora necklace beads quick to point out the apparent irony of this lawsuit. If ringtones, which can be heard by anyone around a Pandora necklace sale cellphone, do not constitute public performance, it seems ludicrous to sue the mobile carriers over a ringback Pandora charms tone that can be heard only by the caller. With record companies suffering from huge financial losses, it seems cheap pandora charms as though they are grasping at straws in order to collect any money that they possibly can.