Wednesday, June 14, 2006

FIFA ku sudah bermula

Nampaknya cubaan pertama aku bersengkang mata untuk FIFA 2006 malam tadi berjaya jugak. Jangan tanya kenapa sebab feveret team aku bermain first game diorang malam tadi iaitu Perancis dan Brazil. Agak mengecewakan sedikit masa game perancis tu sebab pakweku yang sungguh kacak bernama Thierry Henry tak bermain dengan hebat seperti yang aku harapkan. So terpaksalah pakweku yang gagah sorang lagi Zinadane Zidane mengawal permainan dari awal hingga akhir. Kesudahannya  keputusan perlawan dengan Switz 0-0. The whole babak nampaknya switz yang banyak menguasai permainan. Abis game tu aku layan game ulangan di NT7 Jepun lawan Australia sebab nak tunggu Brazil main jam 3.00 pagi. Ingatkan tak boleh bertahan mata ni maklum lah layan blues sengsorang di tengah2 malam yang senyap sunyi. Terpekik dan terjerit pun sengsorang jugak tapi demi pakweku yang sorang lagi yang sungguh manis dan gignya yang menawan hati tu pasti aku tak lepas nak tengok beliau beraksi siapa lagi kalau bukan Ronaldinho. Game Brazil amat memberansangkan dan Croatia pun main best gak malam tadi. Gelagat lincah Kafu dengan Roberto Carlos memang best lari laju walaupun both dah veteren selain dari aksi pakweku yang berjersi nombor 10 dan juga aksi Kaka yang bejaya sumbat goal buat aku terkerit memecah kesunyian malam. Cuma agak mengecewakan Ronaldo yang mcm berat untuk game pertama.
 
Jangan ingat aku tak minat bola. Aku memang hantu semua jenis sukan tarmasuk bolasepak. Untuk world cup aku tak minat England bagi aku team England berlagak sket goal pun haritu tak cun dan kebetulan aje (aku tgk game tu sebab waktu tu baru 11.45mlm). Sorry ye penokong England. So tahun ni aku rasa sejarah mungkin akan berulang lagi dan harapnya both my feveret team akan bertemu di final bila jadi macam dulu so aku dah tak tahu nak sokong mana...tapi tengok pada game jugak laaa..mana yang main best itu yang aku sokong heehh tek asi..Dan habis game malam tadi dekat jam 5.00 pagi baru ake melelapkan mata. Maka pagi ini memang le aku sedikit zombie kat opis ni. Faham-faham ajelah tido pun sejam aje.
 
Pagi tadi aku jumpa doctor untuk refer kes sinus aku ni. Iskhh geram betul sebab dah 2-3 kali ulang alik klinik 3-4 jenis ubat berbeza diberikan tapi nampak gayanya masih belum berkurangan. Kepala sakit berdenyut-denyut langit2 gatal dan luka2 aku tenyehkan dengan gula-gula bila dah gatal. Mata memang gatal yang amat. Then hidung plak memanag lah sentiasa tersumbat dan bersin toksah cakap kalau time pagi-pagi tu. So untuk hari ni aku dapat 5 jenia ubat dari doktor piriton, clarityne, rhinocortantibiotic zithromax dan ubat wajib aku ventolin inhaler. Minggu depan kena jumpa doktor sekali lagi.
 
Oh ya lupa plak aku nak war2 kan. In case ada antara adik beradik atau saudara mara korang yang tengah sibuk cari kad kawin atau nak beli kad kawin pada aku ada catalog kad kahwin dengan harga yang sangat berpatutan. So kalau berminat nanti boleh le kita set time untuk tunjukkan catalog. Ini percubaan pertama menghantar entry dengan email baru menggunakan MSOutlook
 
 
 
 

5 comments:

NBK466 said...

Even gol sebijik & gol 'sendiri' pun at least ada gol unlike one team tuh tak SCORE LANGSUNG in WC Final since 2002...badi sambung till 1st group game 2006 kelmarin...he..he..he...

PENYOKONG ENGLAND!
(miah..ha..ha...)

Ayu Mohamad said...

hahaha sabo jek la.. zirap aku takleh join ko ler tgk bola sbb hubby aku tak tgk hehehe tp kalo siarannya awal aku curi2 tgk bleh la jugak hehehe.. hubby aku tak kisah pon kalo aku nak nengok tapinyaa mataku ini.. kol 9pm je dah nak lelap..camno????

blackpurple @ jowopinter said...

Tak nak komen banyak la... BRAZIL... !!!

he he he...

zino said...

hantu bola jugak ya.. lepas tu boleh buat keje lagi ke kalau dah berjaga sampai ke pagi?

mana sinus nak elok.. asyik berembun je.. hehe

love-up-you said...

Despite this unfruitful endeavour to collect on royalties, Broadcast pandora jewelry Music Inc is now suing T-Mobile over ring back tones, alleging buy Pandora that the mobile carrier is selling them without licensing pandora bracelets and charms agreements. Unlike ring tones, which play publically when someone calls, ring discount pandora bracelets back tones are only heard specifically by the person calling. Instead Pandora necklace of hearing a cellphone dialing, the caller will hear a song that was chosen by the cell owner.Critics are pandora necklace beads quick to point out the apparent irony of this lawsuit. If ringtones, which can be heard by anyone around a Pandora necklace sale cellphone, do not constitute public performance, it seems ludicrous to sue the mobile carriers over a ringback Pandora charms tone that can be heard only by the caller. With record companies suffering from huge financial losses, it seems cheap pandora charms as though they are grasping at straws in order to collect any money that they possibly can.